Skip to content

Punca Kanser

26 Oktober 2010

PUNCA KANSER

Punca sebenar kebanyakan penyakit kanser tidak diketahui. Pada masa kini, kanser menjadi salah satu penyumbang terbesar pada kadar kematian mausia di dunia ini. Di seluruh dunia, pusat-pusat kajian dan pakar-pakar penyelidik telah banyak menghabiskan masa dan wang ringgit sehingga berbillion dollar bagi mencari punca dan cara mengatasi masalah ini. Walaubagaimanapun 90% penyakit kanser adalah disebabkan oleh keadaan persekitaran dan cara hidup seseorang individu tersebut.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

  1. Makanan
  2. Tembakau
  3. Alkohol
  4. Radiasi
  5. Sinaran cahaya matahari
  6. Pekerjaan
  7. Pengambilan ubat
  8. Pencemaran air dan udara
  9. Perokok yang tidak aktif
  10. Keturunan

Antara punca lain penyakit kanser adalah seperti berikut :

  • Tembakau
    90 % daripada kanser tulang di sebabkan oleh tabiat merokok. Bahan kimia dalam tembakau (TAR) juga menyebabkan kanser mulut, buah pinggang, tekak, pundi kencing dan serviks.

Banyak kajian menunjukkan kaitan langsung antara tabiat merokok dan penghidap barah paru-paru. Malah, kadar kematian di kalangan perokok yang kerap (heavy smoker) 20 kali lebih tinggi daripada orang yang tidak merokok. Presiden American Health Foundation, Dr Ernest I Wynder, menggariskan seorang yang kuat merokok sekurang-kurangnya menghisap dua kotak rokok sehari dan merokok setiap hari tanpa henti, berisiko melebihi 100 peratus menghidap barah paru-paru.

Kalian juga menunjukkan, orang yang menghidu asap rokok hampir setiap masa, turut berisiko menghidap barah paru-paru. Asap rokok yang mengandungi kira-kira 4,000 bahan sampingan seperti logam, toksid dan gas pencemar, merosakkan rerambut silia yang meliputi rongga udara.

Lapisan silia berfungsi menapis habuk dan zarah halus daripada memasuki rongga peparu. Apabila sistem silia dilumpuhkan, ia tidak mampu menapis debu justeru menyebabkan rongga terdedah kepada kesemua bahan toksid. Ini menyebabkan sel paru-paru membahagi dan membesar tidak sempurna serta menjadi sekelompok sel barah.

  • Pemakanan dan Diet
    Anggaran 30 % hingga 40 % daripada penyakit kanser adalah melalui diet. Pemakanan lemak akan meningkatkan risiko kanser usus dan buah dada. Pengambilan garam berlebihan, merokok dan pengambilan bahan tambah perisa makan akan menyebabkan kanser tekak dan perut.

Menurut Dr Takeshi Hirayana daripada Institute of Preventive Oncaogy, Jepun, orang yang banyak makan daging yang tinggi kadar lemak tepunya (saturated fats) seperti lemak babi serta kurang makan sayuran hijau, mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit kanser/barah.

  • Tabiat seksual
    Melakukan hubungan seks pada usia yang awal dan melakukan seks secara rambang akan meningkatkan risiko kanser serviks.
  • Pengambilan minuman beralkohol
    Individu yang mengambil alkohol yang tinggi boleh mendapat kanser mulut, tekak dan usus. Alkohol juga mempunyai kaitan yang tinggi dengan kanser hati.
  • Tabiat mengunyah sirih dan tembakau
    Barah rongga mulut atau kanser mulut ini selalunya menyerang mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Di Malaysia, masyarakat India paling ramai mengidap penyakit berbahaya ini. Kanser ini selalunya menyerang bahagian pipi, lidah, gusi dan bawah lidah.
  • Jangkitan Hepatitis B
    Jangkitan daripada virus Hepatitis B akan menyebabkan kanser.
  • Pendedahan di tempat Kerja
    Pendedahan kepada agen penyebab kanser di tempat kerja dan persekitaran umum akan menyebabkan kanser. Contoh agen ini seperti asap, bahan kimia kilang dan lain-lain.

Ramai kurang peka bahawa pendedahan kepada sinaran radiasi pada sesetengah bahan kimia memungkinkan pelbagai penyakit barah.

Pada 1991,160,000 penduduk benua Amerika mati disebabkan barah paru-paru kesan radon iaitu sejenis gas radioaktif semula jadi. Di dalam badan kita, ada kira-kira 25 juta sel yang membolehkan kita hidup. Justeru, tubuh kita terpaksa menjana sel dengan cepat, kira-kira 2.5 juta sesaat. Sel yang terdedah pantas bergerak ke seluruh tubuh dan menyebabkan kanser.

Kajian juga menunjukkan pendedahan kepada bahan gentian mineral, iaitu asbestos, menyebabkan barah paru-paru. Malah pendedahan kepada bahan kimia seperti bisdiloromethymethyl ether (BCME) dan chloromethy-methyl ether (CMME) menyebabkan penyakit ini.

Kini, penemuan terbaru mendapati kaedah rawatan radioterapi juga menyebabkan barah paru-paru.

Maklumat lanjut layari http://www.taslysabah.com

From → Pelbagai

One Comment
  1. I was wondering if you ever considered changing the page layout of your blog?

    Its very well written; I love what youve got to say. But maybe you could a little more in the way of content
    so people could connect with it better. Youve got an awful
    lot of text for only having one or 2 images.
    Maybe you could space it out better?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: