Skip to content

SLE (Systemic Lupus Erythematosus)

9 November 2010

Apakah Systemic Lupus Erthematosus (SLE)?
Systemic Lupus Erythematosus atau ringkasnya SLE ialah keadaan di mana berlaku gangguan kepada sistem pertahanan badan seseorang individu. Ia adalah satu penyakit auto imun kronik dan pelbagai organ yang melibatkan tindak balas imun terhadap beberapa antigen diri. Lupus adalah radang kronik yang disebabkan penyakit auto imun dan terjadi apabila tisu badan diserang oleh sistem keimunan tubuh. Sistem imun adalah sistem dalam tubuh yang sangat kompleks, direka bagi menentang ejen jangkitan penyakit seperti bakteria dan bendasing yang masuk ke tubuh. Bagaimanapun, bagi pesakit lupus, mereka menghasilkan antibodi abnormal dalam darah yang mensasarkan tisu dalam tubuh sendiri

Dalam SLE, kompleks imun yang terdiri dari DNA atau nukleoprotein diri, antibodi spesifik dan pelengkap, bertempat dalam kulit, ginjal dan sendi-sendi. Ini menyebabkan eritema, glomerulonefritis dan artritis, masing-masing. Antibodi anti-nukleus (DNA, nukleoproein) boleh dikesan dalam lebih 90% pesakit dan 20% mempunyai faktor reumatoid. Auto antibodi terhadap RNA, eritrosit, platlet juga boleh dikesan. Disebabkan antibodi dan sel pengiring radang boleh membabitkan mana-mana tisu dalam badan, lupus berpotensi menjejaskan mana-mana kawasan tubuh. Lupus boleh menyebabkan penyakit kulit, paru-paru, jantung, buah pinggang, sendi atau sistem saraf. Apabila serangan itu berlaku pada kulit, ia disebut lupus, tetapi apabila membabitkan organ lain, ia dikenali sebagai SLE (syndrome lupus erythematosus).

Kepada seseorang yang menghidap SLE, badannya akan mengeluarkan antibodi yang akan memusnahkan sel badannya sendiri. Ini akan mengakibatkan organ-organ tubuh seperti buah pinggang, otak, paru-paru, jantung, kulit,sendi dan sistem darah menjadi rosak. Ciri utama penyakit ini ialah kemerahan berbentuk kupu-kupu (butterfly rash) pada hidung dan pipi. Satu lagi ciri penyakit ini ialah fenomenon sel LE (lupus erythematosus cell). Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita berumur antara 20 – 40 tahun. Penyebab sebenar penyakit ini tidak di ketahui, tetapi penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit.

Faktor
Faktor genetik meningkatkan kecenderungan menyebabkan masalah auto imun dan penyakit auto imun seperti lupus, rheumatoid arthritis dan kekacauan imun tiroid.
Sesetengah saintis percaya, sistem imun dalam lupus mudah distimulasi oleh faktor luaran seperti virus. Kadangkala simptom lupus lebih buruk apabila pesakit terdedah pada cahaya matahari.
Banyak ubat-ubatan dilaporkan menjadi pencetus SLE. Kebanyakan ubat ini dikatakan menstimulasi sistem imun. Sistem hormon wanita juga dikaitkan dengan SLE. Hubungan hormon dengan SLE bagaimanapun masih lagi dalam kajian.
Mutasi genetik yang mengganggu sistem ‘pembuangan sampah’ dalam tubuh dikaitkan dengan permulaan SLE.

Gejala

  • Ruam merah atau perubahan warna pada muka. Biasanya berbentuk rama-rama pada hidung dan mata terutama yang selalu terdedah kepada matahari.
  • Sendi, muka, kaki membengkak dan sakit.
  • Demam tanpa sebab dan berpanjangan.
  • Sakit dada ketika menarik nafas panjang.
  • Kelenjar menjadi bengkak.
  • keletihan yang berlebihan.
  • Keguguran rambut yang luar biasa (terutama di atas kepala).
  • Jari tangan atau kaki menjadi pucat atau berwarna ungu kerana kesejukan atau tekanan.
  • Sensitif terhadap matahari.
  • Sel darah rendah.Kemurungan, sukar menumpukan perhatian atau masalah ingatan.
  • Ulser mulut.
  • Sawan tanpa sebab.
  • Masalah mental.
  • Keguguran yang kerap.
  • Masalah buah pinggang.
  • Turun berat badan.

Komplikasi SLE

  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Jangkitan
  • Muka merah (Flare)
  • Kesan sampingan ubat-ubatan

Rawatan
Rawatan bergantung kepada keadaan penyakit dan organ atau sistem badan. Sel-sel kanser hidup dan aktif di dalam tubuh dengan memakan makanan antaranya :- .

  1. Gula, adalah makanan utama. Memotong bekalan gula mengurangkan makanan utama sel-sel kanser. Gantian gula seperti Nutrasweet dan Equal dibuat dari Aspartame dan ini amatlah berbahaya. Gantian yang lebih baik ialah madu Manuka atau molass (gula merah) itupun dalam kuantiti paling kecil. Garam dalam pasaran mengandungi bahankimia yang dicampur, menjadikannya putih dan ini tidak baik untuk badan. Altenatif yang lebih baik ialah Bragg’s aminos atau garam laut (ORANG BARAT MEMBUAT KITA MENUKAR DARI GARAM LAUT KEPADA GARAM BERIODIN PUTIH).
  2. Susu menyebabkan badan merembeskan mukus terutamanya dalam trek gastro-intestin. Kanser hidup atas mucus. Dengan menggantikan susu kepada susu soya yang tidak dimaniskan, sel-sel kanser akan kelaparan.
  3. Sel-sel kanser membiak dan selesa dalam persekitaran yang asidik. Diet yang kaya dengan daging adalah asidik dan baik digantikan dengan ikan dan sedikit ayam kampung. Daging daripada lembu dan ayam daging (ternakan komersil) mengandungi antibiotik haiwan, hormon dan parasit haiwan yang semuanya sangat berbahaya kepada orang yang mengidap kanser.
  4. Diet terdiri dari 80% sayur segar, jus, bijirin, biji, kekacang dan buah-buah kecil memberikan badan persekitaran yang alkaline. Kuranglebih 20% bolehlah dari makanan yang dimasak.jus sayuran segar membekalkan enzimhidup yang mudah lagi cepat diserap dan sampai ketahap sel dalamasa 15 minit yang menyempurnakan pemakanan dan mempercepat tumbesaran sel-sel yang sihat. Untuk mendapatkan enzim-enzim hidupyang perlu bagi membina sel-sel yang mantap, cuba minum jus sayur-sayuran segar dan menambah ulam dan sayur mentah 2 hingga 3 kali sehari semalam. Enzim rosak dan musnah pada suhu 40 selsius (104 F).
  5. Elakkan meminum banyak kopi pekat, nescafe, campuran kopi, teh pekat dan coklat kerana kandungan kafein yang tinggi. Teh hijau dan koko adalah pilihan yang lebih baik kerana mereka memiliki kemampuan membunuh kanser. Air – paling baik ialah meminum air yang ditapis alkali terion kerana disamping mengekalkan pH darah ia bebas toksin dan logam berat, ia membekalkan galian-galian pada saiz nano dan kaya dengan oksigen. Air suling dan RO adalah air mati yang perlu dielakkan.

Ubat-ubatan yang digunakan termasuk:

  • Steroids cth: prednisolone. (Ubat ini mempunyai kesan sampingan seperti penambahan berat badan, bengkak muka, jerawat, lambat membesar, tulang yang lembut dan sebagainya. Jika kesan ini serius, doktor akan berbincang untuk rawatan gantian lain)
  • Ubat saitotoksik (Cytotoxic drugs) contoh: cyclophosphamide
  • Sebagai rawatan lain menggantikan ubat steroid dengan dos yang tinggi dan digunakan juga untuk mengurangkan dos ubat steroid dan kesan sampingannya. Kesan sampingan ubat ini ialah merosakkan tulang sumsum dan meningkatkan risiko kejadian kanser dan mandul. Doktor akan berbincang dengan anda bagaimana untuk menyeimbangkan antara faedah dan risiko rawatan ini.
  • Steroid and krim penahan cahaya matahari untuk mencegah ruam kulit
  • Ubat rawatan darah tinggi

Kehamilan & SLE
Fakta Ringkas

  • Bagi pesakit SLE, kesuburan lazimnya tidak terganggu, walaupun aktiviti penyakit dan sesetengah ubat boleh menjejaskan kitaran haid
  • Merancang kehamilan adalah penting
  • Pesakit itu mestilah tidak mempunyai apa-apa gejala SLE dan penyakit tidak aktif sekurang-kurangnya enam bulan sebelum hamil
  • Oleh kerana SLE boleh menjadi lebih aktif semasa kehamilan, maka amatlah penting bagi pesakit berada di bawah jagaan doktor semasa hamil

Walaupun kehamilan bagi seseorang yang mengidap Sistemik Lupus Erithematosus (SLE) dianggap satu risiko tinggi, kebanyakan wanita dapat mengekalkan kehamilan mereka hingga ke peringkat akhir. Namun demikian, harus ditekankan bahawa merancang kehamilan adalah penting. Sebaik-baiknya, seseorang wanita tidak mempunyai apa-apa gejala SLE dan penyakit tidak aktif sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kehamilan.

Masalah sewaktu Kehamilan
Amat mustahak bagi seseorang pesakit SLE yang hamil berada di bawah jagaan doktor semasa kehamilannya. Ini adalah kerana lebih tinggi kemungkinan penyakit menjadi aktif bagi pesakit SLE yang hamil berbanding yang tidak hamil. Keadaan ini berlaku terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga dan yang paling kerap, selepas kelahiran bayi. Ini berlaku disebabkan oleh perubahan pada tahap hormon semasa kehamilan, iaitu pertambahan pada tahap estrogen. Oleh sebab itu, rawatan segera adalah penting untuk menjaga kesihatan si ibu. Biasanya, keradangan buah pinggang lebih kerap berlaku sementara sakit sendi berkurangan.

Fakta-fakta yang harus diambil kira:

  • Wanita yang mengidap SLE mempunyai kadar keguguran serta kelahiran tidak cukup bulan yang lebih tinggi berbanding dengan orang ramai
  • Wanita yang mempunyai antibodi antifosfolipid (Antiphospholipid syndrome) mempunyai risiko keguguran yang lebih semasa trimester kedua disebabkan pembekuan darah yang lebih tinggi di dalam uri
  • Pesakit SLE yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami pra-eklampsia (tekanan darah tinggi akibat pertambahan cecair berlebihan dalam sel-sel tisu dalam badan)
  • Wanita hamil yang mengidap SLE, terutamanya mereka yang mengambil kortikosteroid, juga bekemungkinan mendapat tekanan darah tinggi, kencing manis, serta komplikasi buah pinggang. Oleh yang demikian, rawatan susulan dan pemakanan yang baik semasa kehamilan amat perlu
  • Adalah dinasihatkan untuk melahirkan bayi di institusi kesihatan yang mempunyai kelengkapan rawatan rapi bagi bayi (sekiranya bayi mengalami apa-apa masalah)

Pada masa sekarang, wanita yang menghidap SLE boleh hamil dan melahirkan anak dengan selamat. Anda tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menjadi seorang ibu. Yang pentingnya ialah anda harus berwaspada dan menjaga diri anda dengan baik sewaktu dan selepas kehamilan anda. Bertindaklah dengan bijak dan ikut nasihat doktor mengenai waktu yang selamat untuk hamil.

Pemulihan
Anda mesti mendidik anak anda (bergantung kepada umur dan keupayaannya) berkenaan penyakit, rawatan, kesan sampingan dan langkah-langkah mengurangkan kesakitan
Adalah penting untuk menjelaskan kepada gurunya berkaitan ketidakhadiran di sekolah, perubahan paras wajah dan pengecualian daripada setengah-tengah aktiviti di sekolah.

Maklumat Lanjut Layari TASLY SABAH.

From → Pelbagai

6 Komen
  1. Miss Rina permalink

    10 tahun yg lalu,ibu saudara saya meninggal dunia disebabkan mengidap penyakit kanser SLE, selama 15 tahun.. Pada 3 tahun yg lalu,sepupu perempuan saya juga meninggal dunia disebabkan kanser SLE. Adakah kanser SLE ini akan memberi kesan kepada ahli keluarga saya seperti penyakit keturunan???

    • jumiyaton permalink

      Selamat malam Ms Rina.
      Pertama kali saya mohon maaf kerana lambat menjawab soalan kamu.
      Biasanya SLE menyerang hampir semua ahli keluarga,ini terjadi pada kawan saya.sama ada ianya penyakit keturunan saya pun tak dapat nak pastikan kerana ada juga ahli keluarga kawan saya ini tidak kena.
      SLE satu penyakit yg pelik kerana pesakit akan bermusuh dgn imun nya sendiri.
      Masalahnya akibat penyakit ini ,organ2 akan mudah diserang penyakit.
      saya ada 2 testimoni SLE.sorang ni semasa saya jumpa dah teruk kerana tersalah ambik produk (bukan produk tasly).akibatnya badannya semakin lemah dan penyakitnya semakin kuat sehingga dia sering kena serangan M.strok..beberapa kali kena serangan sewaktu dihospital,tanpa dapat ditolong oleh doktor yg merawat dgn alasan tiada rawatan utk kes nya .kata doktor jika berlaku serangan jantung dan strok sehingga penafasannya terhenti doktor akan memberikan bantuan pernafasan.hanya bantuan pernafasan..Puan itu terus meraung.(Puan ini sorang pensyarah)
      Nasihat saya berhati2 memengambil supplement k.
      Tq.

  2. sy menghidap sle nephrithis.baru je dpt tahu bulan lepas iaitu februari apabila sy dimasukkan wad.doktor ada bg sy ubat IV cyclophosphamide secara intravena.tp untuk bulan mac sy xdpt nk amek ubat tu kerana tiada surat doktor.doktor tersebut buatkan surat request kepada pihak hospital agr sy boleh mendapatkan ubat tersebut..jd ade kesan sampingan ke terhadap kesihatan saya kerana tidak mengambil ubat tersebut ikut masa yang ditetapkan?

  3. Lina permalink

    Norazlina..
    Maaf ye kmi di taslysabah tidak berani nak memandai2 menjwb soalan kmu.
    Soalan ini patut kmu tanyakan kpd doktor yg merawat.

    Ini info yg saya dpt iaitu dari kawan2 yg ada penyakit ini (dah teruk dan kritikal pun ada)
    Tiada ubat untuk sle.apa yg berlaku kpd pesakit sle ini ialah badan mereka hilang pertahanan diri menyebabkan organ2 mereka mudah diserang penyakit.
    Pesakit sle biasanya …
    akan mudah menghidap penyakit kencing manis,bila penyakit kencing manis dah ada…buah pinggang mula terganggu (sukar buang air kecil dan badan akan menakung air yg diminum akibatnya badan akan bengkak,pada masa ini doktor akan berikan sejenis ubat utk membolehkan pesakit kencing)

    Pesakit akan bergantung selamanya dgn ubat kencing manis yg dibekalkan ditambah lagi dgn ubat pelawas kencing ,sedangkan penggunaan ubat2 ini secara berterusan kalau boleh kita elakkan..

    Apa sahaja ubat.
    Jgn guna dalam jangkamasa yg lama sekalipun ianya ubat panadol yg kandungan bahannya sgt rendah (boleh dijual diluar)

    Bagaimana pulak kalau melibatkan ubat2 terkawal yg kandungan bahannya sgt kuat (diberi hanya dgn surat doktor)
    Fikirlah k.

    Semua itu kerana effect atau kesan sampingan ubat.

    Tanya dgn doktor kmu

    1] Mengapa setiap pengguna ubat yg telah lama menggunakan ubat2 ini akan menghidapii masalah lemah tenaga batin terutamanya selepas 5 tahun (ada juga seawal setahun)?

    2] Benarkah dos ubat akan bertambah setiap tahun utk ubat kencing manis?

    3] Benarkah Jenis ubat akan bertambah selepas 5 tahun (kadang2 awal dari 5 tahun) kerana banyak dah penyakit yg menyerang organ2 lain spt
    organ Jantung dan organ buah pinggang?

    Mengapa organ2 ini boleh rosak??

    Dan

    Tanyakan juga kenapa penyakit yg kmu hidapi tidak sembuh2 walaupun setelah bertahun menelan ubat?

    Saya bkn lah sorang doktor ,saya pun pesakit mcm kmu juga cuma kini saya hanya bekas pesakit bkn masih pesakit,..disini saya kongsikan pengalaman saya sendiri berserta kawan2 bagaimana kmi mencuba pelbagai jenis rawatan alternative bg mengantikan ubat yg ada.alhamdullillah kmi dah jumpa..
    Sebenarnya ..
    kami tidak pernah memberhentikan makan ubat2 doktor,
    kmi tetap mkn ubat yg doktor berikan selagi doktor tak suruh berhenti. Biasanya doktor sendiri akan memberhentikan pemberian ubat kpd kmi bila melihat keadaan kesihatan kmi yg dah semakin pulih.
    alhamdullillah..

  4. waniey permalink

    k,ipar saya pun sama asa pnyakit SLE…skarang Alhamdulillah
    dah beransur pulih setelah saya cdangkan gunakan sejenis krim.(klau nak thu blh wsp 0176892895)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: