Skip to content

Kenali Buah Pinggang (Ginjal). Salah Satu Organ Penting Anda.

1 November 2010

Mengenai Buah Pinggang (Ginjal)

Gijal atau buah pinggang adalah sepasang organ kembar terletak sebelah menyebelah tulang belakang bawah sedikit kepada rangka tulang rusuk. Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Meskipun saiznya kecil, hanya lebih kurang dua penumbuk tangan, buah pinggang kita mempunyai keupayaan untuk menapis bahan buangan daripada darah dan membantu membuang bendalir berlebihan. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya bersama air, sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium, potasium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat, dan glukos dalam plasma, ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis – di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan).

Setiap hari, kira-kira 200 liter darah ditapis atau ‘dibersihkan’ oleh buah pinggang. Di samping itu, buah pinggang juga terlibat dalam penghasilan sel-sel darah merah, kawalan tekanan darah, kawalan keseimbangan asid-bes (alkali) dan penjagaan kesihatan tulang. Jika terdapat keadaan tidak normal dalam buah pinggang, contohnya tahap protein melebihi paras normal atau terdapat kesan darah dalam air kencing atau jika fungsi buah pinggang merosot, besar kemungkinan kita menghidap penyakit buah pinggang kronik.

Lazimnya, kegagalan fungsi buah pinggang atau ginjal seringkali dikaitkan dengan kencing manis atau tekanan darah tinggi. Bagi penyakit radang buah pinggang, ia agak jarang diperkatakan walaupun saban waktu terdapat kes ini. Tidak hairanlah jika kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang daripada kategori ringan hingga serius. Malangnya mereka tidak mengetahuinya. Di dalam tahun 2002, lebih daripada 380 orang di Malaysia didiagnosis dengan kanser buah pinggang, walau bagaimanapun, jumlah ini mungkin lebih kurang daripada bilangan yang sebenarnya berdasarkan kemungkinan bahawa ada kes yang tidak didaftarkan. Kajian terhadap pelbagai bangsa di seluruh dunia menunjukkan bahawa kira-kira satu daripada setiap 10 orang dewasa menghidap penyakit buah pinggang kronik. Di samping itu, penyakit buah pinggang kronik adalah ‘penyakit berganda’ kerana ia dikaitkan dengan peningkatan sekurang-kurangnya 10 kali ganda risiko kematian awal akibat penyakit jantung, strok dan penyakit vaskular periferal.

Apakah akan terjadi jika Gijal tidak berfungsi ?

Seseorang masih dapat menjalani hidup normal dengan hanya satu buah pinggang, yang memberikan 50 peratus fungsi renal. Namun begitu sekiranya sistem buah pinggang tidak berfungsi, sistem dalam badan tidak akan berupaya menolak keluar air yang berlebihan dari badan secukupnya, begitu juga dengan garam yang berlebihan dalam badan dan lain-lain bahan yang tidak diperlukan oleh badan. Dalam keadaan ini maka jumlah air di dalam badan akan bertambah dan menyebabkan tisu-tisu membengkak atau dalam bahasa perubatannya OEDEMA. Sebastian cecair dalam badan berubah dengan pesat sehingga menjadikan keadaan badan tidak lagi nomal dan membolehkan nyawa seseorang akan terancam dan boleh membawa maut. Keadaan ini hanya akan dapat diatasi jika pencucian darah dibuat secara ‘Dialisis’ dijalankan. Masalah kesihatan yang serius biasanya mula timbul apabila fungsi renal seseorang merosot hingga di bawah paras 30 peratus.

Tanda-tanda amaran bagi penyakit ginjal.

Oleh kerana gejala yang ketara, penyakit buah pinggang hanya dapat dikesan pada peringkat lanjut, adalah penting untuk mengesan penyakit ini pada peringkat awal. Ini boleh dilakukan melalui pemeriksaan kesihatan yang mudah dan berkala, khususnya ujian air kencing, darah dan tekanan darah. Jika dikesan awal, penularan penyakit buah pinggang boleh dilambatkan dengan rawatan dan strategi pengurusan kesihatan yang betul. Pesakit diabetes, mereka yang mengalami tekanan darah tinggi, warga tua dan mereka yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit buah pinggang hendaklah menjalani pemeriksaan secara tetap bagi mengesan penyakit buah pinggang kronik kerana mereka menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk diserang penyakit ini. Namun begitu, terdapat beberapa tanda-tanda awal sekiranya penyakit ginjal ini mula mendekati kita, antaranya:-

  • Kepedihan atau kesulitan semasa buang air kencing.
  • Kerap membuang air kecil terutamanya pada waktu malam.
  • Mengeluarkan kencing bercampur darah.
  • Bengkak sekeliling mata, bengkak tangan dan kaki terutama dikalangan kanak-kanak.
  • Kesakitan dibahagian pinggang belakang badan atau bawah sedikit dari tulang rusuk dalam keadaan rehat.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Berasa letih dan kurang bertenaga selepas berjalan laju atau menaiki tangga bangunan.

(Sesetengah kes masalah penyakit buah pinggang tidak memberikan apa-apa tanda amaran, oleh itu amalan membuat pemeriksaan dan ujian air kencing setiap tahun adalah jalan yang terbaik. Mereka yang menghidap penyakit autoimun seperti lupus eritematosus sistemik (SLE), mempunyai berat badan berlebihan atau merokok, serta mereka yang mengambil ubat pelega kesakitan, seperti ubat anti-radang yang bukan steroid (NSAIDS) untuk jangka masa panjang, juga berdepan dengan risiko yang lebih tinggi untuk penyakit buah pinggang kronik. )

Apakah penyakit-penyakit berkaitan dengan Ginjal ?

Pelbagai penyakit yang melibatkan kerosakan kepada ginjal, bukan semata-mata batu karang. Memandangkan didalam ginjal terdapat kompenan-kompenannya yang tersendiri, maka kepelbagaian penyakit ginjal bergantung kepada sejauh mana kerosakan kepada kompenan-kompenan berkenaan. Diantara penyakit-penyakit berkaitan dengan ginjal adalah :

  • Jangkitan saluran kencing. (Masalah ini paling kerap berlaku kepada orang ramai. Masalah jangkitan bateria ini berlaku samada didalam pundi kencing dan ginjal.)
  • Saluran kencing tersekat akibat batu karang dalam ginjal atau seumpamanya.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Glomerulonephritis.
  • Nephrosis.
  • Kencing manis.
  • Kerosakan akibat kimia toksid seperti penyalahgunaan dadah.

Ginjal dan batu karang.

Batu yang terbentuk dari pembesaran kristal halus didalam ginjal atau lebih dikenali sebagai buah pinggang. Kristal halus ini terbentuk adalah hasil daripada beberapa jenis bahan kimia seperti kalsium oxalat, kalsium posphat, asid urik, cystine dan mennesium posphat ammonia. Kajian juga mendapati bakteria kecil yang berada di dalam ginjal manusia juga mampu membentuk batu karang. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan pembentukkanya akan boleh menjadi besar sebesar bola golf. Kebanyakkan batu karang membesar di dalam ginjal sebelum ianya bergerak ke dalam saluran kencing dan seterunsnya ke pundi kencing. Dalam keadaan batu karang yang tersekat di saluran kencing akan memyebabkan aliran air kencing terganggu dan ini akan menimbulkan kesakitan yang amat sangat kepada pesakit. Keadaan batu karang yang semakin membesar di dalam ginjal tidak terhenti disitu sahaja, malahan bakteria akan mula hidup di dalam batu karang dan akhirnya ia akan memberi jangkitan kepada ginjal, saluran kencing dan pundi kencing.

Ginjal dan tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi ‘Hypertension’ menyerang 10% hingga 20% penduduk Malaysia.Tekanan darah tinggi ialah penyakit tersembunyi sehingga para doktor masih belum dapat memberi jawapan secara tepat mengapakah sesetengah orang menghadapi tekanan darah tinggi. Golongan yang berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi ini ialah mereka yang latarbelakang keluarganya sememangnya mempunyai penyakit ini, pengidap kencing manis, masalah tekanan hidup yang kronik, berat badan yang berlebihan, pengamal pemakanan yang tinggi kandungan garamnya, peminum alkohol, perokok dan juga mereka yang telah melebihi umur 40 tahun. Ianya boleh menyebabkan komplikasi seperti serangan Jantung, Angin Ahmar, kegagalan Jantung dan kerosakan ginjal.

Masalah tekanan darah tinggi dan masalah ginjal adalah mempunyai hubungan yang akrab, ini kerana masalah kepada ginjal akan menyebabkan tekanan darah tinggi dan masalah darah tinggi akan menyebabkan masalah kepada ginjal. Tidakbalas tekanan darah tinggi terhadap ginjal ialah ianya akan menyebabkan saluran darah dalam ginjal akan menjadi kental dan keras. Keadaan ini akan mengurangkan bekalan darah kepada ginjal serta mengakibatkan kecekapan ginjal berkurangan. Jumlah cecair dan garam akan berlebihan di dalam badan dan akan memberi masalah kepada perjalanan jantung. Jika rawatan tidak dijalankan dengan kawalan ubat-ubatan maka kemusnahan kepada ginjal akan berlaku dan menyebabkan kematian.

Maklumat lajut layari http://www.taslysabah.com

From → Pelbagai

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: