Skip to content

Tekanan Darah Tinggi ( HIPERTENSI )

25 Oktober 2010

TEKANAN DARAH TINGGI ( HIPERTENSI )

PENGENALAN
Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia mengepam darah keseluruh badan. Tekanan darah dapat diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil sphygmanometer.
Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah iaitu BP 140/90 mmHg. Nilai tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) pula ialah tekanan darah diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri (salur darah) bila jantung mengepam darah. Manakala tekanan darah diastolik pula ialah tekanan darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan.
Hipertensi atau darah tinggi merupakan di antara penyakit yang dialami di kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di Malaysia. Ia lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.

Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia (1996) – Sun, Selasa Mac 6hb 2001

  • 33% orang dewasa
  • 2.6 juta berumur 30 thn
  • 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup

Sebab-sebabnya:

  • 85 – 90% faktor keturunan
  • 40% faktor ahli keluarga terdekat
  • 23% garam berlebihan

BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI DITAKRIFKAN

KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK PENGESYORAN
Normal Kurang ->dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 thn
Normal Tinggi->130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 thn; ubag gaya hidup

Hipertensi Peringkat 1->140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bln; ubah gaya hidup
Peringkat 2->160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan
Peringkat 3->180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu
Peringkat 4->210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera

GEJALA-GEJALA YG BIASA

1. Mengalami pitam
2. Penglihatan kabur
3. Berasa Teganag tanpa sebarang sebab (stress)
4. Muka menjadi kemerahan
5. Hidung berdarah secara spontan
6. Sakit Kepala waktu pagi
7. Telinga Berdegung / berdesing
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil
9. Gayat tanpa sebab

(Tekanan Darah Tinggi Boleh membawa kepada STROK)
Serangan Iskemia Sementara (TIA)
* “Strok kecil” yg datang sekejap shj dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah ke bahagian otak.
* Dalam masa 5 thn, 35% akan mengalami strok sebenar.
* Sebab: Gumpalan kecil ke saluran arteri – separuh tersumbat – bekalan ke otak tidak mencukupi.
* Kawal tekanan darah; 130-139 / 85-89 meningkatkan risiko strok 50%.
* Gejala; lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan / kaki – sebelah / kedua belah, masalah percakapan / penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koodinasi kurang baik.

2 JENIS STROK ASAS
‘Strok trombik’ (serangan jantung ke otak)
* Saluran darah yg membekalkan darah ke otak menjadi sempit disebabkan oleh penimbunan plak berlemak (darah bergumpal di dalam saluran darah)
* Simptom; badan lemah, lumpuh, pertuturan tergangu, koma berpanjangan. ‘Strok Berdarah’
* Pendarahan di otak akibat kepecahan anerisme
* (Tiub lemah – membonjol keluar – udara ditingkatkan – mengelembung – pecah)
* Simptom; darah tinggi, punca ke 3 kematian adalah strok selepas penyakit jantung dan kanser.

AMALAN DIET
1. Elakkan garam – kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.
2. Jangan makan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging…
3. Jangan makan sayur dalam tin.
4. Elak makanan bergoreng, kuli ayam, lemak daging, makanan segera.
5. Hadkan Kafein: kopi, rokok…
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.
7. Awas lemak tersembunyi: santan dlm kari, nasi lemak, rot canai…

MAKANAN UNTUK DARAH TINGGI
1. Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak.
2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit…
3. Kekacang, soya, dal dan dll…
4. Makanan tinggi kalium; kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang
5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (rokoli, kubis…)
7. Cara masakan rebus, kukus, panggang, sekali kala goreng.

UBAH GAYA HIDUP
* Pil perancang
* Rokok
* Alkohol
* Ketegangan (Stress)
* Amalkan Senaman

TANDA-TANDA
Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda awal,sebaliknya akan mendatangkan komplikasi.

KOMPLIKASI
– Angin ahmar ( stroke ).
– Serangan jantung.
– Kegagalan jantung di mana pengepaman jantung menjadi lemah.
– Kegagalan buah pinggang.

SEBAB
Sembilan puluh lima peratus kes terjadinya penyakit ini adalah tidak diketahui.Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit ini:

– Usia. Kebanyakkan arteri akan menjadi kaku bila usia meningkat di mana ini akan meningkatkan halangan aliran darah dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi.
– Keturunan.
– Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
– Jantina. Lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita.
– Merokok.
– Pengambilan berlebihan alkohol, garam. Kegemukan, kurang senaman.
– Stres yang berlebihan.
– Diabetes.
– Penyakit buah pinggang.
– Penyakit adrenal.
– Kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegah kehamilan.

LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL
– Berhenti merokok.
– Kurangkan atau berhenti mengambil alkohol.
– Kurangkan pengambilan garam.
– Bersenamlah selalu.
– Kurangkan stres atau tekanan.
– Jika anda menerima rawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
– Jika anda telah disahkan menghidap penyakit darah tinggi selalulah berjumpa doktor. Mengawal tekanan darah anda akan dapat mencegah terjadinya komplikasi.

PETUA MENCEGAH
– Jika terdapat ahli keluarga anda menghidap darah tinggi atau usia anda melebihi 30 tahun, periksa selalu tekanan darah anda.
– Jangan merokok
– Jauhi alkohol.
– Makan makanan rendah lemak dan rendah garam.
– Lakukan senaman selalu, terutamanya aerobik, seperti menunggang basikal dan berjoging.
– Elakkan tekanan atau belajar bagaimana mengendalikannya.
– Mengekalkan berat badan yang normal lagi sihat.

Maklumat lanjut Layari http://www.taslysabah.com

From → Pelbagai

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: