Skip to content

Apakan itu Migrain?

30 Oktober 2010

Apakan itu Migrain?

Migrain
Ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid. Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Migrain berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk.

Migrain juga di kenali sebagai ´vascular headache´, manakala dalam bahasa Greek ia di kenali sebagai ´henimikrania´ yang bermaksud sebelah tengkorak. Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah. Kebiasaannya penghidap merasa sakit atau berdenyut hanya pada sebelah kepala sahaja dan lama kelamaan pada kedua-dua belah kepala. Pada tahap yang teruk migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah, cirit birit dan juga sensitif kepada cahaya dan bunyi. Ia berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflamasi).

Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebab migrain. Migrain juga adalah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang. Wanita mempunyai kecenderungan menghidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus. Di kalangan kanak-kanak dan orang tua, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas, sakit kepala yang dialami mungkin bukan disebabkan migrain, sebaliknya berpunca daripada penyakit lain yang lebih serius. Migrain juga sering dikaitkan dengan pengambilan banyak coklat, keju dan minuman keras. Malah, ada yang mengatakan tekanan perasaan sama ada di rumah ataupun pejabat juga boleh menyebabkan migrain.

Jenis-jenis Migrain

Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu Classic Migrain dan Common Migrain.

Classic Migrain
Bagi penghidap migrain jenis ini, kebiasaannya terdapat tanda-tanda awal yang di kenali sebagai aura atau prodrome sebelum berlakunya migrain. Ia berlaku kira-kira 5-15 minit. Antara tanda-tandanya ialah terlihat cahaya terang, garisan zigzag, bayangan berganda, kebas, buta sementara, pening dan berpusing, sukar bercakap dan fikiran bercelaru. Ini di sebabkan oleh saluran darah yang berfungsi sebagai penghantar darah ke otak dan tisu sekeliling mengecil sementara dan menghad penghantaran darah. Seterusnya menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor.

Common Migrain
Ramai menghidap migrain jenis ini dan ianya terjadi tanpa amaran atau sebarang tanda.

Kesimpulannya, walaupun begitu sukar untuk menemui penawar yang benar-benar boleh mengubati migrain, keadaan masih boleh dikawal. Ubat-ubatan yang ada kini dapat membantu pesakit untuk mengurangkan kesakitan dan gejala yang dialami ketika diserang migrain.

Faktor dan penyebab migrain

Keturunan
Bagi individu tertentu saluran darah mereka begitu sensitif kepada kesan penyejukan dan membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan efektif. Kesan ini menyebabkan mereka mudah mendapat migrain dan sakit kepala.

Pemakanan
Jenis makanan yang di ambil mempengaruhi kesihatan individu. Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (Ajinomoto), keju, coklat, kekacang dan beberapa jenis kandungan lain juga boleh menyebabkan migrain. Ini kerana ada di antaranya mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh menyebabkan saluran darah mengembang dan seterusnya menyebabkan migrain.

Sesetengah individu yang menghadapi masalah berat badan dan mengamalkan diet yang tidak betul juga boleh menyebabkan migrain. Ini terjadi apabila kandungan gula dalam darah menurun dan secara tidak langsung menyebabkan saluran darah mengembang. Alahan (alergik) juga boleh menjadi penyebabnya, begitu juga dengan waktu makan yang tidak tetap atau tidak makan. Bagi individu yang kerap mengambil minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe dan minuman berkarbonat, pemberhentian secara mendadak juga boleh menyebabkan migrain. Kaffein akan menyempitkan saluran darah dan apabila individu itu berhenti secara mendadak mengambil minuman yang berkaffein ia akan menyebabkan saluran darah mengembang dengan cepat.

Hormon
Secara terus kemungkinan oestrogen tidak mengakibatkan migrain tetapi paras oestrogen yang tidak menentu turun dan naiknya boleh menyebabkan migrain terjadi. Kadar kejadian migrain di kalangan wanita biasanya menurun semasa mengandung dan kebanyakan wanita akan mengalaminya sebelum, semasa dan selepas kedatangan haid. Ini kerana paras oestrogen pada waktu ini tidak menentu.

Bagi wanita yang mengambil pil perancang sesetengahnya mengalami masalah migrain kerana ada sesetengah pil mengandungi oestrogen begitu juga dengan wanita yang mengalami menopause dan menjalani rawatan HRT (hormone replacement therapy). Kaedah ini juga turut mengandungi oestrogen dan menyebabkan paras oestrogen dalam badan tidak menentu.

Gaya Hidup Dan Penyebab

  • Terlebih, terkurang atau masa tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain.
  • Pemakanan yang tidak teratur atau tidak makan.
  • Pengambilan ubat juga boleh meyebabkan migrain. Oleh itu minta nasihat doktor sebelum mengambil ubat.
  • Perubahan cuaca juga boleh menyebabkan migrain. Ini termasuklah keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu.
  • Bunyi dan bau yang kuat.
  • Menonton TV atau menghadap skrin komputer dalam tempoh masa yang panjang.
  • Tekanan emosi atau stress. Ia bergantung kepada individu itu sendiri, samada sebelum atau semasa menghadapi tekanan.
  • Merokok. • Jantina ( 3 – 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki).

Gejala-gejala migrain.

Apabila seorang pesakit menemui doktor dan mengatakan mereka mengalami sakit kepala setiap hari, itu tidak bermakna mereka menghidap migrain kerana migrain selalunya menyerang mangsa seminggu sekali ataupun enam bulan sekali. Pesakit selalunya kelihatan pucat dan berpeluh-peluh serta mengalami komplikasi migrain. Mangsa juga kadangkala mengalami strok sementara. Dalam keadaan ini, mangsa mengalami lumpuh sebelah badan, tetapi keadaan itu hanya sementara dan akan pulih seperti biasa. Keadaan ini berlaku berikutan pengecutan urat darah dalam otak.

Gejala lain migrain

  • Loya dan muntah-muntah. Kira-kira 70 peratus pesakit berasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah.
  • Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif. Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya. Keadaan itu dikenali sebagai fotofobia.
  • Pendengaran turut menjadi sensitif dan keadaan itu dikenali sebagai fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ia perlahan.
  • Kemerah-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.

Badan berpeluh.
Bercakap dengan suara perlahan. Pesakit tidak bercakap kuat kerana ia lebih menyakitkan.

Kepala terasa pening.
Pesakit terasa persekitaran mereka bergerak-gerak seperti menaiki bot, mabuk laut ataupun vertigo.
Pitam dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kecederaan anggota badan.

Pemeriksaan dan Rawatan
Tiada ujian khusus bagi mengesan migrain. Pakar perubatan akan bertanya mengenai sejarah kesakitan yang dialami pesakit dan imbasan otak hanya dilakukan apabila pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda menghidap migrain. Antara faktor yang memungkinkan imbasan otak dijalankan adalah lumpuh separuh badan lebih daripada seminggu, sakit kepala berterusan lebih daripada tiga hari dan bengkak urat saraf.

Rawatan dapat dibahagikan kepada dua kaedah iaitu rawatan serangan dan pencegahan. Melalui rawatan serangan, pesakit dinasihatkan supaya berehat di dalam bilik yang gelap dan sunyi. Mereka diberi ubat seperti Paracetamol dan apabila perlu mereka diberikan Ubat Penahan Sakit dan Radang Bukan Steroid (NSAID).

Sekiranya kesakitan masih berterusan, doktor akan memberi ubat terkini iaitu Sumatriptan sama ada melalui suntikan ataupun ditelan. Kira-kira 80 peratus pesakit menunjukkan tindak balas positif pada ubat itu. Bagi pesakit yang sering muntah, mereka diberikan ubat Ergotamine yang perlu dimakan sama ada ditelan ataupun dimasukkan ke bawah lidah ataupun melalui suntikan.

Fakta Kajian

Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala.

Maklumat Lanjut layari http://www.taslysabah.com

From → Pelbagai

2 Komen
  1. An impressive share! I’ve just forwarded this onto
    a colleague who has been doing a little research
    on this. And he in fact bought me dinner simply because I stumbled
    upon it for him… lol. So allow me to reword this….

    Thanks for the meal!! But yeah, thanks for spending time to talk about
    this matter here on your blog.

  2. Well recently I found the solution to this problem – MAKE BACKUP COPIES
    OF YOUR GAMES. If you are not acquainted to finding backup copies of
    Xbox 360 games, you happen to be missing out on a lot. Once it has read the game,
    it is going to ask you to insert a blank
    disc or save the sport at a destination.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: