Skip to content

Penyakit Gout Artritis

29 Oktober 2010

Penyakit Gout Artritis

Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Perkataan “Gout” sebenarnya berasal dari perkataan Latin, “gutta” yang membawa maksud ‘setitis’, oleh sebab mengikut kepercayaan pada waktu itu, penyakit gout disebabkan oleh titisan humor-humor yang mengerikan dan yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan ketul-ketul mendapan urat. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut. Kebanyakan Penyakit ini selalunya dihidapi oleh lelaki. Meskipun begitu, perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout  ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Antara tanda yang menunjukkan penyakit gout berkemungkinan menyerang adalah seseorang itu mungkin terasa sakit di sendi terutamanya pada sendi ibu jari kaki,lutut dan pergelangan kaki. Sendi itu akan sakit apabila disentuh dan mungkin diikuti demam menggigil akibat daripada kesakitan yang teruk. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit yang tertua. Suatu ketika dulu ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat. Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan. Asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein),yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi-sendi,  sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan. Punca sebenar masalah ini masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout. Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, makan makanan kaya dengan purin, obesiti, pengambilan alkohol berlebihan, masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin.

Penyakit Gout sebenarnya mempunyai empat peringkat yang jelas.

  1. Asimptomatik – pada peringkat ini biasanya paras asid urik plasma akan bertambah, tetapi masih tidak menunjukkan sebarang gejala
  2. Akut – Serangan penyakit gout yang pertama akan menandakan peringkat ini. Serangan tidak teruk kebiasaannya akan hilang dengan cepat, manakala serangan yang teruk boleh berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu
  3. Interkritikal – pesakit tersebut kemudian masuk peringkat inter-kritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini kemungkinan berlangsung selama beberapa bulan atau juga mungkin tahun. Kebiasaannya pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan sehingga dua tahun daripada serangan pertama.
  4. Kronik. – serangan penyakit gout akan menjadi kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu pula akan membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga mungkin akan boleh didapati dalam banyak sendi. Di dalam kes gout kategori kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal berkemungkinan boleh juga terjadi.

Faktor Risiko

  • Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
  • Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
  • Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
  • Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
    Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
  • Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
  • Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Tanda-tanda penyakit gout menyerang

  • Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Sendi membengkak,kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam.
  • Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur

Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.

Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit. Tetapi ini bukan bermakna sembuh tetapi jika penyakit gout tidak diubati sakit ini mungkin akan kembali menyerang dan perlu untuk diketahui juga, serangan kerapa kali pada bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya.

Rawatan

Rawatan awal adalah penghilang sakit. Apabila telah disahkan, dadah pilihan adalah ( colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids ). Rawatan jangka panjang adalah terapi antihyperuricemik. Perubahan permakanan mampu membuat perubahan kecil kepada mengurangkan aras plasma urate jika diet rendah ( purines ) diambil. Rawatan utama gaut adalah dadah allopurinol, satu pemendam xanthine oxidase, yang bertindak dengan mengurangkan penghasilan asid urik, dan meningkat penyingkiran asid urik berlebihan melalui air kencing.

Keputusan mengambil allopurinol sering kali merupakan keputusan sepanjang hayat. Terdapat pesakit yang berhenti pengambilan allopurinol diketahui kembali mendapat gaut arthritik akut, disebabkan pertukaran aras serum urate kelihatannya meningkatkan penhasilan kristal.

Oleh kerana arterial hypertension sering wujud seiring dengan gout rawatan yang diberikan dengan menggunakan losartan, musuh penerima AT, mungkin mempunyai kebaikan tambahan pada aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan boleh mengimbangi kesan sampangin negetif thizides pada metabolisma pesakit gaut.
Menariknya, sejenis dadah lain, fenofibrate, digunakan untuk merawat hyperlipidemia, juga memberikan kesan baik pada kesan uricosuric.

Pengurangan risiko komorbid
Risiko komorbid bermaksud penyakit atau keadaan yang boleh memburukkan sesuatu penyakit. Bagi gout ia melibatkan penyakit darah tinggi, diabetes, kegemukan, diet, aterosklerosis dan pengambilan alkohol. Penambahan berat badan sebanyak 30 paun boleh meninggikan risiko gout sebanyak dua kali ganda. Indeks jisim tubuh (BMI) 25 ke atas juga berkaitan dengan perkara ini. Pengurangan berat badan mengurangkan risiko ini.

Di dalam badan manusia purin ditukar kepada asid urik. Bahan-bahan ini ada di dalam makanan kekacang, organ-organ dalaman, daging merah dan ikan. Jika pengambilan purin dikurangkan, rembesan asid urik melalui air kencing akan dikurangkan sebanyak 200mg ke 400mg/sehari. Namun, ini akan menyebabkan makanan tersebut menjadi sukar dimakan. Oleh itu, aspek ini agak sukar dilaksanakan. Justeru, seseorang pesakit gout perlu mengurangkan daging merah dan ikan serta menambah bahan-bahan tenusu yang kurang lemak yang terbukti merendahkan tahap asid urik di dalam badan.

Pengambilan alkohol juga merupakan risiko kepada gout. Meminum dua atau lebih bir akan menambahkan risiko 2.5 untuk mendapat serangan gout. Bagi pesakit darah tinggi, penggunaan diuretik meninggikan tahap asid urik di dalam badan. Ubat losartan pula menurunkan tahap asid urik kerana ia menambahkan rembesan asid urik di dalam air kencing. Namun ini tidak bermaksud ubat diuretik tidak sesuai sebagai ubat darah tinggi kerana ia murah dan terbukti baik untuk sistem kardiovaskular. Oleh itu, rawatan seseorang pesakit gout adalah berlainan daripada individu kepada individu yang lain.

Penggunaan ubat perendah tahap asid urik
Prinsip terapi termasuk menambahkan rembesan asid urik di dalam air kencing (agen urikosurik) dan mengurangkan pembentukan asid urik (inhibitor xanthin oksidase). Ubat-ubat ini akan mengurangkan tahap asid urik dan seterusnya mengelakkan kerosakan sendi dan tulang. Bagaimanapun, bukan semua orang yang mempunyai tahap asid urik tinggi perlu diubati. Indikasi-indikasinya adalah: serangan gout akut sekurang-kurangnya tiga kali setahun, pemeriksaan klinikal dan bukti sinar–x kerosakan yang disebabkan oleh gout, pemendapan tophi, kerosakan buah pinggang gout dan batu karang asid urik.

Tahap asid urik yang dikehendaki adalah 5 hingga 6mg/dL (297 hingga 357mol/L). Ubat-ubat perendah asid urik hanya boleh dimulakan dua minggu setelah kesakitan hilang. Akan tetapi jika seseorang pesakit itu mengalami serangan semula semasa memakan ubat-ubat ini, beliau tidak sepatutnya berhenti memakan ubat.

Ubat-ubat yang mengurangkan kekerapan serangan
Ubat colchicine bertindak dengan mengurangkan aspek inflamasi synovium sendi. Dos permulaan biasanya dua kali sehari tetapi bagi serangan yang akut dos ini biasanya dikerapkan. Malangnya, ia boleh menimbulkan cirit-birit dan muntah-muntah. Jika seseorang itu tidak tahan dengan colchicine, maka ubat-ubat penahan sakit (NSAIDS) boleh digunakan. Akan tetapi, ubat-ubat ini boleh menimbulkan gastritis dan ulser serta masalah ginjal. Oleh itu, penggunaannya terhad.

Terapi pesakit buah pinggang
Rawatan di dalam aspek ini agak sukar kerana agen urikosurik tidak berkesan dan allopurinol perlu dikurangkan dari segi dosnya. Penggunaan colchicine juga sukar kerana ia mendatangkan kesan-kesan sampingan serius.

Peranan pembedahan
Pembedahan bertujuan membetulkan sendi dan mengeluarkan tophi yang menyebabkan kesakitan. Namun, sebelum pembedahan boleh dijalankan, tahap asid urik mesti dikurangkan.Rawatan gout sepatutnya berpanjangan dan tidak hanya pada ketika sakit.

Diagnosis

Diagnosis tepat bagi gout adalah melalui microscopi ( fluid aspirated ) sendi dari sendi (ujian ini mungkin sukar dilaksanakan) untuk membuktikan kristal monosodium urate intrasellular dalam cecair synovial polymorphonuclear leukocytes. Aras Serum urate biasanya meningkat. Serum urea dan creatinine mungkin meningkat sekiranya terdapat kegagalan ginjal.

Diet rendah Purine:

  • ceri didapati mampu mengurangkan asid urik
  • strawberry juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya di makan.
  • elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari sumber protin
  • hadkan daging kepada satu hidangan sehari
  • Jangan makan
    • sweetbreads, buah pinggang, hati, otak, atau sebarang daging organ lain
    • sardin
    • ikan bilis
    • hasil daging, consommés, dan ( gravies )
  • Guna secara berhemah:
    • asparagus, kacang, lentils, peas, cendawan, cauliflower, spinach, rhubarb
  • Elakkan kurang air:
    • Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate;
    • Cuba elakkan makanan atau ubat diuretik seperti aspirin, vitamin C, tea dan alkohol.
  • Joe-Pye weed menyingkir asid urik dengan pantas, tetapi pengunaan berterusan boleh merosakkan hati atau buah pinggang.

Maklumat lanjut layari www.taslysabah.com

From → Pelbagai

One Comment
  1. tasly ada ke ubat gout?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: