Skip to content

Maklumat Berkaitan Paru-paru

22 November 2010

Paru-paru
Pengenalan
Kaviti dada (‘toraks’) ialah bahagian yang dikelilingi oleh tulang rusuk anda, daripada bahagian bawah leher dan bahu. Lantai kaviti dada ini ialah diafragma, suatu kubah yang terdiri daripada otot yang lebar dan nipis. Di bawah diafragma ialah abdomen. Sebahagian besar kaviti dada dipenuhi oleh dua paru-paru yang besar dan seperti span. Paruparu secara kasarnya berbentuk kon, dan terbahagi terdiri daripada ruang-ruang atau lobuslobus – paru-paru sebelah kiri mempunyai dua lobus dan yang kanannya tiga. Terletak di antara paru-paru ialah mediastinum, suatu kawasan yang mengandungi jantung dan salur-salur darah yang besar, trakea (salur udara), esofagus (tiub yang membawa makanan daripada mulut ke perut), dan banyak kelenjar yang dipanggil nodus limfa.

Apabila kita menarik nafas, udara disedut melalui hidung atau mulut, memasuki tekak dan turun melalui salur udara ke dalam dada. Salur udara bercabang menjadi dua bronkus, setiap satu memasuki setiap paru-paru. Di dalam paru-paru, bronkus akan bercabang banyak kali lagi, seperti sepohon pokok, untuk membentuk bronkiol-bronkiol yang lebih kecil yang merupakan beribu-ribu tiub-tiub yang halus (bronkiol). Setiap bronkiol hujung bronkiol mempunyai pundi-pundi
udara seperti gelembung halus. Pundi-pundi udara (alveoli) inilah yang membuat paruparu seperti span. Darah mengalir melalui dinding-dinding nipis yang bersebelahan pundi-pundi udara. Ini membolehkan oksigen berpindah daripada udara memasuki darah, dan karbon dioksida yang merupakan suatu bahan sisa tubuh – berpindah daripada darah ke dalam udara, yang akan dihembus keluar.

Membran dua lapisan yang dipanggil pleura mengelilingi paru-paru. Ia senipis plastik pembungkus melekap (cling wrap). Lapisan dalam melekat kepada paru-paru dan lapisan luar pula mengalas dinding dada dan diafragma. Di antara kedua lapisan itu ialah kaviti pleural. Kaviti ini kelihatan kosong – dengan dua lapisan pleura bergerak bersentuhan antara satu sama lain, dan lapisan-lapisan ini lembap dan licin supaya paru-paru dapat bergerak dengan lancarnya
semasa bergesel dengan dinding dada semasa anda bernafas.

Kanser Paru-paru
Kanser paru-paru ialah kanser pada sesetengah sel di sebahagian paru-paru anda, selalunya bermula di dalam tisu pengalas saluran udara. Kanser yang muncul di dalam sel-sel yang mengalas sesuatu organ dipanggil karsinoma.
Terdapat beberapa jenis kanser paru-paru. Kanser paru-paru dikelaskan mengikut jenis sel yang terjejas. Ada dua jenis yang utama: karsinoma-karsinoma sel kecil dan karsinoma-karsinoma bukan sel kecil.

Karsinoma-karsinoma sel kecil
Karsinoma-karsinoma sel kecil, juga dipanggil karsinoma-karsinoma sel oat oleh kerana bentuk selnya, bertanggungjawab bagi kira-kira 15 peratus kanser-kanser paru-paru. Kanser jenis ini berkait rapat dengan menghisap rokok. Malangnya, ia merebak awal dan menyebabkan sedikit sahaja gejala-gejala awal, dan akibatnya, di dalam kebanyakan kes, ia telah metatesis pada waktu ia didiagnosis.

Karsinoma-karsinoma bukan sel kecil
Karsinoma-karsinoma bukan sel kecil termasuk karsinoma sel skuamus, adekarsinoma, karsinoma se besar, karsinoma sel bronkiol dan mesotelioma. Karsinoma-karsinoma ini menjejaskan sel-sel yang mengalas bronkiol utama. Apabila tumor-tumor ini mulai membesar, mereka boleh merebak memasuki dinding dada dan nodus limfa setempat. Karsinoma sel skuamus mempunyai kadar metatesis (merebak ke bahagian-bahagian tubuh lain) yang lebih perlahan daripada jenis-jenis kanser paru-paru yang lain dan biasanya dapat dikesan lebih awal, dan oleh itu mempunyai prognosis yang paling baik selepas rawatan. Mesotelioma, sebenarnya, bukan kanser paru-paru. Ia merupakan kanser membran pleural pada permukaan paru yang jarang dikesan dan berkait rapat dengan pendedahan kepada asbestos.

Punca-punca kanser paru-paru
Seperti juga dengan kebanyakan kanser, kita tidak mengetahui punca bagi semua kes. Menghisap rokok merupakan punca utama kanser paru-paru tetapi adalah tidak diketahui mengapa seorang perokok mendapat kanser paru-paru tetapi seorang yang lain tidak. Hampir 90 peratus kanser paru-paru adalah disebabkan merokok. Kanser paru-paru terjadi selalunya pada golongan dewasa di antara usia 40 dan 70 tahun yang telah menghisap rokok selama sekurang-kurangnya 20 tahun. Mereka berkemungkinan besar telah merokok sejak remaja lagi.
Terdapat juga lebih banyak bukti yang mencadangkan asap tembakau persekitaran (merokok secara pasif) boleh menyebabkan penyakit pada golongan dewasa, kanak-kanak dan bayi. Pendedahan tempat kerja kepada asbestos dikaitkan dengan risiko mendapat keracunan asbestos dan mesotelioma. Terdapat risiko yang dua kali ganda bagi penghidap keracunan asbestos untuk mendapat kanser paru-paru, dan jika penghidap itu juga merokok maka risikonya
berkali-kali ganda. Pendedahan tempat kerja yang lain yang mungkin berkait dengan kanser paru-paru termasuk sentuhan di dalam memproses logam, nikel, krom dan arang batu. Pendedahan kepada sinaran menyebabkan risiko yang meningkat mendapat kesemua kanser, termasuk kanser paru-paru. Pelombong-pelombong uranium, fluorspar dan hematit mungkin terdedah kepada sinaran semasa bernafas udara yang dicemari gas radon.

Adakah kanser paru-paru lazim ditemui?
Kira-kira 3500 rakyat Malaysia mungkin didiagnosis dengan kanser paru-paru setiap tahun. Kanser paru-paru merupakan punca kematian akibat kanser yang paling lazim di kalangan lelaki Malaysia.

Diagnosis
Sesetengah orang tidak mempunyai gejala, tetapi mengetahui yang mereka mendapat kanser paru-paru apabila suatu tumor kelihatan pada x-ray dada semasa pemeriksaan rutin. Yang lain pula menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila gejala-gejala pernafasan bertambah teruk atau serangan bronkitis yang berlarutan. Sesetengah gejala adalah lebih biasa daripada yang lain tetapi harus juga diperiksa oleh doktor. Gejala kanser paru-paru yang paling lazim ialah batuk yang berlarutan atau perubahan di dalam batuk yang kronik. Kesesakan nafas, kahak yang mengandungi kesan darah, sakit-sakit dada dan serangan pneumonia atau bronkitis yang berkali-kali mungkin juga merupakan tanda-tanda kanser paru-paru. Di dalam peringkat-peringkat akhir kanser paru-paru, pesakit mungkin mengalami kelesuan, penurunan berat badan, kesesakan nafas yang teruk, bersuara garau, kesukaran menelan dan cecair yang berkumpul di dalam kaviti dada. Mungkin juga terdapat gejala yang kelihatan tidak berkaitan dengan paru-paru. Ianya mungkin berpunca daripada merebaknya kanser paru-paru ke bahagian lain tubuh.

Doktor dan pakar kesihatan profesional yang manakah harus saya berjumpa?
Doktor biasa anda akan memeriksa anda bagi mengesahkan sama ada anda menghidapi kanser atau tidak. Ini mungkin merupakan saat yang mencemaskan dan meletihkan terutama jika anda harus melalui beberapa ujian. Jika suatu diagnosis telah dibuat, doktor tersebut akan juga merujuk anda kepada seorang pakar urologi yang akan menasihati anda tentang opsyen-opsyen rawatan. Anda harus menjangka yang anda akan dijaga oleh sepasukan penjaga profesional daripada semua disiplin-disiplin yang berkaitan di suatu pusat rawatan yang mempunyai pelbagai kemudahan bagi diagnosis dan rawatan. Pakar-pakar dan ahli profesional kesihatan yang menjaga pesakit kanser paru-paru termasuk:

  • Pakar pernafasan: yang biasanya bertanggungjawab bagi menyiasat gejala-gejala, membuat diagnosis dan memeringkatkan penyakit itu
  • Pakar bedah toraks (dada): bertanggungjawab bagi beberapa biopsi dan pengeluaran tumor jika ianya boleh dibedah keluar.
  • Pakar onkologi perubatan: yang bertanggungjawab bagi kemoterapi
  • Pakar onkologi sinaran: yang bertanggungjawab bagi radioterapi
  • Pakar pemakanan: yang akan mencadangkan pemakanan yang paling baik untuk diikuti semasa anda di dalam rawatan dan pemulihan
  • Jururawat: yang membantu anda sepanjang semua peringkat kanser yang anda alami di hospital

Pegawai-pegawai kebajikan, juru pulih anggota dan juru pulih pekerjaan: yang akan menasihati anda tentang perkhidmatan sokongan dan membantu anda kembali menjalankan aktiviti harian anda.

Bagaimana kanser paru-paru didiagnosis
Jika kanser paru-paru disyaki, beberapa ujian akan dijalankan untuk mengesan kehadirannya Doktor mula-mula akan bertanya tentang kesihatan anda pada masa lalu dan sekarang, sejarah merokok dan pekerjaan, dan akan melakukan pemeriksaan fizikal. Kemudiannya, dia akan mengesyorkan anda untuk menjalani suatu ujian atau suatu siri ujian-ujian bagi kanser paruparu. Ujian-ujian ini boleh termasuk x-ray dada, satu atau lebih biopsi atau satu atau lebih skanskan.
Prosedur-prosedur bagi biopsi termasuk sitologi sputum, bronkoskopi, aspirasi jarum halus, mediastinoskopi pembedahan torakoskopik berbantukan video. Sesetengah prosedur ini boleh juga mengesan sama ada kanser telah merebak melepasi paru-paru ke bahagian-bahagian lain tubuh.

X-ray dada
Suatu x-ray dada dapat mengenal pasti tumor bergaris pusat sekecil satu sentimeter. Kadangkala, kanser paru-paru boleh dikesan pada x-ray dada yang diambil untuk tujuan-tujuan lain.

Sitologi sputum
Ujian sitologi sputum merupakan suatu pemeriksaan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan sel-sel yang abnormal. Kahak ialah cecair yang anda batukkan keluar daripada paru-paru anda. Sampel-sampel awal pagi diambil selama beberapa hari – anda akan disuruh batuk dengan kuat untuk mengeluarkan cecair daripada paru-paru anda. Anda boleh melakukannya di rumah, menyimpan sampel-sampel itu di dalam peti sejuk sebelum membawanya ke doktor atau ke pusat pungutan patologi.

Bronkoskopi
Suatu alat yang dipanggil bronkoskop kadang-kala digunakan untuk mendiagnosis kanser paruparu. Ini merupakan suatu tiub fleksibel yang boleh dimasukkan ke dalam hidung atau mulut dan menuruni trakea. Ia membolehkan doktor melihat paru-paru dan mengambil sampel tisu jika perlu. Prosedur ini dilakukan setelah anda diberikan suatu sedatif yang ringan dan diberi semburan anestetik setempat ke bahagian belakang tekak. Prosedur ini mungkin tidak selesa
tetapi tidak menyakitkan.

Aspirasi jarum halus
Prosedur ini dilakukan jika anda mempunyai gumpalan (tumor) yang menimbulkan kesangsian. Sampelnya juga tidak boleh diambil melalui bronkoskopi tetapi boleh dicapai dengan mencucuk jarum ke dalam tumor itu. Ia selalunya dilakukan di hospital. Anda akan diberi anestetik setempat sebelum doktor memasukkan suatu jarum menerusi dinding dada dan ke dalam tumor berpandukan gambar-gambar x-ray dan mengambil keluar sedikit tisu. Suatu prosedur dipanggil torasentesis juga menggunakan suatu jarum halus. Tetapi jarum ini tidak memasuki tumor tetapi cecair daripada sekeliling ruang pleural diambil sebagai contoh untuk mengesan sel-sel kanser.

Mediastinoskopi
Di dalam prosedur ini, doktor dapat melihat nodus limfa di tengah dada, tetapi tiub akan dimasukkan melalui suatu potongan di leher dan ditolak turun ke dalam nodus limfa. Doktor itu dapat mengambil suatu sampel tisu jika perlu. Prosedur ini dilakukan menggunakan anestetik am. Ia biasanya mengambil masa sehari tetapi kadang-kala anda diminta tinggal di hospital semalaman.

Pembedahan torakoskopik berbantukan video
Torakoskop ialah suatu alat seperti bronkoskop dan mediastinoskop. Ia dimasukkan ke dalam kaviti dada melalui suatu potongan kecil di dalam kulit. Doktor boleh melihat bahagian dalam dada menggunakan alat ini dan mengambil sampel sel jika perlu. Selalunya doktor akan menggunakan suatu kamera video yang sangat kecil dan dapat memandu peralatan dengan melihat skrin video. Anda mungkin akan mempunyai tiga hirisan kecil yang dibuat pada dada anda, satu bagi kamera dan dua lagi bagi alat-alat pembedahan. Anda akan menerima anestetik am dan berada di hospital selama dua atau tiga hari.

Skan CT
Skan tomografi berkomputer (CT) boleh digunakan untuk mengenal pasti tumor-tumor yang lebih kecil daripada yang dapat dilihat pada x-ray. Ia juga dapat mengesan sama ada nodus limfa telah membesar. Skan CT ialah suatu jenis X-ray khas yang memberikan gambar tiga dimensi organorgan dan lain-lain struktur (termasuk sebarang tumor) di dalam badan anda. Skan CT biasanya dilakukan di hospital atau pusat perkhidmatan radiologi. Ujian yang tidak
menyakitkan ini akan mengambil masa 30 – 40 minit untuk disempurnakan. Anda akan disuruh berbaring di atas sebuah meja sambil skan CT, yang besar dan bulat seerti donat, berputar mengelilingi anda. Anda mungkin diberi suntikan sejenis pewarna ke dalam vena anda, mungkin di lengan anda, sebelum skan. Ini akan mendapatkan gambar-gambar skan yang lebih jelas. Anda akan diminta supaya jangan makan atau minum buat sementara sebelum skan tersebut. Kebanyakan orang boleh pulang sebaik sahaja skan ini berakhir.

Skan-skan lain
Skan-skan yang lain mungkin juga digunakan. Skan tulang dapat menunjukkan sama ada kanser telah merebak ke dalam tulang. Sedikit bahan radioaktif akan disuntik ke dalam suatu vena. Ia akan mengalir melalui saluran darah dan
berkumpul di dalam kawasan-kawasan tumbesaran tulang abnormal. Suatu alat yang dinamakan pengimbas akan mengukur tahap keradioaktifan di dalam kawasan-kawasan ini dan merekodkannya pada filem x-ray. Skan paru-paru ventilasi/perfusi dapat mengira jumlah fungsi paru-paru yang akan hilang jika tisu paru-paru diambil keluar. Tomografi emisi positron, juga dikenali sebagai skan PET, melibatkan suntikan larutan glukosa ke dalam tubuh. Oleh kerana sel-sel kanser menggunakan lebih glukosa daripada sel-sel normal, Skan PET akan mengesan kuantiti glukosa beradioaktif di dalam kawasan-kawasan tubuh yang telah diserang kanser (jika ia telah merebak), contohnya, ke organ-organ dan nodus limfa yang lain.

Ujian-ujian lain
Anda juga mungkin akan menjalani ujian-ujian darah dan ujian-ujian pernafasan. Jika pembedahan mungkin dilakukan, adalah mustahak untuk mengukur pernafasan anda. Orang yang merokok mengalami emfisema dan mungkin mempunyai keupayaan bernafas yang kurang.

‘Pemeringkatan’ penyakit
Ujian-ujian yang dijelaskan sebelum ini menunjukkan sama ada anda menghidapi kanser, jika benar, di mana terdapatnya kanser primer dan sama ada sel-sel kanser telah merebak ke bahagian-bahagian lain tubuh (ini dikenali sebagai metatesis). Ini membantu doktor ‘memeringkatkan’ penyakit supaya mereka dapat menentukan rawatan yang paling baik buat anda.

Karsinoma sel paru-paru bukan kecil diperingkatkan dengan cara yang berikut:

  • Peringkat 0: Juga dipanggil karsinoma in situ. Sel-sel tertumpu pada tisu pengalas permukaan salur udara dan belum merebak ke dalam tisu-tisu lapisan bawah.
  • Peringkat I (1): Ini mungkin suatu tumor yang agak kecil yang tersendiri atau suatu tumor yang lebih besar yang telah merebak di dalam satu paru-paru.
  • Peringkat II (2): termasuk tumor-tumor yang telah merebak ke dinding dada.
  • Peringkat IIIa (3a): Tumor itu telah merebak ke dinding dada atau diafragma berhampiran paru-paru. Sel-sel kanser telah merebak ke nodus limfa di sebelah mediastinum yang sama.
  • Peringkat IIIb (3b): Kanser merapati atau melibatkan trakea atau salur-salur darah utama, atau telah merebak ke nodus limfa di dalam leher atau ke sebelah mediastinum yang lain.
  • Peringkat IV (4): Ciri penentuan kanser paru-paru Peringkat IV ialah sel-sel kanser telah merebak ke bahagian-bahagian tubuh yang jauh dan memetastasis (membentuk tumor-tumor sekunder).

 

Karsinoma sel kecil diperingkatkan dengan cara yang berikut:

  • Peringkat terhad: Kanser ditemui di dalam satu paru-paru dan nodus limfa yang berhampiran.
  • Peringkat Ekstensif: Kanser telah merebak melepasi paru-paru asal ke paru-paru yang bersebelahan atau organ-organ yang jauh.
  • Berulang: Kanser kembali setelah ianya dirawat.

Rawatan
Rawatan-rawatan utama bagi kanser paru-paru ialah pembedahan, radioterapi (rawatan x-ray) dan kemoterapi (rawatan dadah). Pilihan rawatan akan bergantung kepada sama ada kanser telah merebak melepasi paru-paru, sama ada paru-paru berfungsi dengan baik dan keadaan kesihatan anda. Matlamat rawatan ialah, dengan sebaik yang mungkin, menjadikan anda berasa sihat dan bebas daripada sebarang gejala, walaupun kanser anda tidak dapat disembuhkan. .

Pembedahan
Jika kanser anda belum lagi merebak melepasi paru-paru, kesihatan anda (selain daripada kanser tersebut) adalah agak baik dan keupayaan pernafasan anda mencukupi, rawatan yang memberikan peluang terbaik untuk sembuh ialah memotong bahagian secara pembedahan. Pembedahan yang paling lazim, dipanggil lobektomi, mengambil keluar bahagian paru-paru yang terjejas. Kadang-kala, keseluruhan paru-paru harus diambil keluar dan ini dipanggil
pneumonektomi. Bagi pesakit yang mempunyai pernafasan yang kurang, bahagian-bahagian paru-paru yang lebih
kecil diambil keluar dalam usaha untuk mengekalkan keupayaan pernafasan. Walaupun, pembedahan-pembedahan ini mengekalkan keupayaan pernafasan, kemungkinan besar kanser akan berulang. Doktor anda akan menasihati anda tentang prosedur yang terbaik bagi anda.

Selepas pembedahan
Anda akan menerima titisan intravena selama beberapa hari sehingga anda dapat makan dan minum semula. Terdapat salah satu daripada dua tiub yang mengalirkan keluar cecair atau udara: ini adalah sementara. X-ray akan dilakukan secara kerap untuk memastikan yang paruparu anda berfungsi dengan lancar. Anda akan mengalami kesakitan selepas pembedahan itu. Maklumkan kepada doktor atau jururawat apabila anda perlukan kelegaan daripada kesakitan dan mereka akan memberi anda ubat penahan sakit. Anda tidak perlu “merana dalam diam”. Anda mungkin boleh pulang dalam masa lima atau sepuluh hari selepas pembedahan. Anda akan menerima nasihat daripada doktor, jururawat dan juru pulih anggota tentang caracara mengurus diri anda di rumah. Pemulihan mungkin memakan masa beberapa minggu bagi sesetengah pesakit; walau bagaimanapun, anda boleh pulih dengan lebih cepat daripada ini. Senaman akan membantu anda sembuh. Buat permulaan, anda akan melakukan senaman pernafasan dan senaman kaki; kemudian, berjalan dan berenang akan meningkatkan kekuatan dan kesihatan badan anda. Doktor atau juru pulih anggota anda akan mengesyorkan senaman yang paling baik untuk anda dan memaklumkan kepada anda bila anda boleh memulakan
senaman yang lebih bertenaga. Jika pernafasan anda tidak terjejas sebelum pembedahan, anda mungkin dapati bahawa anda boleh bernafas seperti biasa walaupun satu atau sebahagian daripada paru-paru anda telah diambil keluar. Pesakit yang mengalami kesukaran bernafas sebelum pembedahan akan berasa lebih sesak bernafas selepas itu.

Kemoterapi
Kemoterapi ialah rawatan yang menggunakan dadah anti kanser (sitotoksik). Tujuannya ialah untuk membunuh sel-sel kanser sambil sebaik mungkin tidak memudaratkan sel-sel normal. Dadah ini bertindak dengan menghentikan sel-sel ini daripada membesar dan membahagi. Kemoterapi merupakan rawatan pilihan bagi pesakit kanser paru-paru sel kecil. Oleh kerana kanser jenis ini merebak dengan cepat, ia amat sensitif terhadap kemoterapi. Malangnya, walaupun tindak balas permulaan biasanya baik, tumor mungkin timbul kembali di dalam bentuk yang lebih bertahan dan hanya sebilangan kecil sahaja yang boleh dikatakan telah sembuh.

Kesan sampingan kemoterapi
Sesetengah dadah yang digunakan di dalam kemoterapi boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan. Kesan-kesan sampingan ini mungkin termasuk rasa loya, muntah, kemurungan, pucat lesi dan letih, keguguran rambut tubuh dan kepala. Kesan-kesan sampingan ini hanya sementara dan langkah-langkah boleh diambil untuk mencegah atau mengurangkannya.

Radioterapi
Radioterapi merawat kanser dengan menggunakan sinaran-sinaran x-ray, untuk membunuh sel-sel kanser. X-ray tersebut dapat disasarkan dengan tepat ke atas tempat-tempat kanser di dalam tubuh. Rawatan akan dirancang dengan teliti supaya sebaik mungkin tidak akan memudaratkan tisu-tisu normal tubuh. Fungsi paru-paru boleh rosak jika radioterapi terpaksa ditujukan pada paru-paru, dan ujian fungsi paru-paru diperlukan untuk menilai ini. Bagi memastikan dengan tepat bahagian yang sama dirawat setiap kali, pakar sinaran akan membuat beberapa tanda di atas kulit anda. Tanda-tanda ini merupakan garis-garis, pangkah-pangkah dan titik-titik yang ditulis dengan dakwat-dakwat yang khas. Sesetengah daripada tanda yang tidak kekal ini terpaksa dibuat semula semasa siri rawatan. Radioterapi boleh digunakan untuk menyembuhkan kanser paru-paru peringkat awal. Ia juga boleh digunakan untuk mengawal kanser yang telah merebak ke nodus limfa. Apabila kanser paru-paru tidak dapat disembuhkan, radioterapi boleh digunakan untuk melegakan sakit dan gejala-gejala lain, contohnya kesakitan disebabkan metatesis di dalam tulang atau otak. Rawatan yang digunakan untuk melegakan gejala-gejala penyakit tanpa mencuba untuk penyembuhan penyakit dipanggil rawatan paliatif. Kadang-kala kemoterapi diberi di samping radioterapi supaya sel-sel menjadi lebih sensitif terhadap radioterapi.

Kesan-kesan sampingan radioterapi
Radioterapi boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang sementara termasuk rasa loya yang dapat dilegakan dengan ubat, kehilangan selera dan kelesuan. Kulit pada bahagian yang dirawat mungkin menjadi merah dan pedih selepas rawatan selama dua atau tiga minggu. Sejak permulaan rawatan, anda harus berhati-hati semasa mandi dan elakkan bercukur atau memakai baju yang agak ketat pada bahagian tersebut. Dapatkan kepastian doktor sebelum memakai sebarang talkum atau losen. Mintalah kepada ahli pasukan rawatan radioterapi anda suatu krim untuk melegakan rasa pijar yang anda alami.

Prognosis
Seperti bagi kebanyakan jenis kanser, hasil rawatan adalah paling baik apabila kanser dikesan dan dirawat pada peringkat awal. Pesakit yang dibedah di peringkat awal kanser paru-paru mempunyai peluang yang baik untuk sembuh.
Bagi kebanyakan pesakit, kanser paru-paru tidak dikesan semasa penyakit ini masih boleh dibedah. Bagi pesakit yang mempunyai kanser yang telah lanjut, rawatan paliatif dengan radioterapi dapat merawat banyak gejala dengan berkesan. Orang yang masih terus merokok selepas rawatan kanser paru-paru mempunyai risiko mendapat penyakit yang selanjutnya. Jika anda perlukan bantuan untuk berhenti merokok, berbincanglah dengan doktor atau jururawat anda. Anda perlu membincangkan tentang prognosis anda dengan doktor anda. Sejarah perubatan anda unik, jadi anda perlu membincangkannya dengan seseorang yang tahu tentang sejarah perubatan anda apa yang boleh anda jangkakan dan opsyen-opsyen rawatan yang terbaik bagi anda.

Rawatan paliatif
Rawatan paliatif ialah rawatan yang melegakan atau mengurangkan kesakitan dan gejala-gejala lain penyakit ini yang mencemaskan. Penjagaan paliatif disediakan bagi orang-orang yang mengalami kesakitan dan rasa cemas yang berkaitan dengan kanser tidak kira peringkat rawatan kanser. Ini merupakan jenis rawatan yang mustahak bagi orang yang mengalami kanser yang telah lanjut, yang tidak mampu disembuhkan tetapi boleh berharap untuk menjalani hidup tanpa rasa sakit atau cemas jika ianya boleh dielakkan. Penjagaan paliatif termasuk kelegaan kesakitan menggunakan dadah tahan sakit dan langkahlangkah lain termasuk radioterapi dan kemoterapi. Kesakitan selalunya boleh dikawal dengan baik dengan ubatan secara oral dan anda tidak perlu ragu tentang mendapat ketagihan dadah.

Kadang-kala, cecair terkumpul di dalam dada oleh kerana merebaknya kanser. Ini dapat dialirkan keluar dan ruang di antara paru-paru dan dinding dada dirapatkan dengan suatu suntikan bahan kimia. Jika saluran udara tersekat akibat tumor yang membesar di dalamnya atau akibat tekanan daripada luar saluran udara, ini dapat dilegakan. Suatu tumor di dalam saluran udara boleh dikeluarkan menggunakan laser dan bronkoskopi; suatu sten dapat melegakan tekanan luar ke atas suatu saluran udara. Kadang-kala, sesetengah orang mendapati darah di dalam kahak (haemoptisis) mereka. Ini boleh dikawal dengan laser bronkoskopi atau radioterapi atau dengan menyekat arteri ke kawasan yang terjejas. Doktor-doktor biasa, pakar-pakar dan pakar-pakar di dalam pasukan penjagaan paliatif di hospital memainkan peranan penting di dalam rawatan bagi orang-orang yang mendapat kanser peringkat awal atau yang lanjut.

Membuat keputusan tentang rawatan
Kadang-kala membuat keputusan tentang rawatan yang betul bagi anda adalah sangat rumit. Anda mungkin merasakan segala-galanya berlaku terlalu cepat sehinggakan anda tiada masa untuk berfikir semasak-masaknya. Orang lain pula akan mendapati bahawa penantian bagi keputusan ujian-ujian dan bagi rawatan amat merunsingkan. Walaupun ada sesetengah orang merasakan yang maklumat yang diperoleh terlalu banyak, ada juga yang merasakan yang ianya tidak mencukupi. Anda harus memastikan yang anda faham sepenuhnya penyakit anda, rawatan-rawatan dan kesan-kesan sampingan yang mungkin supaya anda dapat membuat keputusan sendiri. Jangan tergesa-gesa membuat keputusan.
Jika anda diberi pilihan rawatan-rawatan, anda perlu menimbangkan kebaikan dan keburukan setiap rawatan. Jika hanya satu rawatan sahaja dicadangkan, minta doktor anda menjelaskan mengapa rawatan-rawatan lain tidak dicadangkan. Sesetengah orang yang diserang kanser yang telah lanjut akan selalunya memilih rawatan
walaupun peluang untuk sembuh amat tipis. Yang lain pula mahukan kepastian bahawa faedah rawatan adalah setimpal dengan sebarang kesan sampingan. Ada juga yang memilih rawatan yang pada pendapat mereka memberikan kualiti hidup yang terbaik. Sesetengah yang lain pula mungkin memilih tidak mahu menjalani rawatan tetapi hanya mahukan gejala-gejala di atasi apabila ianya timbul untuk mengekalkan kualiti hidup yang sebaik mungkin.

Berbincang dengan doktor anda
Anda mungkin mahu bertemu dengan doktor anda beberapa kali sebelum membuat keputusan muktamad tentang rawatan anda. Semasa rundingan yang pertama apabila anda diberitahu yang anda menghidapi kanser selalunya mencemaskan dan anda mungkin tidak begitu ingat apa yang diperkatakan. Biasanya adalah sukar untuk menerima semua kenyataan dan anda mungkin perlu bertanya soalan yang sama berulang kali. Anda memang berhak untuk mengetahui sama ada sesuatu rawatan itu mustahak buat anda dan anda berhak menerima atau menolaknya.

Berbincang dengan orang lain
Sebaik sahaja anda telah berbincang pilihan-pilihan rawatan dengan doktor anda, anda mungkin mahu berbincang dengan lebih lanjut perkara ini dengan keluarga atau kawan-kawan, dengan para jururawat , pegawai kebajikan hospital atau guru agama atau penasihat anda. Berbincang tentang perkara ini akan membuka jalan bagi anda menentukan tindakan yang paling sesuai bagi anda.

Pendapat lain
Anda mungkin mahu mendapatkan pandangan seorang pakar yang lain. Ini boleh difahami dan boleh menjadi sesuatu yang sangat berguna dalam proses anda membuat keputusan. Pakar atau doktor anda dapat merujuk anda kepada seorang pakar yang lain dan anda boleh meminta semua rekod anda dihantar kepadanya bagi mendapatkan pendapat lain. Anda masih boleh mendapat pendapat lain jika anda telah memulakan rawatan atau masih mahu dirawat oleh
doktor pertama anda.

Mengambil bahagian di dalam percubaan klinikal
Doktor anda mungkin akan mengesyorkan anda supaya menimbang untuk mengambil bahagian di dalam percubaan klinikal. Percubaan klinikal merupakan suatu bahagian yang penting di dalam kajian untuk mencari rawatan kanser yang lebih baik. Doktor-doktor menjalankan percubaanpercubaan klinikal untuk menguji rawatan yang baru atau yang diubahsuai dan melihat sama ada rawatan itu lebih baik daripada rawatan yang sedia ada. Percubaan-percubaan klinikal boleh melibatkan kumpulan-kumpulan orang ramai kecil atau yang lebih besar. Ramai orang di seluruh dunia telah mengambil bahagian di dalam percubaan-percubaan klinikal yang telah menghasilkan peningkatan di dalam rawatan kanser. Walau bagaimanapun, keputusan untuk mengambil bahagian di dalam percubaan-percubaan klinikal terletak di tangan anda. Jika doktor anda mengesyorkan anda mengambil bahagian di dalam percubaan klinikal, pastikan yang anda benar-benar faham tentang tujuan-tujuan percubaan itu dan faedahnya kepada anda.
Sebelum membuat keputusan untuk mengambil bahagian atau tidak, anda mungkin ingin bertanya kepada doktor:

1. Rawatan apakah yang diuji dan mengapa?
2. Ujian-ujian apakah yang terlibat?
3. Apakah risiko-risiko atau kesan-kesan sampingan yang mungkin ada?
4. Berapa lama percubaan itu?
5. Perlu saya pergi ke hospital untuk rawatan?
6. Apakah yang akan saya lakukan jika sebarang masalah timbul semasa saya di dalam percubaan itu?

Mintalah pandangan pakar yang lain yang bukan sebahagian daripada pasukan penjaga kesihatan anda jika anda berasa ragu untuk menyertai percubaan tersebut. Jika anda mengambil keputusan untuk menyertai percubaan klinikal rawak, anda akan diberi rawatan terbaik yang sedia ada atau rawatan baru yang mempunyai harapan cerah. Anda akan dipilih secara rawak untuk menerima salah satu rawatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya rawatan itu merupakan
rawatan yang terbaik yang sedia ada. Jika anda menyertai percubaan klinikal, anda berhak menarik diri pada bila-bila masa. Berbuat demikian tidak akan menjejaskan rawatan kanser anda. Keputusan untuk menyertai percubaan klinikal terletak di tangan anda. Jika anda tidak mahu mengambil bahagian, doktor anda akan membincangkan tentang pilihan-pilihan rawatan terkini yang terbaik dengan anda.

Penjagaan pemulihan dan susulan
Selepas rawatan anda berakhir, anda mungkin perlu menjalani pemeriksaan susulan secara kerap. Doktor anda akan menentukan kekerapan pemeriksaan yang diperlukan kerana setiap orang adalah berbeza. Pemeriksaan ini akan lama-kelamaan berkurangan jika anda tidak mengalami masalah-masalah lanjut Jika penyakit ini bertambah teruk atau berulang, anda mungkin perlukan rawatan yang selanjutnya. Rawatan bagi kanser yang berulang adalah berbeza daripada rawatan yang pertama.

Adakah sebarang kajian dijalankan?
Banyak penyelidikan sedang dijalankan ke atas punca-punca dan pencegahan kanser-kanser dan ke atas cara-cara mengenal pasti orang -orang yang cenderung dan mempunyai risiko mendapat kanser. Para penyelidik juga sedang memerhati tanda-tanda yang akan menunjukkan pesakitpesakit mana yang mempunyai risiko yang tinggi mendapat kanser yang selanjutnya supaya mereka boleh diawasi dengan teliti atau menerima kemoterapi pencegahan. Terdapat bukti bahawa kadar pesakit yang terselamat daripada kanser paru-paru adalah bertambah baik. Kajian-kajian yang terbaru menunjukkan bahawa bagi sesetengah pesakit, gabungan rawatan-rawatan adalah lebih berkesan daripada satu rawatan yang tunggal.

Terdapat ujian-ujian yang lebih sensitif bagi mengesan merebaknya penyakit, seperti skan PET, yang membolehkan pemilihan yang lebih wajar bagi pesakit-pesakit secara individu. Dadah-dadah kemoterapi yang lebih berpotensi kelihatan lebih berkesan dengan kesan-kesan sampingan yang kurang. Percubaan-percubaan juga sedang menguji keberkesanan kemoterapi yang digabungkan dengan radioterapi. Pada masa hadapan, kami berharap untuk berupaya menggalakkan pertahanan semula jadi tubuh terhadap kanser dan terapi gen sasaran untuk mengawal atau membinasakan kanser.

Mendapatkan Sokongan
Selepas anda pertama kali didiagnosis dengan kanser, anda mungkin dilanda pelbagai perasaan seperti takut, sedih, murung, marah atau kecewa. Berbicara tentang perasaan anda dengan pasangan anda, ahli keluarga atau kawan-kawan, atau dengan kaunselor hospital, pegawai kebajikan, pakar psikologi atau guru agama atau penasihat anda mungkin dapat membantu melegakan perasaan anda. Kadang-kala anda akan dapati yang kawan-kawan dan keluarga anda tidak tahu apa yang harus diperkatakan kepada anda. Sesetengah orang akan merasa serba salah sehinggakan mereka mengelak bersua dengan anda. Mereka mungkin mahukan anda ‘membuka jalan’ dengan memberitahu mereka apa yang anda perlukan. Anda juga boleh meminta ahli keluarga atau kawan yang rapat untuk berbicara dengan orang lain bagi pihak anda.

Diet
Diet yang seimbang dan berkhasiat akan membantu anda merasa sesihat yang mungkin dan berdepan dengan kanser dan kesan-kesan sampingan rawatan. Bergantung kepada jenis rawatan yang anda telah jalani, anda mungkin mempunyai keperluan diet yang khas. Seorang pakar pemakanan boleh membantu merancang makanan terbaik bagi keadaan tertentu anda – makanan yang menyelerakan, mudah dimakan dan berkhasiat. Pusat Sumber dan Kesejahteraan (Resource and Wellness Centre) mempunyai seorang pakar pemakanan tetap.

Senaman
Anda mungkin akan merasakan hidup aktif dan melakukan senaman dengan kerap jika anda berupaya dapat membantu anda. Jumlah dan jenis senaman yang anda lakukan akan bergantung kepada apa yang anda biasa lakukan dan tahap kesihatan anda. Berbincang dengan doktor anda apa yang mungkin paling baik buat anda.

Teknik-teknik Bersantai
Sesetengah orang mendapati bahawa bersantai atau tafakur membantu mereka rasa lebih sihat. Pegawai kebajikan hospital atau jururawat akan mengetahui sama ada hospital tersebut menjalankan sebarang program, atau mungkin dapat memberitahu anda tentang sebarang program kemasyarakatan di tempat anda. Pusat Sumber dan Kesejahteraan menjalankan kelaskelas bersantai dan tafakur setiap minggu.

Keseksualan dan kanser
Kita semua adalah makhluk yang mempunyai keinginan seks dan hubungan yang intim membuatkan hidup kita lebih bermakna. Rawatan-rawatan kanser dan kesan-kesan psikologi kanser mungkin menjejaskan diri anda dan pasangan anda di dalam cara yang berbeza. Sesetengah orang akan menyisihkan diri kerana kekecewaan akibat tidak dapat mengatasi kesankesan kemoterapi dan radioterapi ke atas diri dan pasangan mereka. Orang yang lain pula mungkin memerlukan hubungan seksual dan perasaan intim untuk memberi mereka keyakinan. Komunikasi adalah penting di dalam menangani keraguan dan masalah yang mungkin timbul. Berbicaralah tentang perasaan ini dengan pasangan anda. Cubalah kedudukan dan amalan-amalan berbeza untuk mengetahui apa yang dirasakan baik dan memuaskan diri anda berdua. Jika anda berasa sukar untuk meneruskan aktiviti-aktiviti seks anda seperti biasa, berbincanglah dengan doktor atau kaunselor yang terlatih supaya anda dapat memperoleh nasihat yang terbaik.

Kumpulan-kumpulan sokongan kanser
Kumpulan-kumpulan sokongan kanser saling memberikan sokongan dan maklumat kepada orang-orang yang menghidap kanser dan juga, selalunya, kepada keluarga-keluarga mereka. Berbicara dengan orang lain yang telah melalui pengalaman yang sama boleh membantu. Kumpulan-kumpulan sokongan juga boleh menawarkan syor-syor yang bernas dan juga caracara mengatasi. Hospital anda mungkin menjalankan kumpulan-kumpulan sokongan kanser yang khas: minta kepastian daripada doktor, jururawat atau pegawai kebajikan hospital.

Menjaga seseorang yang diserang kanser
Menjaga seseorang yang diserang kanser boleh menimbulkan ketegangan, terutamanya jika orang itu sangat anda sayangi. Jaga diri anda semasa waktu ini. Berilah peluang kepada diri anda untuk berehat dan berkongsilah kebimbangan dan keraguan anda dengan seseorang yang lain. Anda mungkin terpaksa membuat banyak keputusan. Anda juga mungkin terpaksa memenuhi banyak temu janji dengan doktor, perkhidmatan sokongan dan hospital-hospital. Ramai orang mendapati bahawa membawa bersama seorang ahli keluarga yang lain atau kawan yang rapat
amat melegakan. Adalah juga berfaedah jika anda menulis semua soalan terlebih dahulu dan mengambil nota semasa temu janji. Keahlian kumpulan sokongan kanser biasanya terbuka kepada para pesakit dan penjaga mereka. Kumpulan sokongan boleh menawarkan peluang berkongsi pengalaman dan cara-cara mengatasi.


From → Pelbagai

8 Komen
  1. I truly love your blog. Great colors & theme. Did
    you develop this site yourself? Please reply back as
    I’m trying to create my own personal site and would like to find out where you got this from or what the theme is called. Many thanks! Isabelle 5k Level of quality followers For jus $29. 9 Spend less.
    buy real twitter followers and also increase your social reputation.
    twitter marketing, buy followers

  2. Wow, that’s what I was exploring for, what a stuff! present here at this website,
    thanks admin of this site. youtube
    youtube

  3. I am curious to find out what blog system you’re using?
    I’m having some small security problems with my latest blog and I would like to find something more
    safe. Do you have any recommendations?. instagram
    instagram

  4. whoah this weblog is fantastic i like studying your posts. Keep up the great work!

    You recognize, lots of people are hunting around for this
    information, you could help them greatly. . facebook
    facebook
    facebook

  5. Thank you for the auspicious writeup. It actually used to be a leisure
    account it. Look complex to more delivered agreeable from you!
    By the way, how can we communicate?. youtube
    youtube
    youtube

  6. Have you ever considered about including a little bit more than just your articles?

    I mean, what you say is valuable and everything.

    However imagine if you added some great graphics or videos to give your
    posts more, “pop”! Your content is excellent but with images and
    video clips, this website could undeniably be one of the best
    in its niche. Amazing blog! twitter
    twitter

  7. whoah this weblog is great i love studying your posts. Keep up the great work!
    You realize, many people are searching around for
    this information, you can help them greatly. . youtube
    youtube

  8. Thanks for some other magnificent article. Where else may anybody get that kind of info in such a perfect
    way of writing? I’ve a presentation next week, and I am on the
    look for such information. youtube
    youtube

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: