Skip to content

Pengetahuan Tentang Sembelit

28 Oktober 2010

Pengetahuan Tentang Sembelit

Pengenalan

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Pergerakan usus mungkin kecil, keras atau kering. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Jumlah untuk seseorang membuang air besar dalam sehari adalah berbeza. Mungkin 2-3 kali sehari atau sekali dalam 2-3 hari. Seseorang dikatakan mengalami sembelit jika ia membuang air besar hanya 2 kali atau kurang daripada itu dalam seminggu dan ia dikaitkan dengan peneranan ketika membuang air besar. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik. Sembelit adalah lebih biasa di kalangan wanita.

Peningkatan makanan berasaskan fiber boleh dilakukan dengan menambah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengumpulan toksin banyak dipengaruhi cara hidup yang kurang sihat seperti pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin. Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan najis terlonggok. Najis terlonggok adalah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan.

Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh pakar, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat 6 hingga 10 paun najis terlonggok di dalam usus kita. Seringkali keseluruhan usus besar terlonggok dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Ia hanya membenarkan najis yang lembik dan kecil untuk melalui saluran usus yang sempit. Akibatnya kebanyakan dari kita mempunyai masalah sembelit.

Tanda dan Gejala

Biasanya, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Walau bagaimanapun,gejala-gejala sembelit yang biasa terjadu adalah seperti berikut:-

  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.Ini akan membuatkan seseorang itu meneran semasa membuang air besar, sakit semasa pergerakan usus dan kekejangan di bahagian abdomen
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

Penyebab-penyebab

Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap. Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sembelit dikatogerikan dalam beberapa jenis:-

1. Sembelit Mudah
A. Stasis rektal, yang mungkin disebabkan oleh
– Tabiat buruk
– Sakit pada bahagian dubur
– Gangguan kesedaran kerana pelalian yang melampau.
B. Stasis kolon, yang mungkin diakibatkan oleh
– pengambilan makanan yang kurang (kekurangan residu selulos di dalam diet seharian)
– perubahan dalam pergerakan usus yang diakibatkan oleh ketidakfungsian endokrin
– contohnya, penggunaan ubat tertentu seperti zat besi, kodein

2. Sembelit organik
Ini mungkin disebabkan oleh
– Keadaan penyakit seperti kencing manis, ulser peptik dengan halangan, keadaan
kemurungan.
– Penyakit kolon, rektal atau pelvis.
– Tekanan ke atas rektum, contohnya semasa mengandung atau disebabkan oleh tumor
di bahagian pelvis.

Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:

  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  • Pengubatan.
  • Susu.
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

Komplikasi terhadap sembelit

Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis. Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rectum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.

Rawatan sembelit

Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang masalah perubatan, campur tangan utama ialah penambahan kandungan cecair (terutamanya air) dan makanan yang berasaskan fiber. Peningkatan makanan berasaskan fiber boleh dilakukan dengan menambah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, roti yang tinggi serat dan biji rami dalam pemakanan. Amalan pengambilan ubat pelawas secara rutin tidak digalakkan kerana ini akan menyebabkan usus bergantung penuh kepada penggunaan pelawas.

Disimpaksi secara manual (pembuangan feses terimpak) dilakukan dengan bantuan sedasi atau anestatik am (pembiusan menyeluruh) – bagi menahan kesakitan dan melonggarkan sfinkter anal. Dalam perubatan alternatif dan tradisional, pengairan berkolon, enema, senaman, diet dan herba digunakan dalam mengubati sembelit. Bagi sembelit yang terjadi akibat penyakit usus besar yang menyempitkan saluran najis seperti kanser usus ataupun hernia, maka rawatannya adalah pembedahan.

Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut. Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:

  • Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
  • Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
  • Anda dalam kesakitan.
  • Anda mendapati najis anda berdarah.

Pencegahan sembelit

Doktor haruslah dirunding untuk mengenalpasti penyebab sembelit yang kronik Sembelit transit perlahan – (disebabkan oleh pengambilan diet beresidu rendah), boleh dirawat dengan mengubah kepada diet yang tinggi dalam serat, dengan melebihkan pengambilan cecair dan senaman yang kerap. Makanan yang tinggi dalam serat seperti bran, buah-buahan kering, kekacang dan pasta. Sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi selulos tak-terserap dan pektin yang juga berguna di dalam perawatan sembelit.
Sediaan famakologi iaitu agen penghasil-pukal seperti metil selulos dan sekam isphagula yang berguna bila diet sendirian tidak dapat melegakan gejala sembelit. Laksatif osmotik, contohnya magnesium sulfat atau magnesium hiroksida adalah juga berguna. Laksatif perangsang – meningkatkan pergerakan usus, contohnya, senna.
Pelembut najis, contohnya cecair parafin, merupakan langah jangka pendek untuk membantu melembutkan najis dalam penyakit dubur. Agen prokinetik, contonya cisapride, yang memendekkan waktu peredaran usus.

Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:

  • Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
  • Minum banyak air.
  • Lakukan senaman secara berkala.
  • Jangan menahan untuk membuang air besar.
  • Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
  • Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.

Maklumat Lanjut layari www.taslysabah.com

From → Pelbagai

7 Komen
  1. What’s up, after reading this amazing piece of writing i am as well delighted to share my know-how here with friends.

  2. I don’t even know how I ended up here, but I thought this post was
    great. I do not know who you are but definitely you’re goingg to a famous blogger if you aren’t already😉 Cheers!

  3. Howdy! This post couldn’t be written any better!
    Reawding this postt reminds me of myy previous room mate!
    He always kept chatting about this. I will forward this write-up to him.

    Fairly certain he will havve a good read. Thanks for sharing!

  4. I’m not that much of a internet reader to be honest but your sites really nice, keep it up!
    I’ll go ahead and bookmark your website to come back later
    on. All the best

  5. Have you any specific tips about setting up a web site?
    I’m just really tired of doing the same old thing
    in the office and need something mroe challenging.

  6. I really lօνe your web site artwork – Where
    cɑn I acquire thiѕ identical syructure for my
    webpage?

  7. I am thinking about installing my own personal blog. Might you
    provide me with two or three tips?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: