Skip to content

Penyakit Asma/lelah

27 Oktober 2010

PENYAKIT ASMA/LELAH

PENYAKIT asma (lelah) adalah penyakit kronik paru-paru yang biasanya menyerang saluran pernafasan pada paru -paru menyebabkan saluran pernafasan mengalami radang (inflamasi) hingga menyebabkan penyempitan pada saluran nafas (hiper-responsif), yang mana pada akhirnya seseorang itu boleh mengalami kesesakan nafas. Penyakit Asma paling banyak dijumpai di negara-negara maju, terutamanya yang mempunyai level pencemaran udara yang tinggi sama ada disebabkan oleh asap kenderaan ataupun debu padang pasir.

Sehingga ke saat ini penyebab penyakit asma belum lagi diketahui secara mutlak walaupun telah banyak kajian oleh para ahli saintis. Teori atau hypotesis mengenai penyebab penyakit asma masih belum dapat lagi kata sepakat oleh para ahli saintis dalam dunia perubatan.

Walaubagaimanapun, apa yang dapat disimpulkan ialah para penghidap penyakit asma mempunyai saluran pernafasan mempunyai sifat yang khas iaitu sangat peka terhadap pelbagai rangsangan seperti pencemaran udara, serbuk sari, udara sejuk, makanan, haiwan berbulu, tekanan jiwa, bau atau aroma menyengat dan olahraga.

Selain itu serangan penyakit asma adalah kesan dari penghidap mengalami jangkitan saluran pernafasan atas (ISPA) sama ada flu ataupun sinisitis. Serangan penyakit asma juga boleh dialami oleh wanita semasa siklus menstruasi, tetapi hal ini sangat jarang berlaku.

Angka peningkatan penghidap penyakit asma selalu dikaitkan dengan adanya faktor risiko yang mempengaruhi seseorang menderita penyakit asma, misalnya faktor keturunan. Jika seorang ibu atau ayah menghidap penyakit asma, maka kemungkinan besar adanya penderita asma dalam anggota keluarga tersebut.

Serangan Asma Akut

Suatu serangan asma akut, atau serangan secara tiba-tiba, umumnya disebabkan oleh suatu ekspose pada alergen-alergen atau suatu infeksi pernafasan bagian atas. Kroniknya dari serangan ini bergantung dari cara anda mengawal asma anda (merefleksikan berapa baiknya peradangan saluran udara dikawal). Suatu serangan akut berpotensi membawa maut kerana pada waktu ia menyerang pemberian ubat yang biasa digunakan untuk cepat melegakan (inhaler bronchodilators) perlu diberikan dengan segera. Bagi rawatan asma yang tidak memberi kesan terhadap rawatan dengan suatu inhaler, anda  harus dengan segera mencari bantuan dari pusat perubatan, klinik atau hospital terdekat  dengan kadar yang sepantas yang boleh. Serangan-serangan asma tidak berhenti dengan sendirinya tanpa rawatan. Sekiranya anda mengabaikan tanda-tanda peringatan awal, anda membahayakan diri anda pada pengembangan “status asthmaticus”.

Fakta Alergi

Serangan-serangan asma yang berpanjangan yang tidak memberi kesan terhadap rawatan dengan bronchodilators adalah suatu keadaan agak kritikal. Doktor-doktor perubatan mengelarkan serangan seperti  ini sebagai “status asthmaticus,” dan mereka memerlukan rawatan dengan segera.

Gejala-gejala dari asma seperti ini adalah batuk yang kerap dan ketidakmampuan untuk bercakap dengan sempurna atau berjalan secara termengah-mengah. Dada anda terasa sesak dan bibir-bibir anda mungkin mempunyai warna kebiru-biruan. Selanjutnya, anda mungkin merasa peradangan, kebingungan, atau suatu ketidakmampuan untuk berkonsentrasi. Anda mungkin cuba untuk duduk atau berdiri supaya dapat bernafas dengan lebih mudah, dan menegangkan otot-otot perut dan leher anda. Ini adalah tanda-tanda gagalnya sistem pernafasan yang segera terjadi. Pada waktu ini, setiap rawatan melalui ubat-ubatan seperti tidak mampu menyelesaikan masalah  ini. Untuk itu ventilator diperlukan untuk membantu paru-paru dan otot-otot pernafasan. Kebiasaannya doktor hanya dapat memberikan bantuan melalui tabung pernafasan yang dimasukkan kedalam hidung atau mulut untuk rawatan ini. Bantuan pernapasan ini adalah untuk sementara dan ia akan dilepaskan setelah serangan tersebut agak reda dan paru-paru telah cukup pulih untuk meneruskan system  pernafasan dengan kemampuannya sendiri. Kemungkinan rawatan ke  ICU adalah suatu rawatan kepada pesakit  yang agak kronik kerana ia memerlukan rawatan yang segera.

Fakta Alergi

Kehadiran dari wheezing atau batuk sebenarnya bukan suatu perkara yang dapat diandaikan untuk menilai beratnya suatu serangan asma. Serangan-serangan asma yang kronik dapat menyumbatkan saluran pernafasan pada suatu peringkat dimana kekurangan udara masuk dan keluar dari paru-paru anda gagal menghasilkan wheezing atau batuk.

Gejala Penyakit asma mempunyai tanda tersendiri, antaranya :

  • Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas. Tidak semua penghidap asma memiliki pernafasan yang berbunyi, dan tidak semua orang yang nafasnya berbunyi adalah penghidap asma.
  • Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.
  • Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk.
  • Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit.
  • Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat berbicara karena kepayahan dalam mengatur pernafasan.

Pada usia kanak-kanak, gejala awal dapat dikesan seperti rasa gatal dirongga dada atau leher. Semasa serangan penyakit asma, rasa gelabah yang berlebihan dari penghidap boleh memburukkan lagi keadaan.  Sebagai reaksi terhadap kecemasan, penghidap juga biasanya akan mengeluarkan banyak peluh.

Asma adalah penyakit kronik paru-paru yang membabitkan masalah pernafasan yang berulang-ulang dan gejala seperti sesak nafas, pernafasan termengah-mengah, sesak dada dan batuk. Apabila asma tidak dikawal, saluran udara paru-paru menjadi tebal dan meradang menyebabkan ia sensitif terhadap pertukaran persekitaran dan cenderung kepada serangan asma.

Ramai orang dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit ini, malah menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hampir 300 juta masyarakat dunia dari semua peringkat umur dan latar belakang menghidap asma. Dianggarkan angka ini akan meningkat sebanyak 100 juta menjelang 2025. Malah, WHO menganggarkan kematian akibat asma akan meningkat sebanyak 20 peratus dalam masa 10 tahun jika langkah serius tidak diambil. Hasil kajian terbaru juga menunjukkan Asia Pasifik mencatatkan tahap ketidakhadiran ke sekolah yang lebih tinggi akibat kawalan asma yang kurang memuaskan berbanding Amerika Syarikat atau Eropah.

Di Malaysia, 52 peratus daripada kanak-kanak tidak hadir ke sekolah akibat asma mereka yang disebabkan masalah seperti kegiatan fizikal, sosial dan mengalami gangguan tidur. Lebih mengejutkan, 67 peratus daripada kanak-kanak terbabit tidak menerima sebarang rawatan.
Menurut Pengerusi Majlis Asma Malaysia, Dr Norzila Mohamed Zainudin, penyakit asma semasa kecil adalah satu penyakit respiratori kronik paling lazim kerana dianggarkan seorang bagi setiap 10 kanak-kanak di Malaysia menghidap asma.
Cegah serangan asma:

* Peka penyebab utama asma anda
* Pastikan kediaman bebas habuk, bulu haiwan dan hama
* Jauhi perokok
* Ambil ubat pencegah sekerap mungkin
* Kerap bersenam untuk meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru

Objektif rawatan penyakit asma adalah merawat dua masalah tersebut iaitu radang dan penyempitan saluran pernafasan. Kemajuan sains dan teknologi perubatan telah melihat evolusi rawatan penyakit asma semakin baik jika dibandingkan sebelum ini. Walaupun tidak dapat menyembuhkannya, terdapat bermacam jenis ubat yang boleh digunakan oleh doktor untuk merawat dan mengawal penyakit asma.

Ubat-ubat asma terdapat di dalam bentuk sedutan (inhaler), tablet dan suntikan bergantung kepada tahap asma pesakit. Pada masa sekarang, kajian juga sedang dijalankan ke atas teknik bronchial thermoplasty untuk merawat asma pada masa hadapan. Teknik ini dilakukan dengan memasukkan tiub kecil ke dalam saluran pernafasan dan memanaskan dinding saluran pernafasan untuk merawat asma.

Mengesan Pesakit Asma

Merawat penyakit asma dengan baik amatlah penting untuk mengelakkan pesakit masuk ke hospital kerana serangan asma dan juga untuk membolehkan pesakit asma menjalani hidup normal seperti orang lain. Di samping pentingnya kita menitik beratkan rawatan asma, tidak kurang penting ialah membuat diagnosis penyakit asma dengan tepat dan objektif untuk mengelakkan pembaziran ubat asma. Gejala penyakit asma iaitu semput, batuk malam, wheezing dan sesak dada tidak semestinya dialami oleh semua pesakit.

Kadangkala pemeriksaan fizikal tidak dapat mengesan tanda-tanda sesaorang individu mengidap asma. Ini menyebabkan penyakit asma sukar untuk disahkan tanpa menjalani ujian-ujian tertentu. Kaedah yang sering digunakan untuk membuat diagnosis asma ialah melihat fungsi paru-paru (FEV1) dengan alat yang dipanggil spirometer dan memberi ubat bronchodilator atau ubat anti-inflamasi seperti steroid untuk melihat pertambahan FEV1 sebelum dan selepas rawatan. Kaedah ini juga dipanggil reversibility testing.

Kaedah ini boleh membuat diagnosa penyakit asma dalam kebanyakan kes tetapi di dalam kes-kes tertentu masih tidak boleh membuat diagnosa asma dengan tepat dan objektif. Jenis asma yang dipanggil cough-variant asthma sukar disahkan melalui kaedah reversibility testing. Asma juga sukar disahkan sekiranya FEV1 adalah normal di mana kaedah reversibility testing mungkin tidak dapat memperlihatkan pertambahan fungsi paru-paru.

Satu kaedah membuat diagnosa penyakit asma secara objektif ialah kaedah yang dipanggil Bronchial Provocation Test (BPT) atau ujian provokasi bronkial. Kaedah ini sudah lama digunakan di luar negara untuk membuat diagnosa penyakit asma dan juga untuk memastikan sesaorang tidak mengalami asma. Di Malaysia, kaedah ini telah diperkenalkan sejak awal tahun 2008.

Maklumat lanjut layari TASLY SABAH.

From → Pelbagai

6 Komen
  1. jaga dri…

  2. shafiq lol permalink

    asdfghjkl

  3. fyrah permalink

    sya ingin bertanya, adakah terdapat kesan sampingan sekiranya bukan pesakit asma menggunakan inhaler?

  4. Hamba allah permalink

    Salam…saya penghidap pesakit asma saya kena pda umur 19 tahun dan hampir setahun saya menghidap asma saya hanya bergantung pada ubat farmasi.Namun sejak akhir2 ini keadaan asma semakin teruk selalu sangat sesak nafas,skit dada dan mcam nak pitam,mudah letih dan penat.Saya hanya mendapat rawatan sekali di hospital selepas itu saya x dapat rawatan apa2.Adakah ini kesan sampingan sebab xdapat rawatan??semakin saya cbe bertahan asma saya kadang2 menyerang x kira malam atau siang.

    • yasmin permalink

      hamba Allah, cube amek habatussauda yg original. rupanya seperti biji selasih. amek secubit, kunyah dan minum segelas air. amek awal pgi (semasa perut kosong) dan skali lagi semasa nak tido. amalkan ari2, insyaallah asma akan kurang dan berakhir. ia adalah satu sunnah nabi.

  5. ash permalink

    Saya umur 32.Saya pengidap asma.dh dewasa ni baru kena penyakit ni.ia mula dr batuk yg x sembuh selama 2 bln.mula2 mkn pil asma.tp x baik2 jugak.pastu doktor bg inhaler warna biru n coklat.pastu doktor suruh pakai turbohaler plak.skrg ni hampir stiap hari asyik kena pakai turbohaler tu.saya jadi stress disebabkan pnyakit asma ni.skrg jantung saya mudah berdegup laju, mudah berdebar, bdn salu letih+ lesu, x boleh buat keje berat, mudah mengah2.doktor ade scan kat paru2 ade kuman.disebabkan pnyakit ni semua ke saya jadi lemah n lesu ni?saya dh tertekan amat sgt ni.mohon dibantu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: