Lompat ke isi kandungan

INGIN KAYA SEGERA?

Salam..

Nama saya Lina berasal dari Sabah.Apa yg saya nak cite hari ini ialah berkenaan  dgn isu *kaya segera*,Jika ada terdapat kata2 saya yg menyinggung  Perasaan sesiapa,saya mohon maaf kerana saya tidak berniat pun menyinggung perasaan SESIAPA..

Saya tak tahu kenapalah tangan saya ni  gatal nak menulis mengenai hal ni pula?

Mungkin kerana geram ,mungkin juga kerana kesian  ntah laa..satu yg pasti..perkara ni semakin menjadi2 la pulak.

Tak salah kalau nak kaya,tapi biar kena dgn caranya.Selama saya hidup kat muka bumi ni,mana ada cara boleh kaya dalam waktu yg singkat.

Kalau nak kaya kena la  berusaha,itupun bukan dgn usaha yg sedikit tetapi  dgn usaha yg banyak serta berterusan.

Apa yg saya nampak didalam *Usaha* mengejar *kekayaan*  ini lah timbulnya pelbagai  masalah.

Segalanya berpunca daripada   *duit*..(ADA YG MENIPU DAN ADA YG DITIPU)

Apa  yg nak saya kongsikan disini ialah BAGAIMANA PERKARA INI BISA TERJADI?

DESAKKAN DAN KEPERLUAN HIDUP membuatkan ramai orang terpengaruh dgn *UNTUNG SEGERA*

SESIAPAPUN AKAN GOYANG IMANNYA  BILA *WANG YG ADA* DAPAT *DIGANDAKAN *DENGAN BANYAKNYA ITUPUN DALAM WAKTU YG SINGKAT!

SATU PERKARA YG DINANTI2  BAGI ORANG YG TERDESAK,BAGI MEREKA INI ADALAH RAHMAT YG DIHARAP-HARAPKAN.

TIDAKKAH  KAMU RASA KESIAN AKAN NASIB ORG 2 INI?

Saya kesian tetapi saya juga geram .Bagaimana mereka boleh percaya kata2 org yg menipu ini?(Jelas sgt mereka ni  menipu)

kalau betul mereka2 ni(penipu2 ni) ada sistem buat duit yg canggih takyah la mereka berusaha mencari org ,maknanya tak perlu la mereka mencari pelabur

spt korang,ahli keluarga mereka pun dah lebih dari cukup utk melabur.Yg heran bin ajaibnya..KENAPALAH MEREKA NI BOLEH PERCAYA DUIT MEREKA  BOLEH DIGANDAKAN ,BERFIKIR LA DGN CARA YG WARAS!!  DARIMANA PULA DATANGNYA DUIT2 TERSEBUT? MANA  ADA DUIT BOLEH MENGANDUNG DAN BERANAK PINAK..TAK LOGIK BETUL.

KEBANYAKKANNYA yg tertipu adalah budak2 yg  baru lepas belajar (baru mengenali hidup)dan yg menipu pula adalah  ****saya harap  para ibubapa kena bertanggungjawab menyedarkan anak2  akan  skim2  penipuan ini.Ingatkan anak2 tiada jalan singkat utk berjaya melainkan dgn usaha.Tiada yg percuma atau jalan yg mudah..semuanya  ada  nilai  dan harganya.

SEKARANG INI PENIPUAN BERLELUASA DI SANA SINI.YG TAK LOGIK PUN ADA,YG MENGELENTONG  TERANG DAN JELAS PUN ADA,MACAM2 ADA TETAPI APA YG SAYA NAK KATAKAN SEMUANYA BETUL JER. DIMATA MEREKA YG KENA TIPU NI..HERAN2!!macamana la mereka2 ni boleh tak nampak?

Yg pastinya ,Semuanya kerana duit……………RM 3x  semuanya ok jer..yg tukang kelentong pun  tambah seronok la  mengelentong,tong sana tong sini ..semuanya pun tong kosong.

Dalam perniagaan apa sekalipun  tetap ada berlaku penipuan,samada korang sedar atau korang tak sedar jer.

Bagi saya berniaga apapun pastikan sahaja caranya betul,pasti tak timbul masalah.saya berniaga runcit berbelas tahun lamanya.

Untung tak besar tetapi dgn usaha berterusan alhamdullillah saya berjaya.kini saya kembangkan perniagaan saya dgn  mengedarkan produk  Tasly (produk kesihatan)

saya yakin produk ini akan digunakan oleh ramai rakyat malaysia suatu hari nanti kerana kualitinya dan fungsi nya (ada kajian berkaitan)

Dalam  perniagaan baru ni saya dapati ada 2 pendapat yg berbeza,ada pihak yg mengatakan perniagaan ni haram dan ada pihak lagi mengatakanya  halal,

Terpulang dari cara kita meniaga juga..saya sokong haram ,saya sokong juga halal.Jika korang fikir saya tiada pendirian korang silap.

pengalaman saya melihat industri  direct sales ini dijalankan memang banyak yg tak betul dari yg betul.(ini pendapat saya sebagai pengguna)

kalau cakap tak  tinggi melanggit tak sah.semua hebat ,semua power semua terbaik…hakikatnya habuk pun tarrak ada punya.

Bila perkara begini berlaku,yg jadi mangsa penggunalah.sanggup perabih duit utk mendapatkan produk yg ntah apa2 je la ,yg kaki kelentong ni pula,

Up   kan produk sampai lupa diri,lupa jejak bumi dah tak sedar diri sampai hilang harga diri.

Ramai yg membenci sikap orang2 yg begini tetapi kadang kala  mereka sendiri salah ertikan kebencian mereka,mereka tukarkan kebencian mereka

kpd produk yg dibawa oleh orang2  begini.Produk2 tak salah yg salah sikap penjual atau pengedar itu sendiri.

Perkara ni pernah terjadi kpd saya juga..saya membenci produk direct sales kerana sikap pembawa2nya.Mereka sanggup mengatakan apa saja asal barang mereka laku.

Mereka akan menaikkan saham produk lebih dari produk itu sendiri,mereka sanggup mengada-adakan cite agar barang jualan mereka terjual.

Meniaga tak salah tapi cara meniaga  kena pastikan betul.Menipu dah Jelas berdosa tapi masih lagi dilakukan,bukan utk sekali tetapi berkali2..lebih baik tak meniaga kalau membuat dosa.Betul tak?

Soal riba ni timbul kalau duduk rumah goyang kaki ,menjual barang kpd pengguna yg tak perlu..membazir,!tambah lagi urusan jualbeli tak jelas

(ada unsur2 penipuan **manipulasi keadaan*)banyak kali dosa.ini PASTI HARAM.

senang cite,urusan jualbeli biar jelas,tiada paksaan,pembeli memang perlu bukannya berlaku pembaziran,bercakap benar..PASTI TAK HARAM.

KITA REHAT DULU..

p/s kalau berkata benar,pasti kurang sambutan ..biasa laa..

tetapi kalau  berkata melalut2..kelentong A to Z confirm tip top..biasalaa…

Hakikatnya perniagaan mcm ni tak bertahan lama………….senyap juga.,

**kalau nak kaya cepat main la forex,kaya pun cepat,bankrap  pun cepat juga***

JATUH HATI SETELAH MENCUBANYA.

Puas sudah mencuba pelbagai produk dipasaran.Dari produk MLM,hingga ke produk Farmasi (Ubat hospital tu dah Pasti)

Dah makan masa bertahun pun masalah ni takda penyelesaiannya.Effect ubat pula dah mula nampak kesannya.

Mungkin para pembaca tak faham dan tak tahu apa masalah   kesihatan yg kami ada.}

] PENGALAMAN SAYA SENDIRI.

1] Saya  pernah  membuat pembedahan varikos vein pada tahun 2006 dan menghadapi masalah lanjutan  dari pembedahan tersebut.

Walaupun saya menggunakan daplon(sejenis ubat utk melegakan urat kat kaki saya) tetapi  ia tidak dapat menggelakkan urat atau varikos vein itu muncul semula.saya sangat kecewa (kos pembedahan lalu pun bukannya sedikit )selain dari kecewa ,saya juga tidak dapat membayangkan bahawa saya akan menghadapi sakit pembedahan itu sekali lagi..seksa tau menahan sakit pembedahan ni (hanya yg pernah mengalaminya je akan tahu  akan kos dan sakitnya)

2] Saya mengalami Masalah hormon tak stabil lebih dari 2 tahun,masalah spt haid tak teratur dan kulit yg kusam serta  emosi tak menentu sudah lumrah pada saya.

Ubat rawatan yg doktor beri ialah ubat membetulkan hormon  utk 2 bulan setiap kali rawatan tidak berkesan kpd saya membuatkan saya jemu utk menelannya.Haid saya tak juga stabil (badan je yg semakin naik)

3]  Masalah yg satu ni saya tak tahu samada ia berkaitan  ke tak dgn hormon..Saya mengalami kesukaran membuang air besar setiap hari menyebabkan perut saya semakin membuncit spt org mengandung.Badan pula sakit  (bisa2) org kg kata banyak angin  dan bila membuang angin,angin akan keluar dgn banyaknya serta berbau sangat busuk (spt ada benda yg busuk kat dalam usus)

CARA RAWATAN

A]  Menggunakan kasly aloe selama 3 hari berturut 2 (malam sebelum tidur)

B] Mula makan margaret pada malam ke 4 sebanyak 2 biji sekali makan (sebelum makan,perut masih  kosong)

**hasilnya hanya dalam 4 hari kawan2 saya telah menyedarui perubahan pada kulit saya**

**darah haid saya keluar sangat busuk dan berwarna hitam**

p/s rawatan ini hanya sebulan,sebulan berikutnya saya hanya makan margaret 2 biji selang 3 hari (utk mengawal je) bermakna utk sebotol margaret tahan utk 4 ke 5 bulan,.

4] Saya mula menggunakan DP,DCC ,TH  dan Monuscus utk menjaga kesihatan (mengikut jejak suami )

**Tanpa saya sedari urat kaki saya yg timbul telah hilang dan meninggalkan kesan tenggelam je kat kulit saya**

**muka saya nampak bersih dan cerah dari sebelum ni**

**Saya juga tidak sptsebelum ini ,mudah merasa letih ,kini tidak lagi**

p/s Saya amat berterima kasih dgn produk ni,Produk ni sangat baik  utk saya dan keluarga saya. Saya harap ia pun baik utk  para pembaca cuba.ini bukan testimoni rekaan kerana ia adalah pengalaman saya sendiri.

Utk mengetahui lebih lanjut tentang produk,sila hubungi saya.

Kuala Lumpur,melaka,seremban dan sabah.

 

Pendapat saya mengenai Produk ni.

Berbeza dari produk yg saya ambik sebelum ini.Kebanyakkan produk yg saya guna kena maintain dgn dos yg sama  dari mula  hingga akhir.Bagi produk ni saya hanya  guna dos yg disyorkan seawal pengambilan dan mengurangkan dos bila hasil diingini telah diperolehi  (sungguh menjimatkan)Dari segi perhubungan diantara saya  juga  keluarga saya  dgn pengenal produk ini   iaitu  En Baseer,ianya sangat baik.bukan berasaskan perniagaan semata2,perhubungan ni lebih kpd persahabatan dan perkongsian

Jika dilihat dari senarai dan fungsi produk spt

1] danshen plus utk membantu  membersihkan saluran darah (ada video  dari universiti ohio Jepun)

2] dong chong cho utk membantu menguatkan badan dan membaik pulih sel2 dalam badan.

3] monuscus utk membantu masalah darah  pekat dan memecahkan angin dalam badan.

4] teh camelia bee pollen utk membantu menambah tenaga selepas baik dari sakit (bersifat sejuk)

5] teh herba  utk membantu melancarkan pembersihan dalaman badan (bersifat panas)

6] kasly aloe utk membantu masalah dalam usus.

7] bcleansing granule utk  membantu masalah kat kepala,

8] margaret  utk  membantu masalah hormon(khusus utk wanita sahaja)

9] wild ginseng  utk  membantu masalah seksual dan membantu masalah berkaitan dgn ketumbuhan /tumor/kanser.

Dari pemahaman saya , produk2  ini  bertujuan  utk mengembalikan  peredaran darah dalam badan   kpd keadaan yg asal  kerana Setiap organ  berkaitan  antara satu dgn yg lain.

Lihat kaitannya antara Jantung, otak] ,Paru2 , Hati dan Buah pinggang ,semua  dihubungkan oleh saluran darah Utama,sederhana dan halus spt

saluran darah utama, kapilari2 darah dan saraf..(berjuta jumlahnya dalam badan seorang manusia)

Jika diukur dari panjangnya pula,ia terlalu panjang(macamana nak bagi faham ni ye)

Jika nak dikaitkan saluran darah dan penyakit,memang  ia berkaitan pun(tak dapat dinafikan)

Jika difikirkan semula,semua penyakit  ini hanya  wujud bila usia seseorang manusia itu telah meningkat,pengumpulan lemak dan gula serta kolestrol dalam badan

telah membuatkan sistem badan seseorang manusia itu telah merosot.Utk mendapatkan kembali sistem badan kita kpd yg asal,kita  kenalah bermula daripada  puncanya iaitu dari Saluran  darah   dan juga Sistem Perkumuhan iaitu Usus @ Perut (Tempat simpanan Makanan)

sementara kamu semua memikirkan kaitannya ,saya rehat lu nanti lagi saya sambung  ye.

Maklumat Berkaitan Paru-paru

Paru-paru
Pengenalan
Kaviti dada (‘toraks’) ialah bahagian yang dikelilingi oleh tulang rusuk anda, daripada bahagian bawah leher dan bahu. Lantai kaviti dada ini ialah diafragma, suatu kubah yang terdiri daripada otot yang lebar dan nipis. Di bawah diafragma ialah abdomen. Sebahagian besar kaviti dada dipenuhi oleh dua paru-paru yang besar dan seperti span. Paruparu secara kasarnya berbentuk kon, dan terbahagi terdiri daripada ruang-ruang atau lobuslobus – paru-paru sebelah kiri mempunyai dua lobus dan yang kanannya tiga. Terletak di antara paru-paru ialah mediastinum, suatu kawasan yang mengandungi jantung dan salur-salur darah yang besar, trakea (salur udara), esofagus (tiub yang membawa makanan daripada mulut ke perut), dan banyak kelenjar yang dipanggil nodus limfa.

Apabila kita menarik nafas, udara disedut melalui hidung atau mulut, memasuki tekak dan turun melalui salur udara ke dalam dada. Salur udara bercabang menjadi dua bronkus, setiap satu memasuki setiap paru-paru. Di dalam paru-paru, bronkus akan bercabang banyak kali lagi, seperti sepohon pokok, untuk membentuk bronkiol-bronkiol yang lebih kecil yang merupakan beribu-ribu tiub-tiub yang halus (bronkiol). Setiap bronkiol hujung bronkiol mempunyai pundi-pundi
udara seperti gelembung halus. Pundi-pundi udara (alveoli) inilah yang membuat paruparu seperti span. Darah mengalir melalui dinding-dinding nipis yang bersebelahan pundi-pundi udara. Ini membolehkan oksigen berpindah daripada udara memasuki darah, dan karbon dioksida yang merupakan suatu bahan sisa tubuh – berpindah daripada darah ke dalam udara, yang akan dihembus keluar.

Membran dua lapisan yang dipanggil pleura mengelilingi paru-paru. Ia senipis plastik pembungkus melekap (cling wrap). Lapisan dalam melekat kepada paru-paru dan lapisan luar pula mengalas dinding dada dan diafragma. Di antara kedua lapisan itu ialah kaviti pleural. Kaviti ini kelihatan kosong – dengan dua lapisan pleura bergerak bersentuhan antara satu sama lain, dan lapisan-lapisan ini lembap dan licin supaya paru-paru dapat bergerak dengan lancarnya
semasa bergesel dengan dinding dada semasa anda bernafas.

Kanser Paru-paru
Kanser paru-paru ialah kanser pada sesetengah sel di sebahagian paru-paru anda, selalunya bermula di dalam tisu pengalas saluran udara. Kanser yang muncul di dalam sel-sel yang mengalas sesuatu organ dipanggil karsinoma.
Terdapat beberapa jenis kanser paru-paru. Kanser paru-paru dikelaskan mengikut jenis sel yang terjejas. Ada dua jenis yang utama: karsinoma-karsinoma sel kecil dan karsinoma-karsinoma bukan sel kecil.

Karsinoma-karsinoma sel kecil
Karsinoma-karsinoma sel kecil, juga dipanggil karsinoma-karsinoma sel oat oleh kerana bentuk selnya, bertanggungjawab bagi kira-kira 15 peratus kanser-kanser paru-paru. Kanser jenis ini berkait rapat dengan menghisap rokok. Malangnya, ia merebak awal dan menyebabkan sedikit sahaja gejala-gejala awal, dan akibatnya, di dalam kebanyakan kes, ia telah metatesis pada waktu ia didiagnosis.

Karsinoma-karsinoma bukan sel kecil
Karsinoma-karsinoma bukan sel kecil termasuk karsinoma sel skuamus, adekarsinoma, karsinoma se besar, karsinoma sel bronkiol dan mesotelioma. Karsinoma-karsinoma ini menjejaskan sel-sel yang mengalas bronkiol utama. Apabila tumor-tumor ini mulai membesar, mereka boleh merebak memasuki dinding dada dan nodus limfa setempat. Karsinoma sel skuamus mempunyai kadar metatesis (merebak ke bahagian-bahagian tubuh lain) yang lebih perlahan daripada jenis-jenis kanser paru-paru yang lain dan biasanya dapat dikesan lebih awal, dan oleh itu mempunyai prognosis yang paling baik selepas rawatan. Mesotelioma, sebenarnya, bukan kanser paru-paru. Ia merupakan kanser membran pleural pada permukaan paru yang jarang dikesan dan berkait rapat dengan pendedahan kepada asbestos.

Punca-punca kanser paru-paru
Seperti juga dengan kebanyakan kanser, kita tidak mengetahui punca bagi semua kes. Menghisap rokok merupakan punca utama kanser paru-paru tetapi adalah tidak diketahui mengapa seorang perokok mendapat kanser paru-paru tetapi seorang yang lain tidak. Hampir 90 peratus kanser paru-paru adalah disebabkan merokok. Kanser paru-paru terjadi selalunya pada golongan dewasa di antara usia 40 dan 70 tahun yang telah menghisap rokok selama sekurang-kurangnya 20 tahun. Mereka berkemungkinan besar telah merokok sejak remaja lagi.
Terdapat juga lebih banyak bukti yang mencadangkan asap tembakau persekitaran (merokok secara pasif) boleh menyebabkan penyakit pada golongan dewasa, kanak-kanak dan bayi. Pendedahan tempat kerja kepada asbestos dikaitkan dengan risiko mendapat keracunan asbestos dan mesotelioma. Terdapat risiko yang dua kali ganda bagi penghidap keracunan asbestos untuk mendapat kanser paru-paru, dan jika penghidap itu juga merokok maka risikonya
berkali-kali ganda. Pendedahan tempat kerja yang lain yang mungkin berkait dengan kanser paru-paru termasuk sentuhan di dalam memproses logam, nikel, krom dan arang batu. Pendedahan kepada sinaran menyebabkan risiko yang meningkat mendapat kesemua kanser, termasuk kanser paru-paru. Pelombong-pelombong uranium, fluorspar dan hematit mungkin terdedah kepada sinaran semasa bernafas udara yang dicemari gas radon.

Adakah kanser paru-paru lazim ditemui?
Kira-kira 3500 rakyat Malaysia mungkin didiagnosis dengan kanser paru-paru setiap tahun. Kanser paru-paru merupakan punca kematian akibat kanser yang paling lazim di kalangan lelaki Malaysia.

Diagnosis
Sesetengah orang tidak mempunyai gejala, tetapi mengetahui yang mereka mendapat kanser paru-paru apabila suatu tumor kelihatan pada x-ray dada semasa pemeriksaan rutin. Yang lain pula menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila gejala-gejala pernafasan bertambah teruk atau serangan bronkitis yang berlarutan. Sesetengah gejala adalah lebih biasa daripada yang lain tetapi harus juga diperiksa oleh doktor. Gejala kanser paru-paru yang paling lazim ialah batuk yang berlarutan atau perubahan di dalam batuk yang kronik. Kesesakan nafas, kahak yang mengandungi kesan darah, sakit-sakit dada dan serangan pneumonia atau bronkitis yang berkali-kali mungkin juga merupakan tanda-tanda kanser paru-paru. Di dalam peringkat-peringkat akhir kanser paru-paru, pesakit mungkin mengalami kelesuan, penurunan berat badan, kesesakan nafas yang teruk, bersuara garau, kesukaran menelan dan cecair yang berkumpul di dalam kaviti dada. Mungkin juga terdapat gejala yang kelihatan tidak berkaitan dengan paru-paru. Ianya mungkin berpunca daripada merebaknya kanser paru-paru ke bahagian lain tubuh.

Doktor dan pakar kesihatan profesional yang manakah harus saya berjumpa?
Doktor biasa anda akan memeriksa anda bagi mengesahkan sama ada anda menghidapi kanser atau tidak. Ini mungkin merupakan saat yang mencemaskan dan meletihkan terutama jika anda harus melalui beberapa ujian. Jika suatu diagnosis telah dibuat, doktor tersebut akan juga merujuk anda kepada seorang pakar urologi yang akan menasihati anda tentang opsyen-opsyen rawatan. Anda harus menjangka yang anda akan dijaga oleh sepasukan penjaga profesional daripada semua disiplin-disiplin yang berkaitan di suatu pusat rawatan yang mempunyai pelbagai kemudahan bagi diagnosis dan rawatan. Pakar-pakar dan ahli profesional kesihatan yang menjaga pesakit kanser paru-paru termasuk:

  • Pakar pernafasan: yang biasanya bertanggungjawab bagi menyiasat gejala-gejala, membuat diagnosis dan memeringkatkan penyakit itu
  • Pakar bedah toraks (dada): bertanggungjawab bagi beberapa biopsi dan pengeluaran tumor jika ianya boleh dibedah keluar.
  • Pakar onkologi perubatan: yang bertanggungjawab bagi kemoterapi
  • Pakar onkologi sinaran: yang bertanggungjawab bagi radioterapi
  • Pakar pemakanan: yang akan mencadangkan pemakanan yang paling baik untuk diikuti semasa anda di dalam rawatan dan pemulihan
  • Jururawat: yang membantu anda sepanjang semua peringkat kanser yang anda alami di hospital

Pegawai-pegawai kebajikan, juru pulih anggota dan juru pulih pekerjaan: yang akan menasihati anda tentang perkhidmatan sokongan dan membantu anda kembali menjalankan aktiviti harian anda.

Bagaimana kanser paru-paru didiagnosis
Jika kanser paru-paru disyaki, beberapa ujian akan dijalankan untuk mengesan kehadirannya Doktor mula-mula akan bertanya tentang kesihatan anda pada masa lalu dan sekarang, sejarah merokok dan pekerjaan, dan akan melakukan pemeriksaan fizikal. Kemudiannya, dia akan mengesyorkan anda untuk menjalani suatu ujian atau suatu siri ujian-ujian bagi kanser paruparu. Ujian-ujian ini boleh termasuk x-ray dada, satu atau lebih biopsi atau satu atau lebih skanskan.
Prosedur-prosedur bagi biopsi termasuk sitologi sputum, bronkoskopi, aspirasi jarum halus, mediastinoskopi pembedahan torakoskopik berbantukan video. Sesetengah prosedur ini boleh juga mengesan sama ada kanser telah merebak melepasi paru-paru ke bahagian-bahagian lain tubuh.

X-ray dada
Suatu x-ray dada dapat mengenal pasti tumor bergaris pusat sekecil satu sentimeter. Kadangkala, kanser paru-paru boleh dikesan pada x-ray dada yang diambil untuk tujuan-tujuan lain.

Sitologi sputum
Ujian sitologi sputum merupakan suatu pemeriksaan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan sel-sel yang abnormal. Kahak ialah cecair yang anda batukkan keluar daripada paru-paru anda. Sampel-sampel awal pagi diambil selama beberapa hari – anda akan disuruh batuk dengan kuat untuk mengeluarkan cecair daripada paru-paru anda. Anda boleh melakukannya di rumah, menyimpan sampel-sampel itu di dalam peti sejuk sebelum membawanya ke doktor atau ke pusat pungutan patologi.

Bronkoskopi
Suatu alat yang dipanggil bronkoskop kadang-kala digunakan untuk mendiagnosis kanser paruparu. Ini merupakan suatu tiub fleksibel yang boleh dimasukkan ke dalam hidung atau mulut dan menuruni trakea. Ia membolehkan doktor melihat paru-paru dan mengambil sampel tisu jika perlu. Prosedur ini dilakukan setelah anda diberikan suatu sedatif yang ringan dan diberi semburan anestetik setempat ke bahagian belakang tekak. Prosedur ini mungkin tidak selesa
tetapi tidak menyakitkan.

Aspirasi jarum halus
Prosedur ini dilakukan jika anda mempunyai gumpalan (tumor) yang menimbulkan kesangsian. Sampelnya juga tidak boleh diambil melalui bronkoskopi tetapi boleh dicapai dengan mencucuk jarum ke dalam tumor itu. Ia selalunya dilakukan di hospital. Anda akan diberi anestetik setempat sebelum doktor memasukkan suatu jarum menerusi dinding dada dan ke dalam tumor berpandukan gambar-gambar x-ray dan mengambil keluar sedikit tisu. Suatu prosedur dipanggil torasentesis juga menggunakan suatu jarum halus. Tetapi jarum ini tidak memasuki tumor tetapi cecair daripada sekeliling ruang pleural diambil sebagai contoh untuk mengesan sel-sel kanser.

Mediastinoskopi
Di dalam prosedur ini, doktor dapat melihat nodus limfa di tengah dada, tetapi tiub akan dimasukkan melalui suatu potongan di leher dan ditolak turun ke dalam nodus limfa. Doktor itu dapat mengambil suatu sampel tisu jika perlu. Prosedur ini dilakukan menggunakan anestetik am. Ia biasanya mengambil masa sehari tetapi kadang-kala anda diminta tinggal di hospital semalaman.

Pembedahan torakoskopik berbantukan video
Torakoskop ialah suatu alat seperti bronkoskop dan mediastinoskop. Ia dimasukkan ke dalam kaviti dada melalui suatu potongan kecil di dalam kulit. Doktor boleh melihat bahagian dalam dada menggunakan alat ini dan mengambil sampel sel jika perlu. Selalunya doktor akan menggunakan suatu kamera video yang sangat kecil dan dapat memandu peralatan dengan melihat skrin video. Anda mungkin akan mempunyai tiga hirisan kecil yang dibuat pada dada anda, satu bagi kamera dan dua lagi bagi alat-alat pembedahan. Anda akan menerima anestetik am dan berada di hospital selama dua atau tiga hari.

Skan CT
Skan tomografi berkomputer (CT) boleh digunakan untuk mengenal pasti tumor-tumor yang lebih kecil daripada yang dapat dilihat pada x-ray. Ia juga dapat mengesan sama ada nodus limfa telah membesar. Skan CT ialah suatu jenis X-ray khas yang memberikan gambar tiga dimensi organorgan dan lain-lain struktur (termasuk sebarang tumor) di dalam badan anda. Skan CT biasanya dilakukan di hospital atau pusat perkhidmatan radiologi. Ujian yang tidak
menyakitkan ini akan mengambil masa 30 – 40 minit untuk disempurnakan. Anda akan disuruh berbaring di atas sebuah meja sambil skan CT, yang besar dan bulat seerti donat, berputar mengelilingi anda. Anda mungkin diberi suntikan sejenis pewarna ke dalam vena anda, mungkin di lengan anda, sebelum skan. Ini akan mendapatkan gambar-gambar skan yang lebih jelas. Anda akan diminta supaya jangan makan atau minum buat sementara sebelum skan tersebut. Kebanyakan orang boleh pulang sebaik sahaja skan ini berakhir.

Skan-skan lain
Skan-skan yang lain mungkin juga digunakan. Skan tulang dapat menunjukkan sama ada kanser telah merebak ke dalam tulang. Sedikit bahan radioaktif akan disuntik ke dalam suatu vena. Ia akan mengalir melalui saluran darah dan
berkumpul di dalam kawasan-kawasan tumbesaran tulang abnormal. Suatu alat yang dinamakan pengimbas akan mengukur tahap keradioaktifan di dalam kawasan-kawasan ini dan merekodkannya pada filem x-ray. Skan paru-paru ventilasi/perfusi dapat mengira jumlah fungsi paru-paru yang akan hilang jika tisu paru-paru diambil keluar. Tomografi emisi positron, juga dikenali sebagai skan PET, melibatkan suntikan larutan glukosa ke dalam tubuh. Oleh kerana sel-sel kanser menggunakan lebih glukosa daripada sel-sel normal, Skan PET akan mengesan kuantiti glukosa beradioaktif di dalam kawasan-kawasan tubuh yang telah diserang kanser (jika ia telah merebak), contohnya, ke organ-organ dan nodus limfa yang lain.

Ujian-ujian lain
Anda juga mungkin akan menjalani ujian-ujian darah dan ujian-ujian pernafasan. Jika pembedahan mungkin dilakukan, adalah mustahak untuk mengukur pernafasan anda. Orang yang merokok mengalami emfisema dan mungkin mempunyai keupayaan bernafas yang kurang.

‘Pemeringkatan’ penyakit
Ujian-ujian yang dijelaskan sebelum ini menunjukkan sama ada anda menghidapi kanser, jika benar, di mana terdapatnya kanser primer dan sama ada sel-sel kanser telah merebak ke bahagian-bahagian lain tubuh (ini dikenali sebagai metatesis). Ini membantu doktor ‘memeringkatkan’ penyakit supaya mereka dapat menentukan rawatan yang paling baik buat anda.

Karsinoma sel paru-paru bukan kecil diperingkatkan dengan cara yang berikut:

  • Peringkat 0: Juga dipanggil karsinoma in situ. Sel-sel tertumpu pada tisu pengalas permukaan salur udara dan belum merebak ke dalam tisu-tisu lapisan bawah.
  • Peringkat I (1): Ini mungkin suatu tumor yang agak kecil yang tersendiri atau suatu tumor yang lebih besar yang telah merebak di dalam satu paru-paru.
  • Peringkat II (2): termasuk tumor-tumor yang telah merebak ke dinding dada.
  • Peringkat IIIa (3a): Tumor itu telah merebak ke dinding dada atau diafragma berhampiran paru-paru. Sel-sel kanser telah merebak ke nodus limfa di sebelah mediastinum yang sama.
  • Peringkat IIIb (3b): Kanser merapati atau melibatkan trakea atau salur-salur darah utama, atau telah merebak ke nodus limfa di dalam leher atau ke sebelah mediastinum yang lain.
  • Peringkat IV (4): Ciri penentuan kanser paru-paru Peringkat IV ialah sel-sel kanser telah merebak ke bahagian-bahagian tubuh yang jauh dan memetastasis (membentuk tumor-tumor sekunder).

 

Karsinoma sel kecil diperingkatkan dengan cara yang berikut:

  • Peringkat terhad: Kanser ditemui di dalam satu paru-paru dan nodus limfa yang berhampiran.
  • Peringkat Ekstensif: Kanser telah merebak melepasi paru-paru asal ke paru-paru yang bersebelahan atau organ-organ yang jauh.
  • Berulang: Kanser kembali setelah ianya dirawat.

Rawatan
Rawatan-rawatan utama bagi kanser paru-paru ialah pembedahan, radioterapi (rawatan x-ray) dan kemoterapi (rawatan dadah). Pilihan rawatan akan bergantung kepada sama ada kanser telah merebak melepasi paru-paru, sama ada paru-paru berfungsi dengan baik dan keadaan kesihatan anda. Matlamat rawatan ialah, dengan sebaik yang mungkin, menjadikan anda berasa sihat dan bebas daripada sebarang gejala, walaupun kanser anda tidak dapat disembuhkan. .

Pembedahan
Jika kanser anda belum lagi merebak melepasi paru-paru, kesihatan anda (selain daripada kanser tersebut) adalah agak baik dan keupayaan pernafasan anda mencukupi, rawatan yang memberikan peluang terbaik untuk sembuh ialah memotong bahagian secara pembedahan. Pembedahan yang paling lazim, dipanggil lobektomi, mengambil keluar bahagian paru-paru yang terjejas. Kadang-kala, keseluruhan paru-paru harus diambil keluar dan ini dipanggil
pneumonektomi. Bagi pesakit yang mempunyai pernafasan yang kurang, bahagian-bahagian paru-paru yang lebih
kecil diambil keluar dalam usaha untuk mengekalkan keupayaan pernafasan. Walaupun, pembedahan-pembedahan ini mengekalkan keupayaan pernafasan, kemungkinan besar kanser akan berulang. Doktor anda akan menasihati anda tentang prosedur yang terbaik bagi anda.

Selepas pembedahan
Anda akan menerima titisan intravena selama beberapa hari sehingga anda dapat makan dan minum semula. Terdapat salah satu daripada dua tiub yang mengalirkan keluar cecair atau udara: ini adalah sementara. X-ray akan dilakukan secara kerap untuk memastikan yang paruparu anda berfungsi dengan lancar. Anda akan mengalami kesakitan selepas pembedahan itu. Maklumkan kepada doktor atau jururawat apabila anda perlukan kelegaan daripada kesakitan dan mereka akan memberi anda ubat penahan sakit. Anda tidak perlu “merana dalam diam”. Anda mungkin boleh pulang dalam masa lima atau sepuluh hari selepas pembedahan. Anda akan menerima nasihat daripada doktor, jururawat dan juru pulih anggota tentang caracara mengurus diri anda di rumah. Pemulihan mungkin memakan masa beberapa minggu bagi sesetengah pesakit; walau bagaimanapun, anda boleh pulih dengan lebih cepat daripada ini. Senaman akan membantu anda sembuh. Buat permulaan, anda akan melakukan senaman pernafasan dan senaman kaki; kemudian, berjalan dan berenang akan meningkatkan kekuatan dan kesihatan badan anda. Doktor atau juru pulih anggota anda akan mengesyorkan senaman yang paling baik untuk anda dan memaklumkan kepada anda bila anda boleh memulakan
senaman yang lebih bertenaga. Jika pernafasan anda tidak terjejas sebelum pembedahan, anda mungkin dapati bahawa anda boleh bernafas seperti biasa walaupun satu atau sebahagian daripada paru-paru anda telah diambil keluar. Pesakit yang mengalami kesukaran bernafas sebelum pembedahan akan berasa lebih sesak bernafas selepas itu.

Kemoterapi
Kemoterapi ialah rawatan yang menggunakan dadah anti kanser (sitotoksik). Tujuannya ialah untuk membunuh sel-sel kanser sambil sebaik mungkin tidak memudaratkan sel-sel normal. Dadah ini bertindak dengan menghentikan sel-sel ini daripada membesar dan membahagi. Kemoterapi merupakan rawatan pilihan bagi pesakit kanser paru-paru sel kecil. Oleh kerana kanser jenis ini merebak dengan cepat, ia amat sensitif terhadap kemoterapi. Malangnya, walaupun tindak balas permulaan biasanya baik, tumor mungkin timbul kembali di dalam bentuk yang lebih bertahan dan hanya sebilangan kecil sahaja yang boleh dikatakan telah sembuh.

Kesan sampingan kemoterapi
Sesetengah dadah yang digunakan di dalam kemoterapi boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan. Kesan-kesan sampingan ini mungkin termasuk rasa loya, muntah, kemurungan, pucat lesi dan letih, keguguran rambut tubuh dan kepala. Kesan-kesan sampingan ini hanya sementara dan langkah-langkah boleh diambil untuk mencegah atau mengurangkannya.

Radioterapi
Radioterapi merawat kanser dengan menggunakan sinaran-sinaran x-ray, untuk membunuh sel-sel kanser. X-ray tersebut dapat disasarkan dengan tepat ke atas tempat-tempat kanser di dalam tubuh. Rawatan akan dirancang dengan teliti supaya sebaik mungkin tidak akan memudaratkan tisu-tisu normal tubuh. Fungsi paru-paru boleh rosak jika radioterapi terpaksa ditujukan pada paru-paru, dan ujian fungsi paru-paru diperlukan untuk menilai ini. Bagi memastikan dengan tepat bahagian yang sama dirawat setiap kali, pakar sinaran akan membuat beberapa tanda di atas kulit anda. Tanda-tanda ini merupakan garis-garis, pangkah-pangkah dan titik-titik yang ditulis dengan dakwat-dakwat yang khas. Sesetengah daripada tanda yang tidak kekal ini terpaksa dibuat semula semasa siri rawatan. Radioterapi boleh digunakan untuk menyembuhkan kanser paru-paru peringkat awal. Ia juga boleh digunakan untuk mengawal kanser yang telah merebak ke nodus limfa. Apabila kanser paru-paru tidak dapat disembuhkan, radioterapi boleh digunakan untuk melegakan sakit dan gejala-gejala lain, contohnya kesakitan disebabkan metatesis di dalam tulang atau otak. Rawatan yang digunakan untuk melegakan gejala-gejala penyakit tanpa mencuba untuk penyembuhan penyakit dipanggil rawatan paliatif. Kadang-kala kemoterapi diberi di samping radioterapi supaya sel-sel menjadi lebih sensitif terhadap radioterapi.

Kesan-kesan sampingan radioterapi
Radioterapi boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang sementara termasuk rasa loya yang dapat dilegakan dengan ubat, kehilangan selera dan kelesuan. Kulit pada bahagian yang dirawat mungkin menjadi merah dan pedih selepas rawatan selama dua atau tiga minggu. Sejak permulaan rawatan, anda harus berhati-hati semasa mandi dan elakkan bercukur atau memakai baju yang agak ketat pada bahagian tersebut. Dapatkan kepastian doktor sebelum memakai sebarang talkum atau losen. Mintalah kepada ahli pasukan rawatan radioterapi anda suatu krim untuk melegakan rasa pijar yang anda alami.

Prognosis
Seperti bagi kebanyakan jenis kanser, hasil rawatan adalah paling baik apabila kanser dikesan dan dirawat pada peringkat awal. Pesakit yang dibedah di peringkat awal kanser paru-paru mempunyai peluang yang baik untuk sembuh.
Bagi kebanyakan pesakit, kanser paru-paru tidak dikesan semasa penyakit ini masih boleh dibedah. Bagi pesakit yang mempunyai kanser yang telah lanjut, rawatan paliatif dengan radioterapi dapat merawat banyak gejala dengan berkesan. Orang yang masih terus merokok selepas rawatan kanser paru-paru mempunyai risiko mendapat penyakit yang selanjutnya. Jika anda perlukan bantuan untuk berhenti merokok, berbincanglah dengan doktor atau jururawat anda. Anda perlu membincangkan tentang prognosis anda dengan doktor anda. Sejarah perubatan anda unik, jadi anda perlu membincangkannya dengan seseorang yang tahu tentang sejarah perubatan anda apa yang boleh anda jangkakan dan opsyen-opsyen rawatan yang terbaik bagi anda.

Rawatan paliatif
Rawatan paliatif ialah rawatan yang melegakan atau mengurangkan kesakitan dan gejala-gejala lain penyakit ini yang mencemaskan. Penjagaan paliatif disediakan bagi orang-orang yang mengalami kesakitan dan rasa cemas yang berkaitan dengan kanser tidak kira peringkat rawatan kanser. Ini merupakan jenis rawatan yang mustahak bagi orang yang mengalami kanser yang telah lanjut, yang tidak mampu disembuhkan tetapi boleh berharap untuk menjalani hidup tanpa rasa sakit atau cemas jika ianya boleh dielakkan. Penjagaan paliatif termasuk kelegaan kesakitan menggunakan dadah tahan sakit dan langkahlangkah lain termasuk radioterapi dan kemoterapi. Kesakitan selalunya boleh dikawal dengan baik dengan ubatan secara oral dan anda tidak perlu ragu tentang mendapat ketagihan dadah.

Kadang-kala, cecair terkumpul di dalam dada oleh kerana merebaknya kanser. Ini dapat dialirkan keluar dan ruang di antara paru-paru dan dinding dada dirapatkan dengan suatu suntikan bahan kimia. Jika saluran udara tersekat akibat tumor yang membesar di dalamnya atau akibat tekanan daripada luar saluran udara, ini dapat dilegakan. Suatu tumor di dalam saluran udara boleh dikeluarkan menggunakan laser dan bronkoskopi; suatu sten dapat melegakan tekanan luar ke atas suatu saluran udara. Kadang-kala, sesetengah orang mendapati darah di dalam kahak (haemoptisis) mereka. Ini boleh dikawal dengan laser bronkoskopi atau radioterapi atau dengan menyekat arteri ke kawasan yang terjejas. Doktor-doktor biasa, pakar-pakar dan pakar-pakar di dalam pasukan penjagaan paliatif di hospital memainkan peranan penting di dalam rawatan bagi orang-orang yang mendapat kanser peringkat awal atau yang lanjut.

Membuat keputusan tentang rawatan
Kadang-kala membuat keputusan tentang rawatan yang betul bagi anda adalah sangat rumit. Anda mungkin merasakan segala-galanya berlaku terlalu cepat sehinggakan anda tiada masa untuk berfikir semasak-masaknya. Orang lain pula akan mendapati bahawa penantian bagi keputusan ujian-ujian dan bagi rawatan amat merunsingkan. Walaupun ada sesetengah orang merasakan yang maklumat yang diperoleh terlalu banyak, ada juga yang merasakan yang ianya tidak mencukupi. Anda harus memastikan yang anda faham sepenuhnya penyakit anda, rawatan-rawatan dan kesan-kesan sampingan yang mungkin supaya anda dapat membuat keputusan sendiri. Jangan tergesa-gesa membuat keputusan.
Jika anda diberi pilihan rawatan-rawatan, anda perlu menimbangkan kebaikan dan keburukan setiap rawatan. Jika hanya satu rawatan sahaja dicadangkan, minta doktor anda menjelaskan mengapa rawatan-rawatan lain tidak dicadangkan. Sesetengah orang yang diserang kanser yang telah lanjut akan selalunya memilih rawatan
walaupun peluang untuk sembuh amat tipis. Yang lain pula mahukan kepastian bahawa faedah rawatan adalah setimpal dengan sebarang kesan sampingan. Ada juga yang memilih rawatan yang pada pendapat mereka memberikan kualiti hidup yang terbaik. Sesetengah yang lain pula mungkin memilih tidak mahu menjalani rawatan tetapi hanya mahukan gejala-gejala di atasi apabila ianya timbul untuk mengekalkan kualiti hidup yang sebaik mungkin.

Berbincang dengan doktor anda
Anda mungkin mahu bertemu dengan doktor anda beberapa kali sebelum membuat keputusan muktamad tentang rawatan anda. Semasa rundingan yang pertama apabila anda diberitahu yang anda menghidapi kanser selalunya mencemaskan dan anda mungkin tidak begitu ingat apa yang diperkatakan. Biasanya adalah sukar untuk menerima semua kenyataan dan anda mungkin perlu bertanya soalan yang sama berulang kali. Anda memang berhak untuk mengetahui sama ada sesuatu rawatan itu mustahak buat anda dan anda berhak menerima atau menolaknya.

Berbincang dengan orang lain
Sebaik sahaja anda telah berbincang pilihan-pilihan rawatan dengan doktor anda, anda mungkin mahu berbincang dengan lebih lanjut perkara ini dengan keluarga atau kawan-kawan, dengan para jururawat , pegawai kebajikan hospital atau guru agama atau penasihat anda. Berbincang tentang perkara ini akan membuka jalan bagi anda menentukan tindakan yang paling sesuai bagi anda.

Pendapat lain
Anda mungkin mahu mendapatkan pandangan seorang pakar yang lain. Ini boleh difahami dan boleh menjadi sesuatu yang sangat berguna dalam proses anda membuat keputusan. Pakar atau doktor anda dapat merujuk anda kepada seorang pakar yang lain dan anda boleh meminta semua rekod anda dihantar kepadanya bagi mendapatkan pendapat lain. Anda masih boleh mendapat pendapat lain jika anda telah memulakan rawatan atau masih mahu dirawat oleh
doktor pertama anda.

Mengambil bahagian di dalam percubaan klinikal
Doktor anda mungkin akan mengesyorkan anda supaya menimbang untuk mengambil bahagian di dalam percubaan klinikal. Percubaan klinikal merupakan suatu bahagian yang penting di dalam kajian untuk mencari rawatan kanser yang lebih baik. Doktor-doktor menjalankan percubaanpercubaan klinikal untuk menguji rawatan yang baru atau yang diubahsuai dan melihat sama ada rawatan itu lebih baik daripada rawatan yang sedia ada. Percubaan-percubaan klinikal boleh melibatkan kumpulan-kumpulan orang ramai kecil atau yang lebih besar. Ramai orang di seluruh dunia telah mengambil bahagian di dalam percubaan-percubaan klinikal yang telah menghasilkan peningkatan di dalam rawatan kanser. Walau bagaimanapun, keputusan untuk mengambil bahagian di dalam percubaan-percubaan klinikal terletak di tangan anda. Jika doktor anda mengesyorkan anda mengambil bahagian di dalam percubaan klinikal, pastikan yang anda benar-benar faham tentang tujuan-tujuan percubaan itu dan faedahnya kepada anda.
Sebelum membuat keputusan untuk mengambil bahagian atau tidak, anda mungkin ingin bertanya kepada doktor:

1. Rawatan apakah yang diuji dan mengapa?
2. Ujian-ujian apakah yang terlibat?
3. Apakah risiko-risiko atau kesan-kesan sampingan yang mungkin ada?
4. Berapa lama percubaan itu?
5. Perlu saya pergi ke hospital untuk rawatan?
6. Apakah yang akan saya lakukan jika sebarang masalah timbul semasa saya di dalam percubaan itu?

Mintalah pandangan pakar yang lain yang bukan sebahagian daripada pasukan penjaga kesihatan anda jika anda berasa ragu untuk menyertai percubaan tersebut. Jika anda mengambil keputusan untuk menyertai percubaan klinikal rawak, anda akan diberi rawatan terbaik yang sedia ada atau rawatan baru yang mempunyai harapan cerah. Anda akan dipilih secara rawak untuk menerima salah satu rawatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya rawatan itu merupakan
rawatan yang terbaik yang sedia ada. Jika anda menyertai percubaan klinikal, anda berhak menarik diri pada bila-bila masa. Berbuat demikian tidak akan menjejaskan rawatan kanser anda. Keputusan untuk menyertai percubaan klinikal terletak di tangan anda. Jika anda tidak mahu mengambil bahagian, doktor anda akan membincangkan tentang pilihan-pilihan rawatan terkini yang terbaik dengan anda.

Penjagaan pemulihan dan susulan
Selepas rawatan anda berakhir, anda mungkin perlu menjalani pemeriksaan susulan secara kerap. Doktor anda akan menentukan kekerapan pemeriksaan yang diperlukan kerana setiap orang adalah berbeza. Pemeriksaan ini akan lama-kelamaan berkurangan jika anda tidak mengalami masalah-masalah lanjut Jika penyakit ini bertambah teruk atau berulang, anda mungkin perlukan rawatan yang selanjutnya. Rawatan bagi kanser yang berulang adalah berbeza daripada rawatan yang pertama.

Adakah sebarang kajian dijalankan?
Banyak penyelidikan sedang dijalankan ke atas punca-punca dan pencegahan kanser-kanser dan ke atas cara-cara mengenal pasti orang -orang yang cenderung dan mempunyai risiko mendapat kanser. Para penyelidik juga sedang memerhati tanda-tanda yang akan menunjukkan pesakitpesakit mana yang mempunyai risiko yang tinggi mendapat kanser yang selanjutnya supaya mereka boleh diawasi dengan teliti atau menerima kemoterapi pencegahan. Terdapat bukti bahawa kadar pesakit yang terselamat daripada kanser paru-paru adalah bertambah baik. Kajian-kajian yang terbaru menunjukkan bahawa bagi sesetengah pesakit, gabungan rawatan-rawatan adalah lebih berkesan daripada satu rawatan yang tunggal.

Terdapat ujian-ujian yang lebih sensitif bagi mengesan merebaknya penyakit, seperti skan PET, yang membolehkan pemilihan yang lebih wajar bagi pesakit-pesakit secara individu. Dadah-dadah kemoterapi yang lebih berpotensi kelihatan lebih berkesan dengan kesan-kesan sampingan yang kurang. Percubaan-percubaan juga sedang menguji keberkesanan kemoterapi yang digabungkan dengan radioterapi. Pada masa hadapan, kami berharap untuk berupaya menggalakkan pertahanan semula jadi tubuh terhadap kanser dan terapi gen sasaran untuk mengawal atau membinasakan kanser.

Mendapatkan Sokongan
Selepas anda pertama kali didiagnosis dengan kanser, anda mungkin dilanda pelbagai perasaan seperti takut, sedih, murung, marah atau kecewa. Berbicara tentang perasaan anda dengan pasangan anda, ahli keluarga atau kawan-kawan, atau dengan kaunselor hospital, pegawai kebajikan, pakar psikologi atau guru agama atau penasihat anda mungkin dapat membantu melegakan perasaan anda. Kadang-kala anda akan dapati yang kawan-kawan dan keluarga anda tidak tahu apa yang harus diperkatakan kepada anda. Sesetengah orang akan merasa serba salah sehinggakan mereka mengelak bersua dengan anda. Mereka mungkin mahukan anda ‘membuka jalan’ dengan memberitahu mereka apa yang anda perlukan. Anda juga boleh meminta ahli keluarga atau kawan yang rapat untuk berbicara dengan orang lain bagi pihak anda.

Diet
Diet yang seimbang dan berkhasiat akan membantu anda merasa sesihat yang mungkin dan berdepan dengan kanser dan kesan-kesan sampingan rawatan. Bergantung kepada jenis rawatan yang anda telah jalani, anda mungkin mempunyai keperluan diet yang khas. Seorang pakar pemakanan boleh membantu merancang makanan terbaik bagi keadaan tertentu anda – makanan yang menyelerakan, mudah dimakan dan berkhasiat. Pusat Sumber dan Kesejahteraan (Resource and Wellness Centre) mempunyai seorang pakar pemakanan tetap.

Senaman
Anda mungkin akan merasakan hidup aktif dan melakukan senaman dengan kerap jika anda berupaya dapat membantu anda. Jumlah dan jenis senaman yang anda lakukan akan bergantung kepada apa yang anda biasa lakukan dan tahap kesihatan anda. Berbincang dengan doktor anda apa yang mungkin paling baik buat anda.

Teknik-teknik Bersantai
Sesetengah orang mendapati bahawa bersantai atau tafakur membantu mereka rasa lebih sihat. Pegawai kebajikan hospital atau jururawat akan mengetahui sama ada hospital tersebut menjalankan sebarang program, atau mungkin dapat memberitahu anda tentang sebarang program kemasyarakatan di tempat anda. Pusat Sumber dan Kesejahteraan menjalankan kelaskelas bersantai dan tafakur setiap minggu.

Keseksualan dan kanser
Kita semua adalah makhluk yang mempunyai keinginan seks dan hubungan yang intim membuatkan hidup kita lebih bermakna. Rawatan-rawatan kanser dan kesan-kesan psikologi kanser mungkin menjejaskan diri anda dan pasangan anda di dalam cara yang berbeza. Sesetengah orang akan menyisihkan diri kerana kekecewaan akibat tidak dapat mengatasi kesankesan kemoterapi dan radioterapi ke atas diri dan pasangan mereka. Orang yang lain pula mungkin memerlukan hubungan seksual dan perasaan intim untuk memberi mereka keyakinan. Komunikasi adalah penting di dalam menangani keraguan dan masalah yang mungkin timbul. Berbicaralah tentang perasaan ini dengan pasangan anda. Cubalah kedudukan dan amalan-amalan berbeza untuk mengetahui apa yang dirasakan baik dan memuaskan diri anda berdua. Jika anda berasa sukar untuk meneruskan aktiviti-aktiviti seks anda seperti biasa, berbincanglah dengan doktor atau kaunselor yang terlatih supaya anda dapat memperoleh nasihat yang terbaik.

Kumpulan-kumpulan sokongan kanser
Kumpulan-kumpulan sokongan kanser saling memberikan sokongan dan maklumat kepada orang-orang yang menghidap kanser dan juga, selalunya, kepada keluarga-keluarga mereka. Berbicara dengan orang lain yang telah melalui pengalaman yang sama boleh membantu. Kumpulan-kumpulan sokongan juga boleh menawarkan syor-syor yang bernas dan juga caracara mengatasi. Hospital anda mungkin menjalankan kumpulan-kumpulan sokongan kanser yang khas: minta kepastian daripada doktor, jururawat atau pegawai kebajikan hospital.

Menjaga seseorang yang diserang kanser
Menjaga seseorang yang diserang kanser boleh menimbulkan ketegangan, terutamanya jika orang itu sangat anda sayangi. Jaga diri anda semasa waktu ini. Berilah peluang kepada diri anda untuk berehat dan berkongsilah kebimbangan dan keraguan anda dengan seseorang yang lain. Anda mungkin terpaksa membuat banyak keputusan. Anda juga mungkin terpaksa memenuhi banyak temu janji dengan doktor, perkhidmatan sokongan dan hospital-hospital. Ramai orang mendapati bahawa membawa bersama seorang ahli keluarga yang lain atau kawan yang rapat
amat melegakan. Adalah juga berfaedah jika anda menulis semua soalan terlebih dahulu dan mengambil nota semasa temu janji. Keahlian kumpulan sokongan kanser biasanya terbuka kepada para pesakit dan penjaga mereka. Kumpulan sokongan boleh menawarkan peluang berkongsi pengalaman dan cara-cara mengatasi.


SLE (Systemic Lupus Erythematosus)

Apakah Systemic Lupus Erthematosus (SLE)?
Systemic Lupus Erythematosus atau ringkasnya SLE ialah keadaan di mana berlaku gangguan kepada sistem pertahanan badan seseorang individu. Ia adalah satu penyakit auto imun kronik dan pelbagai organ yang melibatkan tindak balas imun terhadap beberapa antigen diri. Lupus adalah radang kronik yang disebabkan penyakit auto imun dan terjadi apabila tisu badan diserang oleh sistem keimunan tubuh. Sistem imun adalah sistem dalam tubuh yang sangat kompleks, direka bagi menentang ejen jangkitan penyakit seperti bakteria dan bendasing yang masuk ke tubuh. Bagaimanapun, bagi pesakit lupus, mereka menghasilkan antibodi abnormal dalam darah yang mensasarkan tisu dalam tubuh sendiri

Dalam SLE, kompleks imun yang terdiri dari DNA atau nukleoprotein diri, antibodi spesifik dan pelengkap, bertempat dalam kulit, ginjal dan sendi-sendi. Ini menyebabkan eritema, glomerulonefritis dan artritis, masing-masing. Antibodi anti-nukleus (DNA, nukleoproein) boleh dikesan dalam lebih 90% pesakit dan 20% mempunyai faktor reumatoid. Auto antibodi terhadap RNA, eritrosit, platlet juga boleh dikesan. Disebabkan antibodi dan sel pengiring radang boleh membabitkan mana-mana tisu dalam badan, lupus berpotensi menjejaskan mana-mana kawasan tubuh. Lupus boleh menyebabkan penyakit kulit, paru-paru, jantung, buah pinggang, sendi atau sistem saraf. Apabila serangan itu berlaku pada kulit, ia disebut lupus, tetapi apabila membabitkan organ lain, ia dikenali sebagai SLE (syndrome lupus erythematosus).

Kepada seseorang yang menghidap SLE, badannya akan mengeluarkan antibodi yang akan memusnahkan sel badannya sendiri. Ini akan mengakibatkan organ-organ tubuh seperti buah pinggang, otak, paru-paru, jantung, kulit,sendi dan sistem darah menjadi rosak. Ciri utama penyakit ini ialah kemerahan berbentuk kupu-kupu (butterfly rash) pada hidung dan pipi. Satu lagi ciri penyakit ini ialah fenomenon sel LE (lupus erythematosus cell). Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita berumur antara 20 – 40 tahun. Penyebab sebenar penyakit ini tidak di ketahui, tetapi penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit.

Faktor
Faktor genetik meningkatkan kecenderungan menyebabkan masalah auto imun dan penyakit auto imun seperti lupus, rheumatoid arthritis dan kekacauan imun tiroid.
Sesetengah saintis percaya, sistem imun dalam lupus mudah distimulasi oleh faktor luaran seperti virus. Kadangkala simptom lupus lebih buruk apabila pesakit terdedah pada cahaya matahari.
Banyak ubat-ubatan dilaporkan menjadi pencetus SLE. Kebanyakan ubat ini dikatakan menstimulasi sistem imun. Sistem hormon wanita juga dikaitkan dengan SLE. Hubungan hormon dengan SLE bagaimanapun masih lagi dalam kajian.
Mutasi genetik yang mengganggu sistem ‘pembuangan sampah’ dalam tubuh dikaitkan dengan permulaan SLE.

Gejala

  • Ruam merah atau perubahan warna pada muka. Biasanya berbentuk rama-rama pada hidung dan mata terutama yang selalu terdedah kepada matahari.
  • Sendi, muka, kaki membengkak dan sakit.
  • Demam tanpa sebab dan berpanjangan.
  • Sakit dada ketika menarik nafas panjang.
  • Kelenjar menjadi bengkak.
  • keletihan yang berlebihan.
  • Keguguran rambut yang luar biasa (terutama di atas kepala).
  • Jari tangan atau kaki menjadi pucat atau berwarna ungu kerana kesejukan atau tekanan.
  • Sensitif terhadap matahari.
  • Sel darah rendah.Kemurungan, sukar menumpukan perhatian atau masalah ingatan.
  • Ulser mulut.
  • Sawan tanpa sebab.
  • Masalah mental.
  • Keguguran yang kerap.
  • Masalah buah pinggang.
  • Turun berat badan.

Komplikasi SLE

  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Jangkitan
  • Muka merah (Flare)
  • Kesan sampingan ubat-ubatan

Rawatan
Rawatan bergantung kepada keadaan penyakit dan organ atau sistem badan. Sel-sel kanser hidup dan aktif di dalam tubuh dengan memakan makanan antaranya :- .

  1. Gula, adalah makanan utama. Memotong bekalan gula mengurangkan makanan utama sel-sel kanser. Gantian gula seperti Nutrasweet dan Equal dibuat dari Aspartame dan ini amatlah berbahaya. Gantian yang lebih baik ialah madu Manuka atau molass (gula merah) itupun dalam kuantiti paling kecil. Garam dalam pasaran mengandungi bahankimia yang dicampur, menjadikannya putih dan ini tidak baik untuk badan. Altenatif yang lebih baik ialah Bragg’s aminos atau garam laut (ORANG BARAT MEMBUAT KITA MENUKAR DARI GARAM LAUT KEPADA GARAM BERIODIN PUTIH).
  2. Susu menyebabkan badan merembeskan mukus terutamanya dalam trek gastro-intestin. Kanser hidup atas mucus. Dengan menggantikan susu kepada susu soya yang tidak dimaniskan, sel-sel kanser akan kelaparan.
  3. Sel-sel kanser membiak dan selesa dalam persekitaran yang asidik. Diet yang kaya dengan daging adalah asidik dan baik digantikan dengan ikan dan sedikit ayam kampung. Daging daripada lembu dan ayam daging (ternakan komersil) mengandungi antibiotik haiwan, hormon dan parasit haiwan yang semuanya sangat berbahaya kepada orang yang mengidap kanser.
  4. Diet terdiri dari 80% sayur segar, jus, bijirin, biji, kekacang dan buah-buah kecil memberikan badan persekitaran yang alkaline. Kuranglebih 20% bolehlah dari makanan yang dimasak.jus sayuran segar membekalkan enzimhidup yang mudah lagi cepat diserap dan sampai ketahap sel dalamasa 15 minit yang menyempurnakan pemakanan dan mempercepat tumbesaran sel-sel yang sihat. Untuk mendapatkan enzim-enzim hidupyang perlu bagi membina sel-sel yang mantap, cuba minum jus sayur-sayuran segar dan menambah ulam dan sayur mentah 2 hingga 3 kali sehari semalam. Enzim rosak dan musnah pada suhu 40 selsius (104 F).
  5. Elakkan meminum banyak kopi pekat, nescafe, campuran kopi, teh pekat dan coklat kerana kandungan kafein yang tinggi. Teh hijau dan koko adalah pilihan yang lebih baik kerana mereka memiliki kemampuan membunuh kanser. Air – paling baik ialah meminum air yang ditapis alkali terion kerana disamping mengekalkan pH darah ia bebas toksin dan logam berat, ia membekalkan galian-galian pada saiz nano dan kaya dengan oksigen. Air suling dan RO adalah air mati yang perlu dielakkan.

Ubat-ubatan yang digunakan termasuk:

  • Steroids cth: prednisolone. (Ubat ini mempunyai kesan sampingan seperti penambahan berat badan, bengkak muka, jerawat, lambat membesar, tulang yang lembut dan sebagainya. Jika kesan ini serius, doktor akan berbincang untuk rawatan gantian lain)
  • Ubat saitotoksik (Cytotoxic drugs) contoh: cyclophosphamide
  • Sebagai rawatan lain menggantikan ubat steroid dengan dos yang tinggi dan digunakan juga untuk mengurangkan dos ubat steroid dan kesan sampingannya. Kesan sampingan ubat ini ialah merosakkan tulang sumsum dan meningkatkan risiko kejadian kanser dan mandul. Doktor akan berbincang dengan anda bagaimana untuk menyeimbangkan antara faedah dan risiko rawatan ini.
  • Steroid and krim penahan cahaya matahari untuk mencegah ruam kulit
  • Ubat rawatan darah tinggi

Kehamilan & SLE
Fakta Ringkas

  • Bagi pesakit SLE, kesuburan lazimnya tidak terganggu, walaupun aktiviti penyakit dan sesetengah ubat boleh menjejaskan kitaran haid
  • Merancang kehamilan adalah penting
  • Pesakit itu mestilah tidak mempunyai apa-apa gejala SLE dan penyakit tidak aktif sekurang-kurangnya enam bulan sebelum hamil
  • Oleh kerana SLE boleh menjadi lebih aktif semasa kehamilan, maka amatlah penting bagi pesakit berada di bawah jagaan doktor semasa hamil

Walaupun kehamilan bagi seseorang yang mengidap Sistemik Lupus Erithematosus (SLE) dianggap satu risiko tinggi, kebanyakan wanita dapat mengekalkan kehamilan mereka hingga ke peringkat akhir. Namun demikian, harus ditekankan bahawa merancang kehamilan adalah penting. Sebaik-baiknya, seseorang wanita tidak mempunyai apa-apa gejala SLE dan penyakit tidak aktif sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kehamilan.

Masalah sewaktu Kehamilan
Amat mustahak bagi seseorang pesakit SLE yang hamil berada di bawah jagaan doktor semasa kehamilannya. Ini adalah kerana lebih tinggi kemungkinan penyakit menjadi aktif bagi pesakit SLE yang hamil berbanding yang tidak hamil. Keadaan ini berlaku terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga dan yang paling kerap, selepas kelahiran bayi. Ini berlaku disebabkan oleh perubahan pada tahap hormon semasa kehamilan, iaitu pertambahan pada tahap estrogen. Oleh sebab itu, rawatan segera adalah penting untuk menjaga kesihatan si ibu. Biasanya, keradangan buah pinggang lebih kerap berlaku sementara sakit sendi berkurangan.

Fakta-fakta yang harus diambil kira:

  • Wanita yang mengidap SLE mempunyai kadar keguguran serta kelahiran tidak cukup bulan yang lebih tinggi berbanding dengan orang ramai
  • Wanita yang mempunyai antibodi antifosfolipid (Antiphospholipid syndrome) mempunyai risiko keguguran yang lebih semasa trimester kedua disebabkan pembekuan darah yang lebih tinggi di dalam uri
  • Pesakit SLE yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami pra-eklampsia (tekanan darah tinggi akibat pertambahan cecair berlebihan dalam sel-sel tisu dalam badan)
  • Wanita hamil yang mengidap SLE, terutamanya mereka yang mengambil kortikosteroid, juga bekemungkinan mendapat tekanan darah tinggi, kencing manis, serta komplikasi buah pinggang. Oleh yang demikian, rawatan susulan dan pemakanan yang baik semasa kehamilan amat perlu
  • Adalah dinasihatkan untuk melahirkan bayi di institusi kesihatan yang mempunyai kelengkapan rawatan rapi bagi bayi (sekiranya bayi mengalami apa-apa masalah)

Pada masa sekarang, wanita yang menghidap SLE boleh hamil dan melahirkan anak dengan selamat. Anda tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menjadi seorang ibu. Yang pentingnya ialah anda harus berwaspada dan menjaga diri anda dengan baik sewaktu dan selepas kehamilan anda. Bertindaklah dengan bijak dan ikut nasihat doktor mengenai waktu yang selamat untuk hamil.

Pemulihan
Anda mesti mendidik anak anda (bergantung kepada umur dan keupayaannya) berkenaan penyakit, rawatan, kesan sampingan dan langkah-langkah mengurangkan kesakitan
Adalah penting untuk menjelaskan kepada gurunya berkaitan ketidakhadiran di sekolah, perubahan paras wajah dan pengecualian daripada setengah-tengah aktiviti di sekolah.

Maklumat Lanjut Layari TASLY SABAH.

Masalah Wanita Masa Kini, Tetap dihidapi Sering Menghantui…

Setiap wanita yang menjangkau usia lewat 40-an, pasti sedar bahawa tidak lama lagi dia akan menempuh menopos atau ‘perubahan dalam hidupnya’. Satu tempoh di mana tubuhnya akan mengalami satu situasi baru dan dia tidak lagi mampu melahirkan zuriat. Sesetengah wanita melalui semua perubahan ini dengan mudah sehingga tidak menyedari mereka sedang mengalami menopos, tetapi kebanyakan wanita akan merasai sedikit sebanyak kelainan dalam diri mereka. Bantuan doktor mungkin diperlukan kerana tempoh perubahan ini adala tempoh yang sukar ditempuhi.Masalahnya, kebanyakan kaum wanita menganggap menopos merupakan sesuatu yang wajar. Keluhan yang timbul dianggap proses alami dan tidak merasa perlu diubati.

Dalam jangka lima sampai 10 tahun setelah menopos, timbul masalah seperti osteoporosis (tulang rapuh), penyakit jantung koronori, demensia seperti Alzheimer, strok serta inkontinensia urin (mudah terkencing).Kepada wanita menopos sering timbul keluhan akibat kekurangan hormon estrogen. Keluhan itu seperti berdebar-debar, berkeringat banyak, pusing, gelisah, diserang perasaan takut, kurang percaya diri, cemburu berlebihan, sakit saat berhubungan dengan suami, gairah seksual menurun, mata kering, kerongkong kering, serta ngilu tulang dan otot.

Apakah Sebenarnya Menopos?

Perkataan menopos sebenarnya bermaksud pusingan haid terakhir sebelum seseorang wanita itu mengalami putus haid. Tetapi istilah menopos kini ditafsirkan sebagai peringkat hidup seseorang wanita di mana ovarinya (iaitu organ yang menghasilkan telur dan hormon seks) semakin lemah dan kurang berfungsi, serta tubuhnya perlahan-lahan mula menyesuaikan diri dengan tahap hormon yang rendah. Para doktor kadang-kadang menamakan peringkat perubahan ini sebagai ‘climacteric’.

Semua perubahan ini tidak akan berlaku sekaligus dalam satu hari, tetapi ia akan berlaku sedikit demi sedikit dan adakalanya mengambil masa beberapa tahun. Biasanya ia bermula ketika di pertengahan atau penghujung usia 40-an, malah ada juga seawal lewat 30-an. Gangguan haid mula berlaku, umpamanya pusingannya jadi tidak teratur, ataupun tidak sekerap biasa, dan akhirnya ia akan berhenti sama sekali. Secara purata, seseorang wanita akan putus haid pada usia sekitar 50.

Apakah Dia Haid?

Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau kitaran haid. Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina.

Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.

Purata kitaran haid di kalangan gadis ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus wanita yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi wanita yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas. Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah di antara 60 hingga 200 ml.Sesetengah wanita akan mengalami simtom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Di dalam tempoh tersebut wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan wanita.

Seperti yang diperkatakan seawal tadi, putusnya haid ertinya bermulalah tempoh menopos.Ketika menopos, tubuh akan menyesuaikan diri dengan tahap pengeluaran hormon yang kurang, tetapi apakah sebenarnya hormon ini dan bagaimanakah pentingnya hormon ini pada tubuh sebelum tubuh mengalami menopos?

Fungsi Hormon?

Hormon ialah bahan istimewa yang membantu melancarkan tugas-tugas tubuh. Kedua-dua ovari dalam tubuh seseorang wanita menghasilkan hormon perempuan, iaitu estrogen. Estrogenlah yang bertanggungjawab ke atas segala perubahan tubuh bagi menyediakan seseorang kanak-kanak memasuki alam kewanitaan. Ia membantu pertumbuhan payudara dan pembentukan tubuh wanita yang berbeza dari lelaki. Estrogen juga merangsang tumbesaran organ-organ pembiakan yang membolehkan seseorang wanita melahirkan anak. Setiap bulan sebiji telur dikeluarkan dari salah satu ovari dan jika disenyawakan ia akan membesar di dalam rahim menjadi seorang bayi. Sekiranya kehamilan tidak berlaku, telur itu akan dikeluarkan dari rahim sebagai haid.

Estrogen juga berfungsi dalam memelihara kesihatan seseorang wanita. Ia penting untuk kecantikan dan kesihatan kulit, serta pelbagai organ tubuh dan kecerdasan minda.Semakin menghampiri menopos, semakin kurang hormon yang dikeluarkan oleh ovari, dan ada bulan-bulan di mana tiada langsung telur dihasilkan. Inilah yang menyebabkan haid datang tidak menetu kerana rahim tidak ‘mebuang’ lapisan telur ini seperti biasa. Seseorang wanita kemungkinan tidak akan sedar akan sebarang keganjilan tentang haidnya sehinggalah pusingan haidnya terus berhenti dan berlaku menopos.

Bagaimanapun, ada juga wanita yang mengalami pendarahan yang terlalu banyak sewaktu haid di peringkat ini. Jika ini berlaku, wanita itu seharusnya berjumpa doktor kerana ia mudah dirawat, dan juga dikhuatiri is berlaku bukan disebabkan menopos, tetapi sebaliknya atas sebab-sebab lain.Seseorang wanita yang menganggap dirinya telah putus haid masih perlu menggunakan kaedah pencegah kehamilan selama beberapa waktu, kerana mungkin dia hanya sedang mengalami pusingan haid yang tidak menentu. Dia perlu meminta nasihat doktor tentang bila ketikanya untuk berhenti menggunakan kaedah pencegah kehamilan.

Tanda-Tanda Perubahan

Sejak seseorang wanita itu dewasa, iaitu ketika dia masih muda, tubuhnya sudah terbiasa dengan tahap estrogen yang tinggi. Menjelang menopos apabila ovari mengurangkan pengeluaran hormonnya, tubuh akan mengambil masa untuk menyesuaikan dengan keadaan begini. Dalam sesetengah aspek, tubuh sama sekali tidak berdaya mengimbangi perubahan ini dan kekurangan estrogen juga boleh mengakibatkan kesan yang kekal. Wanita tersebut mungkin mengalami simptom yang terjadi akibat perubahan tahap estrogen dari tinggi menjadi rendah. Simptom-simptom ini kemungkinan besar berlaku ketika dia masih ada haid. Perubahan-perubahan lain akan terjadi sepanjang tempoh masa yang lebih panjang, dan mungkin tidak akan disedari sehinggalah beberapa tahun selepas putus haid.

Simptom-simptom paling awal selain dari perubahan pusingan haid seperti yang telah disebut sebelum ini, biasanya akan mula berlaku beberapa waktu sebelum putus haid. Biasanya simptom-simptom ini akan lebih ketara selepas putus haid, dan akan berterusan buat beberapa tahun selepas itu. Walau bagaimanapun, simptom-simptom jangka pendek ini lama-kelamaan akan berhenti juga akhirnya. Simptom jangka pendek yang paling biasa ialah aliran rasa rimas panas dan berpeluh tiba-tiba yang boleh menimbulkan rasa malu jika terjadi di khalayak ramai. Rasa rimas panas ini boleh membara dari dada naik ke leher dan muka, dan wajah bertukar merah. Rasa panas ini biasanya diikuti simbahan peluh terutama sekali di waktu malam yang boleh mengganggu tidur. Ada wanita yang bernasib baik kerana tidak pernah mengalami rasa panas ini, manakala ada pula yang terpaksa menanggungnya beberapa kali setiap hari.

Sesetengah wanita mengadu sakit kepala, berdebar-debar dan keletihan yang amat sangat. Kebanyakan simptom ini adakalanya berlaku serentak atau berturut-turut dan ini memburukkan lagi keadaan. Lebih-lebih lagi jika perubahan itu melibatkan perubahan emosi seperti rasa mudah tersinggung, kemurungan dan kurang tumpuan, yang juga mengganggu ramai wanita pada tahap ini. Walaubagaimanapun, hanya segelintir wanita menderita kesemua simptom serentak dalam satu masa. Gangguan emosi ketika ini juga boleh membuat seseorang wanita itu berasa lebih tertekan dalam menangani simptom-simptom ini, barangkali kerana anak-anaknya sudah dewasa dan kini menjalani kehidupan sendiri, atau mungkin juga kerana menyedari dirinya tidak boleh lagi melahirkan anak. Tekanan-tekanan perasaan seperti ini mungkin tidak ada kaitan dengan pengurangan kadar estrogen, tetapi ia boleh memberatkan lagi masalah-masalah yang ada kaitannya dengan simptom kurang estrogen.

Berbeza dengan simptom jangka pendek yang terhad kepada beberapa tahun sebelum atau selepas menopos, perubahan jangka panjang menjadi lebih ketara pada usia yang lebih lewat kerana ia berpunca daripada kadar estrogen yang semakin berkurangan, dan biasanya akan bertambah teruk dengan bertambahnya usia. Pengurangan estrogen meninggalkan kesan pada anggota tubuh seperti berikut:

  • Rahim

Rahim akan mula mengecut setelah ia tidak diperlukan lagi untuk tujuan kelahiran.

  • Faraj

Faraj akan memendek dan sempit serta menjadi kendur. Lapisan dindingnya menjadi nipis dan kering, ini kerap mengakibatkan kesakitan ketika hubungan kelamin. Ini seterusnya akan mewujudkan tekanan emosi yang boleh menjejaskan hubungan seksual.

  • Pundi Kencing

Kawalan di pundi kencing menjadi lemah dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal atau menahan kencing (walaupun kekurangan estrogen biasanya bukanlah punca berlakunya keadaan ini). Tambahan lagi, otot-otot di kawasan ini akan menjadi lebih lemah keika menopos, dan ini memburukkan lagi masalah pengawalan pundi kencing.

  • Kulit dan Rambut

Pengurangan estrogen juga melibatkan kesan pada rupa paras seseorang wanita. Kulit menjadi nipis dan kering serta hilang keanjalan dan kelembutannya. Kurangnya estrogen juga mengurangkan pertumbuhan rambut, manakala rambut juga kehilangan serinya.

  • Tulang dan Otot-otot

Estrogen sangat penting dalam memelihara tulang agar sentiasa kuat. Dengan menurunnya kadar estrogen, tulang menjadi semakin kecil dan lemah sejak sebelum menopos lagi. Proses ini dipanggil osteoporosis. Inilah yang menyebabkan tulang jadi rapuh dan lebih mudah patah di kalangan wanita yang lebih berusia. Wanita tua biasanya semakin rendah dan menjadi bongkok akibat tulang belakang yang semakin lemah hingga ada tulang-tulang yang roboh. Sakit belakang dan radang sendi juga biasa berlaku. Otot-otot juga boleh menjadi lemah akibat penurunan kadar estrogen.

Penyakit Jantung dan Saluran Darah

Estrogen nampaknya penting dalam melindungi seseorang wanita muda daripada penyakit yang menyerang pembuluh darah – sebab utamanya terjadi serangan jantung dan strok yang lebih kerap dihidapi kaum lelaki muda atau separuh umur. Selepas menopos, kaum wanita juga menghadapi risiko serangan jantung dan strok yang sama tingginya seperti yang dihidapi kaum lelaki. Simptom-simptom Perubahan Hidup:-

  • Simbahan rasa panas
  • Pendarahan faraj yang tidak tetap
  • Sakit kepala
  • Sakit-sakit otot
  • Mudah marah
  • Bulu baru tumbuh di muka
  • Kemurungan
  • Kulit terlalu kering
  • Kurang dorongan seks
  • Rasa tidak dicintai
  • Faraj menjadi kering
  • Kurang minat seks
  • Sakit belakang
  • Susah tidur
  • Sakit sendi
  • Keletihan luar biasa
  • Peluh malam
  • Sakit ketika hubungan seks

Beberapa Soalan Yang Mungkin Ada Di Fikiran Anda

  • Adakah saya sesuai atau layak menjalani Terapi Penggantian Hormon (HRT)?

Bincangkan masalah ini dengan doktor anda, beliau mungkin mahu merawat anda sendiri atau merujuk anda kepada klinik menopos terdekat di kawasan anda. Sekiranya doktor anda mengambil keputusan memberikan anda HRT, beliau akan menjalankan pemeriksaan rapi untuk memastikan tahap kesihatan anda, dan untuk mengetahui sama ada hormon sesuai untuk anda.

  • Doktor mendapati saya sesuai untuk HRT. Untuk tempoh berapa lamakah dia akan memberikan saya HRT? Segelintir wanita hanya memerlukan rawatan untuk beberapa bulan sahaja untuk menghilangkan simptom-simptom. Manakala ada wanita yang perlu dirawat berperingkat-peringkat dalam jangka masa pendek tetapi selama beberapa tahun, untuk mencegah masalah jangka panjang dan kemungkinan terjadi simptom-simptom lain di tahun-tahun mendatang. Doktor anda akan menentukan apa yang terbaik untuk anda.
  • Bolehkah HRT melambatkan proses penuaan?

Tidak boleh. Menggantikan semula estrogen yang hilang dari tubuh hanya akan mempengaruhi perubahan-perubahan yang berlaku akibat kekurangan estrogen. Ia juga boleh membuat seseorang wanita berasa dan kelihatan lebih baik, tetapi tiada kesan pada proses penuaan semula jadi.

  • Adakah HRT boleh melambatkan menopos?

Tidak. Fungsi ovari yang semakin lemah tidak akan diperlambatkan lagi atau dipercepatkan oleh HRT.

  • Apa akan belaku pada pusingan haid saya?

Tujuan HRT ialah untuk meneruskan turunnya pendarahan sama seperti corak pusingan haid biasa. Haid akan digantikan dengan pendarahan teratur yang dihasilkan oleh HRT. Walau bagaimanapun, pendarahan hasil HRT biasanya lebih ringan dibandingkan haid. Pendarahan yang berlaku secara teratur dan tetap ini akan berterusan selama mana anda masih terus menerima HRT. Walaupun haid telah lama berhenti sebelum anda menggunakan HRT, besar kemungkinan anda akan masih mengalami sedikit pendarahan.

  • Adakah HRT akan membuat saya lebih subur?

Tidak. HRT tidak akan membuat anda lebih subur. Anda tidak boleh mengandung atau melahirkan anak setelah mengalami menopos, dan pendarahan tetap yang dihasilkan oleh HRT ini – yang bukan haid sebenar- tidak akan mengubah keadaan ini.

  • Bolehkah HRT bertindak sebagai pencegah kehamilan seperti pil perancang?

Tidak. HRT bukan satu kaedah pencegah kehamilan. Sekiranya anda masih subur ketika memulakan HRT, anda perlu terus menggunakan kaedah pencegah kehamilan sehinggalah dibenarkan berhenti oleh doktor anda. Sepanjang tempoh pengambilan HRT, anda TIDAK BOLEH mengambil kaedah pencegah kehamilan dalam bentuk pil.

  • Bagaimana tentang kesan sampingan?

HRT menggunakan estrogen semula jadi untuk menggantikan hormon yang sama yang telah hilang dari tubuh seseorang wanita. Jadi kesan sampingannya amat sedikit. Walau bagaimanapun, sama seperti hormonnya sendiri yang akan menyebabkan beberapa simptom sebelum menopos, begitulah juga dengan HRT. Simptom-simptom kecil biasanya berlaku seperti rasa tegang di payudara, tetapi ini akan hilang selepas sebulan dua.

  • Adakah HRT mempunyai risiko?

Estrogen semula jadi, jenis estrogen paling logik untuk digunakan, adalah rawatan yang telah banyak kali dicuba dan telah melalui ujian paling getir. Hasil yang telah terbukti hari ini menunjukkan HRT yang diberikan di bawah pengawasan yang rapi, dan disesuaikan mengikut keperluan anda, membawa risisko paling sedikit terhadap kesihatan anda.

  • Bolekah hysterectomy menukar perubahan dalam hidup?

Biasanya, hysterectomy hanya membuang rahim dan bukan ovari. Ovari-ovari ini akan terus mengeluarkan hormon dalam jumlah biasa sehinggalah usia di mana menopos sepatutunya berlaku, kecuali jika bekalan darah ke ovari berkurangan seperti yang kadangkala berlaku selepas pembedahan. Walau bagaimanapun, sekiranya ovari dikeluarkan sewaktu ia masih aktif, maka wanita tersebut akan mengalami perubahan hidup bukan semula jadi yang berlaku secara mendadak, tidak kira betapa muda usianya. Dalam keadaan ini, wanita itu mungkin memerlukan HRT untuk menggantikan hormon-hormon yang telah tiada. Bagaimanapun, keputusan samada HRT boleh atau tidak boleh diberikan akan bergantung kepada punca atau sebab asal kenapa pembedahan hysterectomy telah dilakukan.

  • Setinggi manakah risiko saya menghidapi osteoporosis?

Risiko anda bertambah dengan:-

  • Merokok
  • Kurang bersenam
  • Minum minuman beralkohol
  • Faktor keturunan seperti mempunyai ibu yang menghidap osteoporosis yang teruk (hilang ketinggian dengan ketara, atau bongkok, atau patah pergelangan tangan atau pinggul).

Apakah Yang Boleh Saya Buat Untuk Membantu Diri Saya Sendiri?

Jika anda merokok, anda dinasihatkan untuk berhenti amalan ini buat selama-lamanya. Ini akan membantu saluran darah dan paru-paru anda, serta melambatkan terjadinya osteoporosis. Lakukan senaman – seperti berjalan yang sangat baik untuk kesihatan – dan imbangi pemakanan anda. Pastikan anda mengambil lebih kalsium dengan banyak minum susu (susu skim adalah yang paling menyihatkan) atau makanan dari hasil susu seperti yogurt dan keju (keju rendah lemak adalah yang terbaik). Selepas menopos, anda mudah sekali menambah berat badan – jadi makanlah dengan sewajarnya untuk memelihara kesihatan anda, dan jika perlu mintalah nasihat doktor. Jika anda gemar minuman beralkohol, minumlah pada kadar yang sederhana.

Inilah masanya anda perlu membuat banyak perubahan di dalam hidup anda. Janganlah mudah kecewa sekiranya cubaan-cubaan awal anda tidak mendatangkan hasil. Mungkin inilah waktunya anda boleh menumpukan semula perhatian kepada hobi anda yang selama ini tidak mampu dilakukan kerana terlalu sibuk. Pandanglah ke hadapan di mana masih ada sepertiga lagi jangkamasa kehidupan anda yang bakal anda lalui. Jadikanlah ia satu tempoh yang paling meriangkan.

Bagaimana Doktor Anda Boleh Membantu?

Anda telah berjumpa doktor anda kerana satu atau lebih simptom awal menjelang menopos seperti pendarahan teruk semasa haid atau pusingan haid tidaak tetap, simbahan rasa panas, berdebar-debar, berpeluh, sakit kepala atau keletihan yang amat sangat.

Untuk kelegaan jangka pendek, beliau mungkin merawat anda misalnya dengan memberi ubat penahan sakit bagi sakit kepala atau tranquiliser untuk masalah emosi. Walau bagaimanapun, ini tidak akan dapat menyembuhkan masalah sebenarnya yang berpunca daripada kekurangan hormon.

Apakah sebenarnya HRT?

HRT semata-mata bertujuan menggantikan estrogen yang telah hilang. Jadi, estrogen paling baik untuk digunakan ialah ‘estrogen semula jadi’, dalam perkataan lain, estrogen yang sama seperti estrogen yang dihasilkan oleh ovari wanita sendiri.

Kelebihan dari Terapi Penggantian Hormon?

Terapi estrogen semula jadi berkesan untuk mengawal sakit kepala dan simbahan rasa panas dan lain-lain simptom akibat dari kekurangan estrogen, biasanya dalam masa seminggu dua. Juga bagi seseorang wanita yang mengalami kesakitan sewaktu hubungan seks, estrogen yang menjadikan lapisan dinding faraj lebih tebal dan sihat, akan membantu menjadikan hubungan kelamin lebih selesa. Tetapi estrogen semula jadi juga membantu otot-otot untuk menjadi kuat semula dan keadaan kulit serta rambut akan menjadi lebih baik. Seseorang wanita yang sihat, pasti dia juga akan kelihatan lebih baik.

Inilah masalah-masalah ketara akibat dari tempoh perubahan ini. Semua masalah ini akan bertindak balas dengan HRT. Tetapi para doktor hari ini semakin cenderung dalam rawatan pencegahan untuk kesihatan yang lebih baik bagi semua. Semakin ramai doktor-doktor persendirian menganjurkan Klinik Wanita Sihat di klinik-klinik mereka. Salah satu faedah paling besar dari rawatan HRT yang berpanjangan ialah perlindungan tulang dari reput dan rosak secara perlahan-lahan. Apabila usia meningkat, perlindungan dari kereputan tulang (osteoporosis) menjadi semakin penting. Banyak kejadian tulang patah yang berbahaya dapat dielakkan dengan meneruskan HRT.

HRT jangka panjang juga boleh mengembalikan perlindungan yang diberikan oleh estrogen sebelum menopos dari kemusnahan pembuluh darah yang membawa darah ke jantung, otak dan organ-organ lain. Terapi estrogen semula jadi boleh menghindari pelbagai penderitaan yang tidak perlu dideritai, bukan sahaja oleh wanita itu sendiri, malah keluarga mereka juga. Perubahan hidup anda tidak perlu menjadi satu bencana. Tidak ada sebab kenapa menopos harus menyekat anda dari menikmati hidup dengan penuh ceria, sihat dan bahagia untuk tahun-tahun yang mendatang.

Maklumat Lanjut layari www.taslysabah.com

Kenali Buah Pinggang (Ginjal). Salah Satu Organ Penting Anda.

Mengenai Buah Pinggang (Ginjal)

Gijal atau buah pinggang adalah sepasang organ kembar terletak sebelah menyebelah tulang belakang bawah sedikit kepada rangka tulang rusuk. Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Meskipun saiznya kecil, hanya lebih kurang dua penumbuk tangan, buah pinggang kita mempunyai keupayaan untuk menapis bahan buangan daripada darah dan membantu membuang bendalir berlebihan. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya bersama air, sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium, potasium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat, dan glukos dalam plasma, ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis – di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan).

Setiap hari, kira-kira 200 liter darah ditapis atau ‘dibersihkan’ oleh buah pinggang. Di samping itu, buah pinggang juga terlibat dalam penghasilan sel-sel darah merah, kawalan tekanan darah, kawalan keseimbangan asid-bes (alkali) dan penjagaan kesihatan tulang. Jika terdapat keadaan tidak normal dalam buah pinggang, contohnya tahap protein melebihi paras normal atau terdapat kesan darah dalam air kencing atau jika fungsi buah pinggang merosot, besar kemungkinan kita menghidap penyakit buah pinggang kronik.

Lazimnya, kegagalan fungsi buah pinggang atau ginjal seringkali dikaitkan dengan kencing manis atau tekanan darah tinggi. Bagi penyakit radang buah pinggang, ia agak jarang diperkatakan walaupun saban waktu terdapat kes ini. Tidak hairanlah jika kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang daripada kategori ringan hingga serius. Malangnya mereka tidak mengetahuinya. Di dalam tahun 2002, lebih daripada 380 orang di Malaysia didiagnosis dengan kanser buah pinggang, walau bagaimanapun, jumlah ini mungkin lebih kurang daripada bilangan yang sebenarnya berdasarkan kemungkinan bahawa ada kes yang tidak didaftarkan. Kajian terhadap pelbagai bangsa di seluruh dunia menunjukkan bahawa kira-kira satu daripada setiap 10 orang dewasa menghidap penyakit buah pinggang kronik. Di samping itu, penyakit buah pinggang kronik adalah ‘penyakit berganda’ kerana ia dikaitkan dengan peningkatan sekurang-kurangnya 10 kali ganda risiko kematian awal akibat penyakit jantung, strok dan penyakit vaskular periferal.

Apakah akan terjadi jika Gijal tidak berfungsi ?

Seseorang masih dapat menjalani hidup normal dengan hanya satu buah pinggang, yang memberikan 50 peratus fungsi renal. Namun begitu sekiranya sistem buah pinggang tidak berfungsi, sistem dalam badan tidak akan berupaya menolak keluar air yang berlebihan dari badan secukupnya, begitu juga dengan garam yang berlebihan dalam badan dan lain-lain bahan yang tidak diperlukan oleh badan. Dalam keadaan ini maka jumlah air di dalam badan akan bertambah dan menyebabkan tisu-tisu membengkak atau dalam bahasa perubatannya OEDEMA. Sebastian cecair dalam badan berubah dengan pesat sehingga menjadikan keadaan badan tidak lagi nomal dan membolehkan nyawa seseorang akan terancam dan boleh membawa maut. Keadaan ini hanya akan dapat diatasi jika pencucian darah dibuat secara ‘Dialisis’ dijalankan. Masalah kesihatan yang serius biasanya mula timbul apabila fungsi renal seseorang merosot hingga di bawah paras 30 peratus.

Tanda-tanda amaran bagi penyakit ginjal.

Oleh kerana gejala yang ketara, penyakit buah pinggang hanya dapat dikesan pada peringkat lanjut, adalah penting untuk mengesan penyakit ini pada peringkat awal. Ini boleh dilakukan melalui pemeriksaan kesihatan yang mudah dan berkala, khususnya ujian air kencing, darah dan tekanan darah. Jika dikesan awal, penularan penyakit buah pinggang boleh dilambatkan dengan rawatan dan strategi pengurusan kesihatan yang betul. Pesakit diabetes, mereka yang mengalami tekanan darah tinggi, warga tua dan mereka yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit buah pinggang hendaklah menjalani pemeriksaan secara tetap bagi mengesan penyakit buah pinggang kronik kerana mereka menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk diserang penyakit ini. Namun begitu, terdapat beberapa tanda-tanda awal sekiranya penyakit ginjal ini mula mendekati kita, antaranya:-

  • Kepedihan atau kesulitan semasa buang air kencing.
  • Kerap membuang air kecil terutamanya pada waktu malam.
  • Mengeluarkan kencing bercampur darah.
  • Bengkak sekeliling mata, bengkak tangan dan kaki terutama dikalangan kanak-kanak.
  • Kesakitan dibahagian pinggang belakang badan atau bawah sedikit dari tulang rusuk dalam keadaan rehat.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Berasa letih dan kurang bertenaga selepas berjalan laju atau menaiki tangga bangunan.

(Sesetengah kes masalah penyakit buah pinggang tidak memberikan apa-apa tanda amaran, oleh itu amalan membuat pemeriksaan dan ujian air kencing setiap tahun adalah jalan yang terbaik. Mereka yang menghidap penyakit autoimun seperti lupus eritematosus sistemik (SLE), mempunyai berat badan berlebihan atau merokok, serta mereka yang mengambil ubat pelega kesakitan, seperti ubat anti-radang yang bukan steroid (NSAIDS) untuk jangka masa panjang, juga berdepan dengan risiko yang lebih tinggi untuk penyakit buah pinggang kronik. )

Apakah penyakit-penyakit berkaitan dengan Ginjal ?

Pelbagai penyakit yang melibatkan kerosakan kepada ginjal, bukan semata-mata batu karang. Memandangkan didalam ginjal terdapat kompenan-kompenannya yang tersendiri, maka kepelbagaian penyakit ginjal bergantung kepada sejauh mana kerosakan kepada kompenan-kompenan berkenaan. Diantara penyakit-penyakit berkaitan dengan ginjal adalah :

  • Jangkitan saluran kencing. (Masalah ini paling kerap berlaku kepada orang ramai. Masalah jangkitan bateria ini berlaku samada didalam pundi kencing dan ginjal.)
  • Saluran kencing tersekat akibat batu karang dalam ginjal atau seumpamanya.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Glomerulonephritis.
  • Nephrosis.
  • Kencing manis.
  • Kerosakan akibat kimia toksid seperti penyalahgunaan dadah.

Ginjal dan batu karang.

Batu yang terbentuk dari pembesaran kristal halus didalam ginjal atau lebih dikenali sebagai buah pinggang. Kristal halus ini terbentuk adalah hasil daripada beberapa jenis bahan kimia seperti kalsium oxalat, kalsium posphat, asid urik, cystine dan mennesium posphat ammonia. Kajian juga mendapati bakteria kecil yang berada di dalam ginjal manusia juga mampu membentuk batu karang. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan pembentukkanya akan boleh menjadi besar sebesar bola golf. Kebanyakkan batu karang membesar di dalam ginjal sebelum ianya bergerak ke dalam saluran kencing dan seterunsnya ke pundi kencing. Dalam keadaan batu karang yang tersekat di saluran kencing akan memyebabkan aliran air kencing terganggu dan ini akan menimbulkan kesakitan yang amat sangat kepada pesakit. Keadaan batu karang yang semakin membesar di dalam ginjal tidak terhenti disitu sahaja, malahan bakteria akan mula hidup di dalam batu karang dan akhirnya ia akan memberi jangkitan kepada ginjal, saluran kencing dan pundi kencing.

Ginjal dan tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi ‘Hypertension’ menyerang 10% hingga 20% penduduk Malaysia.Tekanan darah tinggi ialah penyakit tersembunyi sehingga para doktor masih belum dapat memberi jawapan secara tepat mengapakah sesetengah orang menghadapi tekanan darah tinggi. Golongan yang berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi ini ialah mereka yang latarbelakang keluarganya sememangnya mempunyai penyakit ini, pengidap kencing manis, masalah tekanan hidup yang kronik, berat badan yang berlebihan, pengamal pemakanan yang tinggi kandungan garamnya, peminum alkohol, perokok dan juga mereka yang telah melebihi umur 40 tahun. Ianya boleh menyebabkan komplikasi seperti serangan Jantung, Angin Ahmar, kegagalan Jantung dan kerosakan ginjal.

Masalah tekanan darah tinggi dan masalah ginjal adalah mempunyai hubungan yang akrab, ini kerana masalah kepada ginjal akan menyebabkan tekanan darah tinggi dan masalah darah tinggi akan menyebabkan masalah kepada ginjal. Tidakbalas tekanan darah tinggi terhadap ginjal ialah ianya akan menyebabkan saluran darah dalam ginjal akan menjadi kental dan keras. Keadaan ini akan mengurangkan bekalan darah kepada ginjal serta mengakibatkan kecekapan ginjal berkurangan. Jumlah cecair dan garam akan berlebihan di dalam badan dan akan memberi masalah kepada perjalanan jantung. Jika rawatan tidak dijalankan dengan kawalan ubat-ubatan maka kemusnahan kepada ginjal akan berlaku dan menyebabkan kematian.

Maklumat lajut layari http://www.taslysabah.com

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.